Sunday, March 29, 2009

Perubahan Sistem storan


Baiklah.......minggu lepas kita telah pun memperkatakan mengenai ” Tahukah Anda, bahawa telefon bimbit juga boleh dijangkit virus??”.......untuk minggu ini topik yang menjadi pilihan ialah...”Perubahan Sistem Storan”....jadi teruskan bersama rancangan Infinity@Mutiara....
Salah satu isu yang seronok diketengahkan. Mana tidaknya, masih ramai yang mempertahankan keperluan dan populariti pemacu flash, sementara sebahagian lagi sudah mula beralih kepada storan pemacu keras luaran (external HD). Namun apa yang dapat kita simpulkan, pengguna sebenarnya sudah bijak membandingkan kapasiti, kelajuan dan kecekapan sebagai 3 elemen utama yang sering dinilai untuk pemilihan sistem storan mudah alih. Jika dahulu kita sering bergantung kepada memori terbina seperti RAM dan sebagainya untuk menyimpan data. Namun kemunculan cakera liut atau floppy disk mula memberi pilihan kepada pengguna untuk sistem storan mudah alih. Evolusi memungkinkan penyelesian storan ini berubah daripda pemacu yang tetap dan statik kepada yang boleh dibawa. Meskipun menampung kapasiti kecil iaitu 1.44MB (megabyte) untuk sekeping cakera, namun ia sudah dianggap hebat pada tahun 1970 sehingga lewat 1990. bagaimanapun dalam era moden masa kini, di mana kandungan digital semakin berkembang, penggunaan floppy untuk simpanan data sudah tidak bersesuaian. Bayangkan satu lagu MP3 bersaiz kira-kira 3.2 MB (megabyte) atau lebih, sudah tentu kapasiti cakera ini tidak mencukupi. Ia digantikan dengan medium yang menawarkan kapasiti lebih besar seperti Zip, cakera optikal, pemacu flash dan HD. Pemacu flash USB menawarkan kelebihan berbanding cakera floppy mahupun Zip. Ianya kompak, laju dan boleh menyimpan banyak data bergantung kepada saiz memori. Malah pemacu flash juga lebih tahan lasak berikutan kurangnya kita menggerakkan bahagian dalamnya dan rekaan pemacu ini yang pelbagai. Pembuatan komputer desktop atau komputer riba masa kini juga tidak banyak yang menyediakan pemacu floppy dan digantikan dengan lebih banyak port USB.

Tahun ini sahaja, pengguna sudah mula berjinak-jinak dengan sistem storan pemacu flash kerana selain saiznya yang kecil, pemacu ini membolehkan lebih banyak data disimpan. Cakera optikal seperti CD dan DVD juga menawarkan simpanan data besar iaitu 700 MB untuk satu CD. Namun penggunaanya agak terhad dimana data yang disimpan adalah tetap dan kadangkala membawanya ke sana-sini juga sesuatu yang meremehkan. Oleh kerana itu, pengguan lebih gemar menggunakan pemacu flash untuk simpanan fail, menjalankan kerja, pemindahan data dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, ia juga beupaya disokong oleh kebanyakan sistem operasi masa kini seperti Windows, Mac OS X, Linux dan Unix. Awal kemunculannya, pemacu flash dijual pada harga kira-kira RM120 atau lebih untuk kapasiti 256MB. Meskipun agak mahal, ramai yang berpusu-pusu mendapatkanya untuk merasai kehebatan yang ditawarkan oleh pemacu flash ini. Lama-kelamaan harga pemacu flash ini menurun mungkin disebabkan beberapa faktor seperti banyak permintaan menyebabkan pemacu ini dihasilkan dalam bentuk yang lebih kompak, menggalakkan lebih ramai memiliki pemacu flash dan mungkin kerana populariti HD sudah semakin meningkat. Pemacu atau sistem storan HD bukanlah benda baru. Ia sudah lama wujud namun popularitinya tidak sehebat pemacu flash. Jika hendak dibandingkan dari segi saiz, pengguna lebih gemarkan sesuatu yang kecil dan mudah dibawa. Storan HD agak besar dan memerlukan ruang simpanan. Tetapi rekaan nipis storan HD masa kini seperti yang ditawarkan oleh VAIO, Seagate dan lain-lain memungkinkan pengguna beralih kepda sisitem storan HD yang menawarkan lebih kapasiti. Di situlah kelebihan storan HD. Meskipun bersaiz agak besar berbanding pemacu flash, namun ia menawarkan kapasiti yang lebih tinggi. Maksimum kapasiti pemacu flash yang boleh kita dapati sekarang ialah 16GB. Storan HD menawarkan kapasiti 60GB, 80GB, 120GB, 160GB dan banyak lagi sehingga ke 500GB dan ada yang mencecah sehingga ke terabyte. Ruang yang sebegini besar membolehkan pengguna menyimpan pelbagai fail digital seperti muzik, foto, video dan boleh melakukan backup penuh untuk HD komputer pengguna. Malah ia memain semula kandungan digital pada peranti serasi HD yang menpunyai antaramuka USB atau FireWire kelajuan tinggi serta serasi sistem PC dan Mac adalah lebih baik dan kelajuan putaran cakera sehingga 5000rpm ke 7200rpm membolehkan pemindahan data dibuat sekelip mata.

Baik...kita teruskan....sepertimana peranti memori flash lain, pemacu flash hanya dapat bertahan untuk beberapa tempoh pusingan menulis dan memadam sebelum kemungkinan untuk gagal berfungsi. Pemacu flash peringkat pertengahan menerusi kondisi normal boleh menyokong beratus ribu pusingan namun operasi menulis akan menjadi semakin lambat mengikut usia pemacu. Ia patut diambil kira jika anda menggunakan pemacu flash untuk menjalankan aplikasi perisian atau sistem operasi. Berbeza dengan storan HD, ia boleh menjalankan kerja-kerja berat dan berkapasiti besar. Tempoh hayatnya juga lebih lama dan menawarkan perlindungan untuk kerosakan, usia serta cuaca. Tetapi kita tidak boleh katakan yang storan HD terlepas daripada kerosakan dan kegagalan sistem kerana ia juga boleh rosak sama seperti HD dalaman yang kita pasang pada PC. Tetapi adakah tahun ini kita bakal melihat storan HD mengatasi pemacu flash? Ia persoalan yang sukar diramal disebabkan beberapa faktor. Ya, memang benar storan Hd menawarkan lebih kapasiti berbanding pemacu flash dan pengguna juga nampaknya sudah mula beralih kepada sistem storan ini. Namun faktor harga memungkinkan pemacu flash akan kekal popular dengan lebih banyak pengguna mampu memiliki sistem storan jenis ini. Mungkin satu hari nanti, setiap individu akan memiliki paling tidak satu pemacu flash atau mungkin juga teknologi membolehkan pemacu flash menawarkan kapasiti yang lebih besar. Apa-apa pun ia terletak pada keperluan pengguna sendiri...bak kata perpatah....tepuk dada tanya selera.....

Minggu lepas kita telah pun bersama dalam Segmen WDI atau Warta Dunia IT dan untuk minggu ini Segmen IDT kembali bersama anda..... bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai segmen IDT ini anda boleh layari laman web MUTIARAfm di www.mutiarafm.gov.my dan klik pada icon blog DJ MUTIARAfm dan pilih rancangan Infinity@Mutiara.
IDT minggu ini......akan memperkatakan mengenai panduan berkenalan di internet.....apakah panduan-panduannya????? Yang pertama
Hati-hati dan bataskan maklumat untuk di kongsi – sukar menilai keikhlasan dan hati budi rakan baru dikenali di internet. Jadi bagi mengelak menjadi mangsa, eloklah berhati-hati, jangan berkongsi semua maklumat diri anda.
Jangan beri kepercayaan sepenuhnya – ini penting dalam dunia siber, ramai cenderung menipu. Kita perlu selalu berhati-hati dalam menerima maklumat lebih-lebih lagi daripada menjadikan internet sebagai alternatif mencari jodoh.
Usah sandarkan harapan tinggi – selalunya, dalam hubungan maya, ramai cenderung menampilkan diri mereka insan hebat....bagi golongan mudah terpedaya, mereka mula menaruh harapan tinggi seperti biarlah si dia kacak atau lawa serta berkedudukan. Hakikatnya, ramai yang hampa apabila bertemu kali pertama di alam nyata!!!!....
Jaga etika berbahasa – biarpun hanya di internet, budi bahasa perlu dijaga. Hormati orang lain dengan tidak berbincang isu yang sensitif atau tidak disenangi teman maya. Selain itu, kita harus mengelak membincangkan isu berbaur negatif yang boleh mencetuskan pergaduhan. Jika terasa individu yang dilayan ditalian mencurigakan, abaikan saja!!!! Jangan layan.
Berhati-hati apabila memuat turun foto – banyak iktibar yang kita peroleh daripada kes pencerobohan laman web termasuk yang membabitkan penyebaran gambar orang lain. Sehubungan itu, berhati-hatilah!!!!.....jangan sesekali memuat turun atau memuat naik gambar yang kurang sopan atau tidak sesuai untuk tatapan awam kerana dikhuatiri akan disalahgunakan!!!!
Itu dia tadi 5 panduan berkenalan di internet yang sempat kami berkongsi dengan anda....diharapkan dengan panduan-panduan ini dapat mengelakan diri anda menjadi mangsa penjenayah di alam internet........Selesai sudah segmen yang kedua….segmen IDT….minggu hadapan anda akan bersama kembali dengan segmen WDI....

ok...soalan untuk minggu ini....

Soalan yang pertama....Apakah maksud rangkaian wayarles ’B’ , ’G” dan ’N’???
jawapannya.......Standard berbeza ini merujuk kepada kelajuan rangkaian dan turut menentukan seberapa pantas anda boleh memuat naik dan memuat turun informasi atau data. Rangkaian lazim menjalankan standard 802.11g yang menawarkan lebih kelajuan berbanding 802.11b. namun, rangkaian 802.11n menjanjikan kelajuan yang lebih daripada kedua-duanya. Standard untuk 802.11n belum diumumkan lagi, namun kebanyakkan pengeluar router wayarles sudah mula menghasilkan produk dengan teknologi yang dinamakan Draft N.........itulah jawapannya untuk soalan yang pertama dalam segmen ”Anda Tanya……Kami Jawab”.......untuk soalan ke-2 pula…apakah kelebihan pencetakan WiFi????....ok jawapannya….…pencetak wayarles membolehkan anda mencetak sama seperti kebebasan mobility yang ditawarkan oleh komputer riba. Anda boleh menempatkan ia di mana-mana bahagian rumah dalam jarak capaian dan melakukan kerja cetakan meskipun dari bilik berlainan. Ia juga boleh dikongsi dengan beberapa peranti yang mempunyai sambungan wayarles, sekali gus menghapuskan keperluan beberapa pencetak. Kualitinya juga tetap sama seperti anda mencetak menggunakan pencetak berwayar...…
.....itu dia tadi 2 soalan yang telah berjaya dijawab........ingin saya ingatkan.....jika anda ingin mengutarakan soalan anda dalam segmen yang ke-3 ini.....apa yang perlu anda buat ialah layarilah sahaja laman web mutiarafm....di www.mutiarafm.gov.my... Dan pilih ikon blog dj mutiarafm...dan klik pada rancangan infinity@mutiara dan anda akan dibawa terus ke laman blog rancangan ini.....tinggalkan soalan anda diruangan komen atau pendapat........mudah sajakan.......baiklah kita sudah dipenghujung rancangan INFINITY@MUTIARA ini...jangan lupa temujanji kita minggu depan pada waktu yang sama....sabtu jam 10.05 malam.....kita jumpa lagi pada bulan hadapan nanti.....akhir kata...marilah semua rakyat Malaysia supaya berlaku jujur, bertanggungjawab, berwawasan, berdisiplin, bekerjasama, adil, bertolak ansur dan prihatin antara satu sama lain. Agar kita hidup bahagia di dunia dan akhirat...Amin....assalamulaikum.....

No comments: