Friday, April 10, 2009

Era Blu-Ray

Blu-ray juga semakin hangat dan berbahang keranan lebih banyak produk, format dan pilihan Blu-ray diperkenalkan pada tahun ini. Di C.E.S baru-baru ini sahaja menampakkan pelbagai jenama dan usaha syarikat IT untuk mengeluarkan produk berasaskan blu-ray, serta menggambarkan trend terhadap format ini yang semakin meningkat dan menunjukkan perubahan eranya. Meskipun idea Blu-ray telah muncul sejak tahun 1998 lagi dimana ketika itu teknologi lazer biru diperkenalkan untuk memberi lebih banyak ruang kapasiti pada cakera bagi HDTV, namun sehingga tahun 2004 dan 2006 barulah Blu-ray benar-benar dikomersilkan. BD-ROM menerima spesifikasi akhir pada tahun 2006 menerusi cakera yang dikeluarkan oleh TDK dan selepas itu lebih banyak dan pemain dikeluarkan untuk terus meningkatkan penggunaan Blu-ray.

Di Malaysia pula, secara rambangnya kita boleh melihat kemunculan awal Blu-ray antara tahun 2007 dan 2008. namun ketika itu, harga cakera Blu-ray yang terlalu tinggi menbuat ia kurang mendapat sambutan. Kebelakangan ini barulah pengguna cuba mendapatkab Blu-ray ini. Ia juga sering dikaitkan dengan kemunculan Sony PS3 sokongan Blu-ray yang dikata menyelamat Blu-ray dalam perang format Blu-ray dan DVD-HD satu ketika dulu. Apa yang menjadi kelebihan Blu-ray ialah keupayaan merakam dan menyimpan fail saiz besar. Ia mampu mencapai 2 kali ganda lebih kapasiti berbanding DVD-HD, iaitu 25GB dan 50GB dalam satu cakera membolehkan kandungan HD dirakam dan disalin pada resolusi yang baik. Perkembangan Blu-ray ini juga selari dengan peningkatan terhadap kandungan Definasi Tinggi (HD) di mana lebih banyak TV, pemain cakera dan peranti digital lain masa kini cuba mengetengahkan HD. Lebih banyak fungsi dan ciri tambahan juga boleh ditawarkan oleh studio filem dan permainan menerusi cakera Blu-ray.


Anda masih lagi dalam segmen ICT minggu ...segmen pertama dalam rancangan Infinity@Mutiara, bagi anda yang baru bersama kami di MUTIARAfm, topik yang dibincangkan pada minggu ini ialah ” Era Blu-ray”....

Cakera blu-ray juga dikenali sebagai BD merupakan medium storan cakera optikal yang digunakan untuk menyimpan video HD dan data. secara fizikal, saiznya sama seperti DVD dan CD Cuma format yang digunakan untuk cakera ini berbeza. Lazer biru 405 nanometer digunakan pada cakera untuk membolehkan ia dibaca dan ditulis. Jarak yang lebih rapat ini membuatkan lebih banyak data boleh disimpan pada cakera Blu-ray iaitu kira-kira 6 kali kapasiti DVD dua lapisan.

Pada awal kemunculannya, cakera blu-ray bersaing dengan DVD HD keranan menawarkan kapasiti yang besar dan ada syarikat-syarikat yang cuba mempopularkan DVD HD menerusi produk mereka. Namun, blu-ray terus bersaing dan lebih banyak filem disalin pada cakera ini di seluruh dunia membuatkan blu-ray mampu bertahan. Video definasi tinggi resolusi 1920x1080i boleh disalin pada BD dalam 60 bingkai sesaat (fpm) atau 24 fpm progresif. Sememangnya memberi banyak kelebihan pada cakera ini. Antara jenama cakera blu-ray yang didapati di pasaran ialah TDK, Sony, Toshiba, Mitsubishi,Philips,Imation dan banyak lagi. Terdapat khabar angin yang menyatakan beberapa syarikat sedang berusaha menghasilkan cakera BD dalam kapasiti 100GB dan 200GB......


Selepas munculnya cakera Blu-ray, tentu sahaja syarikat IT berlumba-lumba untuk mengeluarkan pemain yang boleh diserasikan bersama cakera ini. CD dan DVD tidak boleh dimainkan pada pemain Blu-ray dan begitu juga sebaliknya. Namun banyak pengeluar kini yang mengeluarkan pemain yang menyokong kedua-dua format DVD dan Blu-ray agar pengguna tidak keliru dan boleh memanfaatkan DVD lama pada pemain Blu-ray baru. Pada C.E.S 2009, LG memperkenalkan storan NAS dengan pemacu blu-ray terbina , gabungan baik untuk teknologi terkini. Ia memberi kapasiti lebih besar dan fleksibiliti untuk membaca dan menulis blu-ray pada satu peranti. Trend juga menunjukkan pemacu Blu-ray sudah mula dipasang pada komputer dan komputer riba. Meskipun belum terlalu meluas, namun ia menjadi indikasi kepada kemungkinan peralihan ke era Blu-ray pada komputer riba dan komputer tidak lama lagi. Lagipun, selagi ada kandungan HD, selagi itu ada harapan untuk Blu-ray diperkembangkan. Apa yang boleh kita buat ialah tunggu dan lihat perubahan ini.....


WDI minggu ini......

  1. Microsoft mengumumkan keterdapatan sistem operasi Windows 7 dan sut servis komunikasi peribadi dan aplikasi terkini Windows Live, yang memberi pengguna cara mudah untuk berkomunikasi dan menjalankan kerja. Windows 7 versi Beta boleh dimuat turun oleh pelanggan MSDN, TechBeta dan TechNet bermula Januari tahun ini di www.microsoft.com/windows7.
  2. Symantec Corp memperkenalkan Norton AntiVirus 2009 Edisi Permainan yang menawarkan perlindungan komputer daripada Malware serta pada masa yang sama direka khas untuk komuniti pemain tegar. Permainan kini tidak akan terganggu oleh amaran atau imbasan virus yang tiba-tiba muncul pada skrin dan selalunya melambatkan permainan kerana pengguna boleh menetapkan jadual imbasan serta ia secara pintar boleh bekerja di belakang.
  3. Adobe System mengumumkan keterdapatan 2 perisian pelayan media flash terbarunya iaitu Adobe Flash Media Interactive Server 3.5 dan Adobe Flash Media Streaming Server 3.5. Dua komponen utama perisian ini menyediakan platform untuk kandungan interaktif, aplikasi, video dan audio serta web. Ia sekali gus menempatkan Adobe ke hadapan dalam media diperkaya dan memberi peluang kepada pemilik kandungan membawa bisnes media sosial mereka lebih maju.
  4. Sebagai usaha memelihara alam sekitar dan mempromosikan konsep hijau, Kingston memperkenalkan modul profil rendah yang mengekalkan kecekapannya walaupun berubah dari segi saiz. Modul profil rendah terbaru kingston masih akan berfungsi sama seperti sebelum ini dan pengguna boleh mendapat manfaat dengan sistem yang lebih kecil dan kurang panas serta pada masa yang sama ia turut mengikut standard J.E.D.E.C iaitu kurang papan PCB (kurang 40%) berbanding modul sedia ada.


Bagi anda yang ingin bersama dalam segmen.....ini anda boleh melayari laman web MUTIARAfm di www.mutiarafm.gov.my dan klik pada ikon blog DJ Mutiarafm...dan pilih Infinity@Mutiara... Klik pada ikon infinity@mutiara dan anda terus akan dibawa ke blog rancangan ini....jika anda mempunyai sebarang soalan, kemusykilan dan pertanyaan berkaitan dunia ICT anda boleh tinggalkan soalan anda diruangan pendapat atau komen.....ok...soalan untuk minggu ini....

Soalan yang pertama....apakah kelebihan router wayarles???

jawapannya.......penghala ini membenarkan beberapa peranti berhubung antara satu sama lain. Ini bermakna anda tidak memerlukan wayar berselirat di kediaman dan boleh berhubung secara bebas bila-bila masa antara 2 peranti atau lebih..........itulah jawapannya untuk soalan yang pertama dalam segmen ”Anda Tanya……Kami Jawab”.......untuk soalan ke-2 pula…tidak memiliki router wayarles, bolehkah mencetak secara wayarles????....ok jawapannya….…selagi komputer anda mempunyai keupayaan wayarles, anda boleh mencetak secara wayarles menerusi penyambungan yang dinamakan Ad Hoc wayarles. Kad wayarles komputer anda boleh berhubung dengan kad wayarles pencetak secara terus. Bagaimanapun, ia kadangkala bukan penyelesaian yang ideal kerana anda akan sukar melayari internet dan mencetak pada masa yang sama. Rangkaian dengan router wayarles pada terasnya boleh membantu tambahan pula router wayarles kini semakin mampu dimiliki......itu dia tadi 2 soalan yang telah berjaya dijawab........ingin saya ingatkan.....jika anda ingin mengutarakan soalan anda dalam segmen yang ke-3 ini.....apa yang perlu anda buat ialah layarilah sahaja laman web mutiarafm....di www.mutiarafm.gov.my... Dan pilih ikon blog dj mutiarafm...dan klik pada rancangan infinity@mutiara dan anda akan dibawa terus ke laman blog rancangan ini.....tinggalkan soalan anda diruangan komen atau pendapat........mudah sajakan.......baiklah kita sudah dipenghujung rancangan INFINITY@MUTIARA ini...jangan lupa temujanji kita minggu depan pada waktu yang sama....sabtu jam 10.05 malam........akhir kata...marilah semua rakyat Malaysia supaya berlaku jujur, bertanggungjawab, berwawasan, berdisiplin, bekerjasama, adil, bertolak ansur dan prihatin antara satu sama lain. Agar kita hidup bahagia di dunia dan akhirat...Amin....assalamulaikum.....

No comments: