Sunday, March 29, 2009

Perubahan Sistem storan


Baiklah.......minggu lepas kita telah pun memperkatakan mengenai ” Tahukah Anda, bahawa telefon bimbit juga boleh dijangkit virus??”.......untuk minggu ini topik yang menjadi pilihan ialah...”Perubahan Sistem Storan”....jadi teruskan bersama rancangan Infinity@Mutiara....
Salah satu isu yang seronok diketengahkan. Mana tidaknya, masih ramai yang mempertahankan keperluan dan populariti pemacu flash, sementara sebahagian lagi sudah mula beralih kepada storan pemacu keras luaran (external HD). Namun apa yang dapat kita simpulkan, pengguna sebenarnya sudah bijak membandingkan kapasiti, kelajuan dan kecekapan sebagai 3 elemen utama yang sering dinilai untuk pemilihan sistem storan mudah alih. Jika dahulu kita sering bergantung kepada memori terbina seperti RAM dan sebagainya untuk menyimpan data. Namun kemunculan cakera liut atau floppy disk mula memberi pilihan kepada pengguna untuk sistem storan mudah alih. Evolusi memungkinkan penyelesian storan ini berubah daripda pemacu yang tetap dan statik kepada yang boleh dibawa. Meskipun menampung kapasiti kecil iaitu 1.44MB (megabyte) untuk sekeping cakera, namun ia sudah dianggap hebat pada tahun 1970 sehingga lewat 1990. bagaimanapun dalam era moden masa kini, di mana kandungan digital semakin berkembang, penggunaan floppy untuk simpanan data sudah tidak bersesuaian. Bayangkan satu lagu MP3 bersaiz kira-kira 3.2 MB (megabyte) atau lebih, sudah tentu kapasiti cakera ini tidak mencukupi. Ia digantikan dengan medium yang menawarkan kapasiti lebih besar seperti Zip, cakera optikal, pemacu flash dan HD. Pemacu flash USB menawarkan kelebihan berbanding cakera floppy mahupun Zip. Ianya kompak, laju dan boleh menyimpan banyak data bergantung kepada saiz memori. Malah pemacu flash juga lebih tahan lasak berikutan kurangnya kita menggerakkan bahagian dalamnya dan rekaan pemacu ini yang pelbagai. Pembuatan komputer desktop atau komputer riba masa kini juga tidak banyak yang menyediakan pemacu floppy dan digantikan dengan lebih banyak port USB.

Tahun ini sahaja, pengguna sudah mula berjinak-jinak dengan sistem storan pemacu flash kerana selain saiznya yang kecil, pemacu ini membolehkan lebih banyak data disimpan. Cakera optikal seperti CD dan DVD juga menawarkan simpanan data besar iaitu 700 MB untuk satu CD. Namun penggunaanya agak terhad dimana data yang disimpan adalah tetap dan kadangkala membawanya ke sana-sini juga sesuatu yang meremehkan. Oleh kerana itu, pengguan lebih gemar menggunakan pemacu flash untuk simpanan fail, menjalankan kerja, pemindahan data dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, ia juga beupaya disokong oleh kebanyakan sistem operasi masa kini seperti Windows, Mac OS X, Linux dan Unix. Awal kemunculannya, pemacu flash dijual pada harga kira-kira RM120 atau lebih untuk kapasiti 256MB. Meskipun agak mahal, ramai yang berpusu-pusu mendapatkanya untuk merasai kehebatan yang ditawarkan oleh pemacu flash ini. Lama-kelamaan harga pemacu flash ini menurun mungkin disebabkan beberapa faktor seperti banyak permintaan menyebabkan pemacu ini dihasilkan dalam bentuk yang lebih kompak, menggalakkan lebih ramai memiliki pemacu flash dan mungkin kerana populariti HD sudah semakin meningkat. Pemacu atau sistem storan HD bukanlah benda baru. Ia sudah lama wujud namun popularitinya tidak sehebat pemacu flash. Jika hendak dibandingkan dari segi saiz, pengguna lebih gemarkan sesuatu yang kecil dan mudah dibawa. Storan HD agak besar dan memerlukan ruang simpanan. Tetapi rekaan nipis storan HD masa kini seperti yang ditawarkan oleh VAIO, Seagate dan lain-lain memungkinkan pengguna beralih kepda sisitem storan HD yang menawarkan lebih kapasiti. Di situlah kelebihan storan HD. Meskipun bersaiz agak besar berbanding pemacu flash, namun ia menawarkan kapasiti yang lebih tinggi. Maksimum kapasiti pemacu flash yang boleh kita dapati sekarang ialah 16GB. Storan HD menawarkan kapasiti 60GB, 80GB, 120GB, 160GB dan banyak lagi sehingga ke 500GB dan ada yang mencecah sehingga ke terabyte. Ruang yang sebegini besar membolehkan pengguna menyimpan pelbagai fail digital seperti muzik, foto, video dan boleh melakukan backup penuh untuk HD komputer pengguna. Malah ia memain semula kandungan digital pada peranti serasi HD yang menpunyai antaramuka USB atau FireWire kelajuan tinggi serta serasi sistem PC dan Mac adalah lebih baik dan kelajuan putaran cakera sehingga 5000rpm ke 7200rpm membolehkan pemindahan data dibuat sekelip mata.

Baik...kita teruskan....sepertimana peranti memori flash lain, pemacu flash hanya dapat bertahan untuk beberapa tempoh pusingan menulis dan memadam sebelum kemungkinan untuk gagal berfungsi. Pemacu flash peringkat pertengahan menerusi kondisi normal boleh menyokong beratus ribu pusingan namun operasi menulis akan menjadi semakin lambat mengikut usia pemacu. Ia patut diambil kira jika anda menggunakan pemacu flash untuk menjalankan aplikasi perisian atau sistem operasi. Berbeza dengan storan HD, ia boleh menjalankan kerja-kerja berat dan berkapasiti besar. Tempoh hayatnya juga lebih lama dan menawarkan perlindungan untuk kerosakan, usia serta cuaca. Tetapi kita tidak boleh katakan yang storan HD terlepas daripada kerosakan dan kegagalan sistem kerana ia juga boleh rosak sama seperti HD dalaman yang kita pasang pada PC. Tetapi adakah tahun ini kita bakal melihat storan HD mengatasi pemacu flash? Ia persoalan yang sukar diramal disebabkan beberapa faktor. Ya, memang benar storan Hd menawarkan lebih kapasiti berbanding pemacu flash dan pengguna juga nampaknya sudah mula beralih kepada sistem storan ini. Namun faktor harga memungkinkan pemacu flash akan kekal popular dengan lebih banyak pengguna mampu memiliki sistem storan jenis ini. Mungkin satu hari nanti, setiap individu akan memiliki paling tidak satu pemacu flash atau mungkin juga teknologi membolehkan pemacu flash menawarkan kapasiti yang lebih besar. Apa-apa pun ia terletak pada keperluan pengguna sendiri...bak kata perpatah....tepuk dada tanya selera.....

Minggu lepas kita telah pun bersama dalam Segmen WDI atau Warta Dunia IT dan untuk minggu ini Segmen IDT kembali bersama anda..... bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai segmen IDT ini anda boleh layari laman web MUTIARAfm di www.mutiarafm.gov.my dan klik pada icon blog DJ MUTIARAfm dan pilih rancangan Infinity@Mutiara.
IDT minggu ini......akan memperkatakan mengenai panduan berkenalan di internet.....apakah panduan-panduannya????? Yang pertama
Hati-hati dan bataskan maklumat untuk di kongsi – sukar menilai keikhlasan dan hati budi rakan baru dikenali di internet. Jadi bagi mengelak menjadi mangsa, eloklah berhati-hati, jangan berkongsi semua maklumat diri anda.
Jangan beri kepercayaan sepenuhnya – ini penting dalam dunia siber, ramai cenderung menipu. Kita perlu selalu berhati-hati dalam menerima maklumat lebih-lebih lagi daripada menjadikan internet sebagai alternatif mencari jodoh.
Usah sandarkan harapan tinggi – selalunya, dalam hubungan maya, ramai cenderung menampilkan diri mereka insan hebat....bagi golongan mudah terpedaya, mereka mula menaruh harapan tinggi seperti biarlah si dia kacak atau lawa serta berkedudukan. Hakikatnya, ramai yang hampa apabila bertemu kali pertama di alam nyata!!!!....
Jaga etika berbahasa – biarpun hanya di internet, budi bahasa perlu dijaga. Hormati orang lain dengan tidak berbincang isu yang sensitif atau tidak disenangi teman maya. Selain itu, kita harus mengelak membincangkan isu berbaur negatif yang boleh mencetuskan pergaduhan. Jika terasa individu yang dilayan ditalian mencurigakan, abaikan saja!!!! Jangan layan.
Berhati-hati apabila memuat turun foto – banyak iktibar yang kita peroleh daripada kes pencerobohan laman web termasuk yang membabitkan penyebaran gambar orang lain. Sehubungan itu, berhati-hatilah!!!!.....jangan sesekali memuat turun atau memuat naik gambar yang kurang sopan atau tidak sesuai untuk tatapan awam kerana dikhuatiri akan disalahgunakan!!!!
Itu dia tadi 5 panduan berkenalan di internet yang sempat kami berkongsi dengan anda....diharapkan dengan panduan-panduan ini dapat mengelakan diri anda menjadi mangsa penjenayah di alam internet........Selesai sudah segmen yang kedua….segmen IDT….minggu hadapan anda akan bersama kembali dengan segmen WDI....

ok...soalan untuk minggu ini....

Soalan yang pertama....Apakah maksud rangkaian wayarles ’B’ , ’G” dan ’N’???
jawapannya.......Standard berbeza ini merujuk kepada kelajuan rangkaian dan turut menentukan seberapa pantas anda boleh memuat naik dan memuat turun informasi atau data. Rangkaian lazim menjalankan standard 802.11g yang menawarkan lebih kelajuan berbanding 802.11b. namun, rangkaian 802.11n menjanjikan kelajuan yang lebih daripada kedua-duanya. Standard untuk 802.11n belum diumumkan lagi, namun kebanyakkan pengeluar router wayarles sudah mula menghasilkan produk dengan teknologi yang dinamakan Draft N.........itulah jawapannya untuk soalan yang pertama dalam segmen ”Anda Tanya……Kami Jawab”.......untuk soalan ke-2 pula…apakah kelebihan pencetakan WiFi????....ok jawapannya….…pencetak wayarles membolehkan anda mencetak sama seperti kebebasan mobility yang ditawarkan oleh komputer riba. Anda boleh menempatkan ia di mana-mana bahagian rumah dalam jarak capaian dan melakukan kerja cetakan meskipun dari bilik berlainan. Ia juga boleh dikongsi dengan beberapa peranti yang mempunyai sambungan wayarles, sekali gus menghapuskan keperluan beberapa pencetak. Kualitinya juga tetap sama seperti anda mencetak menggunakan pencetak berwayar...…
.....itu dia tadi 2 soalan yang telah berjaya dijawab........ingin saya ingatkan.....jika anda ingin mengutarakan soalan anda dalam segmen yang ke-3 ini.....apa yang perlu anda buat ialah layarilah sahaja laman web mutiarafm....di www.mutiarafm.gov.my... Dan pilih ikon blog dj mutiarafm...dan klik pada rancangan infinity@mutiara dan anda akan dibawa terus ke laman blog rancangan ini.....tinggalkan soalan anda diruangan komen atau pendapat........mudah sajakan.......baiklah kita sudah dipenghujung rancangan INFINITY@MUTIARA ini...jangan lupa temujanji kita minggu depan pada waktu yang sama....sabtu jam 10.05 malam.....kita jumpa lagi pada bulan hadapan nanti.....akhir kata...marilah semua rakyat Malaysia supaya berlaku jujur, bertanggungjawab, berwawasan, berdisiplin, bekerjasama, adil, bertolak ansur dan prihatin antara satu sama lain. Agar kita hidup bahagia di dunia dan akhirat...Amin....assalamulaikum.....

Telefon bimbit juga boleh kena virus..


Baiklah.......minggu lepas segmen telah pun memperkatakan mengenai ”Punca-punca yang boleh menjemput Malware”.......untuk minggu ini topik yang menjadi pilihan ialah...”Tahukah Anda, bahawa telefon bimbit juga boleh dijangkit virus??”....jadi teruskan bersama rancangan Infinity@Mutiara....
Pada era teknologi masa kini, hampir setiap orang memiliki telefon bimbit dan ia menjadi seakan satu keperluan dalam kehidupan. Daripada yang tercanggih kepada telefon bimbit dengan fungsi mudah iaitu untuk membuat atau menerima panggilan dan menerima atau menghantar sms. Semuanya boleh didapati pada harga mampu dimiliki.
Namun, peranti itu juga tidak terlepas dari ancaman serangan virus. Bukan komputer atau PC anda sahaja yang boleh dijangkiti virus....telefon bimbit pun boleh....ia sering berlaku terutama pada telefon bimbit pintar atau peranti PDA dan pastinya ia merimaskan sesiapa jua. Virus telefon bimbit pertama yang dikesan adalah cecacing (worm) dicipta pada tahun 2003 yang menyerang telefon bimbit dengan sistem operasi Syambian. Ia dihantar menerusi Bluetooth dan mengumumkan serangan itu secara amaran. Ia tidak mendatangkan bahaya tetapi mengingatkan individu bahawa telefon bimbit juga boleh menjadi sasaran virus.
Sejak dari itu terdapat lebih 200 jenis virus yang dikesan menyerang telefon bimbit. Angka ini sesuatu yang membimbangkan tambahan pula sesetengah serangan mengakibatkan individu perlu membaiki telefon bimbit dan kes lebih teruk mengakibatkan kerugian kerana ia menghantar SMS atau MMS secara sendirinya apabila dijangkiti. Berikutan dengan masalah ini rancangan Infinity@Mutiara dalam segmen ICT minggu ini akan berkongsi dengan anda pendengar MUTIARAfm bagaimana hendak menghindari telefon bimbit dan peranti mudah alih anda daripada dijangkit virus.
Ok.....bagaimana pula hendak menghindari telefon bimbit dan peranti mudah alih anda daripada dijangkiti virus......yang pertama.....
Pastikan sama ada telefon bimbit anda dijangkiti virus atau tidak. Sekiranya telefon bimbit anda tiba-tiba beroperasi dengan lambat, misalnya untuk memaparkan gambar pada galeri memakan masa yang agak lama, berkemungkinan memori telefon anda terlalu terbeban atau telefon anda telah dijangkiti virus. Anda juga boleh melihat pada bil telefon sekiranya terdapat panggilan atau penghantaran MMS atau SMS yang tidak diketahui, berkemungkinan ia juga telah dijangkiti virus. Virus telefon bimbit biasanya menyerang dalam dua cara iaitu secara gangguan Malware seperti menghantar SMS/MMS dan Spam. Ia merugikan anda dari segi wang ringgit dan menghabiskan tenaga bateri. Satu lagi cara adalah dengan menyerang sistem operasi yang boleh mengakibatkan kegagalan program, mencipta ikon yang pelik-pelik atau aneh serta membuang fail penting tanpa anda sedari.....yang ke-2 pula anda perlu fahami bagaimana virus ini menyerang. Lazimnya ia menyerang menerusi Bluetooth, perkongsian fail, SMS dan MMS. Kini dengan teknologi yang semakin canggih seperti 3G dan WiFi, virus boleh merebak dengan mudah menerusi emel, mesej segera, ketika anda melayari internet, memuat turun fail dan ketika anda memeriksa akaun kewangan. Majoriti pengguna telefon pintar akan menyimpan data peribadi dan perniagaan pada peranti mudah alih mereka. Sekiranya tidak dilindungi, kemungkinan untuk ia dicuri adalah tinggi. Seterusnya.....jika anda menerima SMS/MMS yang kandungan mencurigakan, terus batalkan atau buang mesej tersebut. Dikhuatiri ia disertakan dengan program yang boleh membawa virus pada telefon bimbit anda........jangan sebarkan nombor telefon anda – lindungi nombor telefon anda dan jangan sebarkan secara bebas di internet, forum sembang, senarai khas atau pertandingan talian. Kebiasaannya borang di talian mempunyai menu untuk anda memilih sama ada ingin memaparkan nombor telefon atau tidak....pastikan ia tidak!!!!.

Langkah seterusnya matikan Bluetooth dan Infra merah (infra red) – Bluetooth adalah teknologi yang mengagumkan. Bagaimanapun, ia bukanlah untuk dihidupkan setiap masa. Sekiranya anda tidak menggunakan Bluetooth, matikan aplikasi tersebut. Jika individu tidak dikenali menghantar kandungan menerusi Bluetooth, jangan terima dan batalkan operasi serta-merta. Untuk infra merah pula sama juga nyah aktif jika tidak digunakan.......jangan panik sekiranya telefon bimbit anda diserang virus. Sebaliknya segera dapatkan perkhidmatan untuk membuang virus ini dari sistem operasi telefon bimbit anda. Virus telefon bimbit tidak meninggalkan kesan yang sebegitu teruk berbanding virus komputer......akhir sekali....cegah sebelum mengubati!!!!....pasanglah perisian anti virus yang boleh diperolehi secara percuma atau berbayar pada telefon bimbit anda. Ia boleh didapati dari pelbagai sumber seperti Windows Marketplace, Windows Mobile Catalog dan banyak lagi jenama yang boleh didapati dengan mudah di pasaran.......kami harapkan dengan maklumat yang dibekalkan ini dapat membantu anda daripada menjadi mangsa serangan virus pada telefon bimbit dan peranti mudah alih.......sampai disini dulu segmen ICT minggu ini......kita berhibur dan......selepas ini....anda akan bersama dalam segmen yang ke-2 pula....segmen WDI.....iaitu Segmen Warta Dunia IT.

WDI minggu ini......
1. Microsoft memperkenalkan teknologi BlueTrack – Teknologi ini menggabungkan lebar dan kuasa optikal dengan ketepatan pengesan lazer untuk pengguna menggunakan tetikus meskipun di permukaan tidak rata seperti permaidani, lantai dan kayu. Ia menggunakan isyarat lebih besar dan lebar berbanding tetikus optikal atau lazer lain dan mampu mengesan permukaan di bahagian bawah tetikus dengan lebih baik.
2. K-One Technology Berhad (K-One) menampilkan sistem Multi-PC K-One, iaitu inovasi produk terkini untuk membantu syarikat menjimatkan kos, tenaga dan memelihara alam sekitar. Sistem ini membenarkan syarikat mengurangkan kos operasi secara pengurangan jumlah CPU untuk bekerja. Dengan sistem ini beberapa pengguna boleh menjalankan kerja serentak menerusi satu CPU yang ditingkatkan. Ini sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan pembelian CPU standard serta pelupusan minimum.
3. Symantec Corp memperkenalkan Norton AntiVirus 2009 Edisi Permainan yang menawarkan perlindungan komputer daripada Malware serta pada masa yang sama direka khas untuk komuniti pemain tegar. Permainan kini tidak akan terganggu oleh amaran atau imbasan virus yang tiba-tiba muncul pada skrin dan selalunya melambatkan permainan kerana pengguna boleh menetapkan jadual imbasan serta ia secara pintar boleh bekerja di belakang.
4. Penggemar Anime pasti gembira dengan berita ini kerana Animax telah bekerjasama dengan Starhub untuk menyediakan servis penstrim video 3G Animax Mobile di Malaysia dan Singapura. Kedua-dua pelancaran ini turut menandakan kejayaan ke-7 Animax Mobile termasuk di Kanada, Australia, Hong Kong, Taiwan dan Brunei.

Soalan yang pertama.... Benarkah mitos…atau cakap-cakap orang yang jika pemacu cakera keras (hard disk) sudah mencapai 75% kandunganya atau perisian yang terlalu banyak akan melembabkan komputer???
jawapannya...... Ia bukan mitos atau cakap-cakap orang......tetapi ia memang benar kerana windows...akan memerlukan ruang memori dan pemacu cakera keras (hard disk) apabila anda membuka sesuatu perisian...lebih banyak perisian maka lebih banyak ruang yang diperlukan...dengan itu untuk keselesaan memori anda hendaklah besar dan ruang pemacu cakera keras (hard disk) juga hendaklah luas. Adalah lebih baik pemacu cakera keras (hard disk) c:\ hanya untuk sistem dan tiada sebarang simpanan digunakan. Lebih baik jika pemacu cakera keras (hard disk) anda mempunyai banyak partition anda boleh simpan file-file anda di partition-partition ini...contohnya...d:\ , e:\ atau f:\..........itulah jawapannya untuk soalan yang pertama dalam segmen ”Anda Tanya……Kami Jawab”.......untuk soalan ke-2 pula… Saya mengalami masalah yang menghantui sejak sekian lama iaitu emel kerap didatangi 'spam' walaupun saya sudah mengklik pada ikon spam. Bagaimana cara untuk mengelaknya ia dari memasuki e-mel saya lagi????....ok jawapannya….… SPAM sangat menyusahkan pengguna namun kebiasaannya, apabila ia dimasukkan dalam senarai spam, ia tidak akan mengganggu lagi.
Namun, salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah memiliki dua alamat e-mel yang digunakan untuk aktiviti Internet seperti forum, blog dan sebagainya serta satu emel khas untuk peribadi. Jika anda masih mahu menggunakan e-mel yang sama, anda perlu memiliki ciri antispam tapi sistem ini mengambil sedikit masa untuk mengenalpasti maklumat sebelum membuat keputusan sama ada e-mel diterima adalah spam atau tidak..…….selamat mencuba..
.....itu dia tadi 2 soalan yang telah berjaya dijawab........ingin saya ingatkan.....jika anda ingin mengutarakan soalan anda dalam segmen yang ke-3 ini.....apa yang perlu anda buat ialah layarilah sahaja laman web mutiarafm....di www.mutiarafm.gov.my... Dan pilih ikon blog dj mutiarafm...dan klik pada rancangan infinity@mutiara dan anda akan dibawa terus ke laman blog rancangan ini.....tinggalkan soalan anda diruangan komen atau pendapat........mudah sajakan.......baiklah kita sudah dipenghujung rancangan INFINITY@MUTIARA ini...jangan lupa temujanji kita minggu depan pada waktu yang sama....sabtu jam 10.05 malam.....kita jumpa lagi pada 28 Mac nanti.....akhir kata...marilah semua rakyat Malaysia supaya berlaku jujur, bertanggungjawab, berwawasan, berdisiplin, bekerjasama, adil dan prihatin antara satu sama lain. Agar kita hidup bahagia di dunia dan akhirat...Amin....assalamulaikum.....

Monday, March 16, 2009

Punca-punca yang menjemput Malware



SEGMEN 1
Baiklah.......minggu lepas segmen telah pun memperkatakan mengenai ”rakyat Malaysia gemar muat turun media digital.......untuk minggu ini topik yang menjadi pilihan ialah...”Punca-punca yang menjemput Malware”....jadi teruskan bersama rancangan Infinity@Mutiara....
Ancaman malware bukan fenomena asing dikalangan pengguna komputer pada hari ini. Bagi mengelaknya, komputer anda perlu dilengkapi perisian keselamatan. Adakalanya malware boleh terlepas juga walaupun komputer anda dilengkapi dengan perisian keselamatan. Penyusupan malware tanpa disedari boleh berlaku, lebih-lebih lagi jika anda cuai. Selebihnya mungkin disebabkan kurang prihatin dengan punca yang menyebabkan jangkitan. Jangkitan malware boleh berlaku jika anda mengunjungi tapak web yang menawarkan bahan-bahan negatif. Atau.....jika anda menggunakan aplikasi yang berkaitan dengan bahan negatif tersebut. Seandainya anda tidak terbabit dengan bahan berunsur negatif, jangkitan malware masih boleh berlaku tanpa dijangka. Contohnya, setelah terpedaya dengan iklan atau perisian palsu dalam internet. Berikut adalah punca dan kesilapan yang selalu mengundang malware. Setelah mengetahuinya anda perlu mengambil langkah proaktif lagi relevan ini....
Punca-punca yang pertama......bahan berunsur porno.......sesetengah perisian anti-spyware mampu menyekat pelbagai tapak web porno yang dikesannya. Bagaimanapun ada pengguna yang sengaja pergi ke tapak web yang tidak bermoral. Jadi tidak hairanlah jika komputer mereka mudah dicemari malware. Biasanya pengguna yang mencari bahan negatif dan bukan sebaliknya. Malangnya ada pengguna komputer yang baik juga turut dijangkita malware biarpun mereka tidak berniat pergi ke tapak web yang negatif, semasa melayari internet. Fenomena seperti ini boleh berlaku kerana sesetengah malware boleh melencongkan kunjungan anda ke tapak web tersebut....itu yang pertama...punca ke-2 pula ialah....movie atau video dan muzik haram – tapak web ini kerap memaksa anda untuk memasang perisian khas, yang perlu dimuat turun supaya anda boleh mendapatkan bahan berkenaan dari tapak webnya. Perisian pengurusan proses muat turun ini selalunya disertakan malware. Jangan terkejut jika perisian ini memuat turun spyware dan trojan, ketika anda sedang berseronok memuat turun muzik mp3 atau movie haram. Perlu diingatkan bahawa ”cookies” penjejak kadangkala ditempatkan pada komputer, untuk memantau tabiat pelayaran atau merampas pelayar web, agar anda kembali ke tapak web mereka atau rakan kongsinya.......itu baru 2 punca yang mengundang atau menjemput malware ke komputer anda....

Yang ini selalu kita buat....apa dia tu....perisian cetak rompak???kami pasti ramai yang menggunakan perisian cetak rompak kan...........jika anda menyukai perisian cetak rompak, pemecah (cracks) nombor siri atau penjana kekunci (keygen)...ada kemungkinan PC atau komputer anda dijangkiti malware selepas datang ke tapak web ini. Sesetengah ”cracks” yang dicipta perekanya boleh berfungsi tetapi disertai malware yang berpontesi mengeksploitasi atau memperalatkan komputer anda........selain daripada itu.....perisian ”peer to peer” atau P2P, asakan iklan internet, tapak web merbahaya, perisian percuma, kesilapan pengguna emel juga boleh mengundang malware......punca-punca yang seterusnya ialah....perisian sekuriti palsu......apakah itu yang dikatakan sebagai perisian sekuriti palsu......lawatan anda ke tapak web tertentu mungkin disambut dengan paparan baner, yang bagitau anda kononnya komputer anda telah dijangkit virus......hakikatnya, komputer anda belum lagi dijangkiti malware atau virus. Jika anda ikut arahan dan memuat turun perisian tersebut maka komputer anda akan dijangkit malware tersebut. Proses imbasan dalam talian biasanya tidak sekelip mata, bahkan mengambil masa. Jika anda mahu mengimbas komputer menerusi talian, pilihlah khidmat dari penyedia yang dipercayai.......punca yang terakhir yang ingin kami kongsikan dengan anda semua ialah......kelalaian kita sendiri.....jadi anda kenalah sentiasa berhati-hati ketika melayari internet...pastikan perisian antivirus yang gunakan dikemaskini selalu......dan selalulah mengimbas komputer anda secara berkala....tajuk ini telah kami keudarakan pada 1 nov 2008 yang lalu....bagaimana menjaga komputer secara berperingkat.....anda boleh layari laman blog rancangan ini di www.mutiarafm.gov.my......

SEGMEN 2

Minggu lepas kita telah pun bersama dalam Segmen WDI atau Warta Dunia IT dan untuk minggu ini Segmen IDT kembali bersama anda..... bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai segmen IDT ini anda boleh layari laman web MUTIARAfm di www.mutiarafm.gov.my dan klik pada icon blog DJ MUTIARAfm dan pilih rancangan Infiniti@MUTIARA selalunya dalam segmen ini kami akan berkongsi dengan anda perisian percuma yang boleh membantu kerja seharian anda tetapi untuk minggu ini kami ingin berkongsi dengan anda Tip-tip membeli storan NAS.....apa tu N.A.S?????NAS ialah.....Network Attached Storage........
Beberapa ramalan yang boleh kita lihat dan baca di internet menunjukkan bahawa populariti storan NAS semakin meningkat sepanjang tahun 2009 ini. Meskipun ianya lebih banyak dimiliki oleh golongan bisnes, namun individu juga boleh memiliki storan NAS untuk memenuhi keperluan rangkaian dan perkongsian fail atau tujuan-tujuan lain yang berguna. Soal mendapatkan storan NAS pula tidaklah sesukar mana jika anda tahu apa yang diinginkan dan beberapa perkara asas tentangnya. Berikut merupakan perkara tip asas yang boleh diikuti sekiranya anda ingin mendapatkan storan NAS.....tak payah penig-pening kepala......
Pertama......keperluan – pastikan apa yang anda ingin lakukan dengan storan NAS. Adakah untuk storan atau pelayan. Berapakah kapasiti diperlukan dan aplikasi yang akan dijalankan menggunakan NAS??....apabila anda boleh menjawab persoalan ini maka anda boleh mendapatkan storan NAS ini.......yang ke-2 persekitaran- tentukan persekitaran tempat kerja atau kediaman yang akan menggunakan storan NAS tersbut. Jika ia diakses oleh lebih ramai orang, dapatkan storan NAS yang dilengkapi sekuriti dan storan yang mempunyai pelayan beberapa pengguna. Dari segi teknikal pula....pastikan adakah storan NAS itu menyokong sistem rangkaian pejabat atau kediaman anda. Antaranya penyambung yang diperlukan, polisi adakah infrastuktur topologi mampu mengendali keperluan persekitaran LAN, aplikasi yang dibenarkan, kemampuan dan kecekapan NAS, rancangan kapasiti, perlindungan RAID dan sebagainya yang berkaitan.....harga.....ini juga penting. Bandingkan harga storan NAS dan dapatkan nilai yang terbaik pada fungsi yang sama. Anda juga boleh memilih bentuk yang sesuai dengan persekitaran anda sama ada bergaya, petak, bulat dan sebagainya mengikut selera.....selain daripada itu cari lah storan NAS yang mesra alam......baiklah

SEGMEN 3

Bagi anda yang ingin bersama dalam segmen.....ini anda boleh melayari laman web MUTIARAfm di www.mutiarafm.gov.my dan klik pada ikon blog DJ Mutiarafm...dan pilih Infinity@Mutiara... Klik pada ikon infinity@mutiara dan anda terus akan dibawa ke blog rancangan ini....jika anda mempunyai sebarang soalan, kemusykilan dan pertanyaan berkaitan dunia ICT anda boleh tinggalkan soalan anda diruangan pendapat atau komen.....ok...soalan untuk minggu ini....
Soalan yang pertama.... Komputer saya sarat dengan file-file milik saya ...jadi saya bercadang untuk mengecilkan file lagu dan file gambar saya...........apakah perisian yang saya patut gunakan?????jawapannya..... Anda boleh menggunakan blaze media pro (www.blazemp.com) untuk mengecilkan fail lagu dan untuk fail gambar pula anda boleh gunakan faststone photo resizer atau pun anda boleh gunakan power toys yang boleh anda perolehi daripada laman web microsoft.....….....itulah jawapannya untuk soalan yang pertama dalam segmen ”Anda Tanya……Kami Jawab”.......untuk soalan ke-2 pula… Apa kesannya jikalau komputer dipenuhi dengan freeware???....ok jawapannya…..... Freeware….tiada masalah…hanya pemacu cakera keras @ harddisk anda akan penuh dengan perisian freeware ini…..dan mungkin juga….saya nak tegas disini…mungkin juga ada freeware yang boleh melambatkan prestasi komputer anda….jadi cadangan saya kalau anda hendak muat turun (download) sesuatu perisian freeware…pastikan ia memenuhi keperluan anda….jika anda tidak perlukan freeware itu lebih baik tak payahlah muat turun freeware tersebut….…….selamat mencuba..
.....itu dia tadi 2 soalan yang telah berjaya dijawab........ingin saya ingatkan.....jika anda ingin mengutarakan soalan anda dalam segmen yang ke-3 ini.....apa yang perlu anda buat ialah layarilah sahaja laman web mutiarafm....di www.mutiarafm.gov.my... Dan pilih ikon blog dj mutiarafm...dan klik pada rancangan infinity@mutiara dan anda akan dibawa terus ke laman blog rancangan ini.....tinggalkan soalan anda diruangan komen atau pendapat........mudah sajakan.......baiklah kita sudah dipenghujung rancangan INFINITY@MUTIARA ini...jangan lupa temujanji kita minggu depan pada waktu yang sama....sabtu jam 10.05 malam.....kita jumpa lagi pada 21 Mac nanti......jangan lupa.........ingat ICT.......ingat Infinity@MUTIARA dan terus berhibur bersama MUTIARAfm.....segalanya untukmu.

Pengguna Malaysia Gemarkan Media Digital


SEGMEN 1
Baiklah untuk minggu yang pertama dalam bulan Mac ini....segmen ICT minggu ini akan memperkatakan mengenai.......”Pengguna Malaysia Gemarkan Media Digital”....jadi teruskan bersama rancangan Infinity@Mutiara....
Cukup menarik.....kajian yang dijalankan oleh Nielsen Customized Research, The Nielsen Company menunjukkan bahawa pengguna Malaysia antara 10 negara terbanyak mendapatkan media digital. Ia dijalankan terhadap 26,202 pengguna internet daripada 52 buah negara termasuk di Eropah, Asia Pasifik, Amerika Selatan dan Timur Tengah, sekali gus menunjukkan pemilikan teknologi dan tabiat pengguna internet masyarakat global. Malaysia berada di kedudukan ke-5 daripada 52 negara yang gemar media digital dalam pelbagai bentuk sama ada disimpan pada komputer, data, suara, video dan sebagainya. Pengguna Malaysia juga dikatakan pengguna sofistikated dengan sebanyak 53% strim dan memain kandungan digital sama ada wayang gambar, klip video, rancangan televisyen, video muzik atau trek audio dan permainan beberapa bulan kebelakangan ini.
Bercakap soal muat turun juga hampir serupa. Sebanyak 41% pengguna Malaysia dikatakan memuat turun pelbagai jenis kandungan daripada internet, menjadi kita berada di kedudukan ke-7 dalan kategori ini. Malah pengguna Malaysia juga menghabiskan banyak masa di internet iaitu kira-kira 20 jam setiap minggu menonton kandungan internet, membolehkan kita berada di kedudukan ke-3 secara global. Selain itu, kajian juga mendapati pengguna Asia sudah lebih terdedah dan banyak menggunakan media digital, dimana 5 daripada 10 negara teratas yang banyak menggunakan perkakasan media datangnya dari Asia. Filipina berada di tangga tertinggi diikuti China, Vietnam, Thailand dan Malaysia dalam kelompok Asia....nampaknya banyak kajian yang telah dilakukan oleh Nielsen Customized Research ini.....
Pada masa yang sama, kajian oleh Nielsen turut melihat penggunaan peranti media paling popular secara global. Komputer desktop dan komputer riba mengatasi televisyen sebanyak 3% iaitu 77% pengguna menonton kandungan digital daripada peranti berkenaan. Pemain CD pula sebanyak 50%, DVD 48% dan telefon tanpa fungsi video atau web digunakan oleh 40% pengguna, sementara 30% menggunakan telefon bimbit dengan keupayaan video. Bagaimanapun, di Malaysia pemilikan televisyen dikatakan lebih banyak berbanding komputer iaitu 89% berbanding 87% untuk komputer. Penggunaan komputer pula melebihi TV sebanyak 85% berbanding 77%, menunjukkan penerapan komputer dalam kehidupan moden kini semakin meningkat. Peningkatan terhadap media digital mungkin disebabkan oleh beberapa perkara. Ini termasuk pendedahan pengguna terhadap servis strim talian yang boleh dibuat secara percuma mahu pun berbayar. Faktor usia dan ekonomi juga memainkan peranan di mana negara membangun menampakkan penggunaan internet yang meluas dan penggunanya juga lebih terdedah dengan perkara sebegini. Apa pun, zaman berubah dan IT semakin dekat dengan pengguna. Usaha Nielsen menjalankan kajian sebegini memberi satu indikasi kepada kita tentang peredaran dunia IT. Kita tunggu dan lihat perubahan terkini seterusnya.......
.........sampai disini dulu segmen ICT minggu ini......


SEGMEN 2

Minggu lepas kita telah pun bersama dalam Segmen IDT atau Info Dan Tips dan untuk minggu ini Segmen WDI kembali bersama anda..... bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai segmen WDI ini anda boleh layari laman web MUTIARAfm di www.mutiarafm.gov.my dan klik pada icon blog DJ MUTIARAfm dan pilih rancangan Infiniti@MUTIARA....... Apakah warta IT yang bakal dikongsi dengan anda pada minggu ini……yang pertama…..
1. Skype mengumumkan Skype 2.8 Beta untuk Mac, iaitu versi terkini perisian komunikasi internet bagi pengguna komputer popular keluaran Apple itu. Versi ini menampilkan beberapa ciri baru Skype seperti Skype Acess dan perkongsian skrin yang juga bakal disertakan sekali pada Skype untuk sistem operasi lain tahun ini. Skype Acess merupakan servis Hotspot WiFi berbayar yang disediakan oleh Boingo Wireless dan Skype. Sementara itu, fungsi perkongsian skrin pula membenarkan pengguna Mac menunjukkan perkara yang sedang dilakukan di skrin pada individu lain. Ciri lain yang boleh didapati untuk versi ini juga adalah pengurusan sembang, Quick Add untuk menambah rakan sembang, Mod sembang Mesej, gambar profil besar dan kawalan Avatar.
2. United Information Technology memperkenalkan BX1200 iaitu Sistem Storan Array Nas / IP SAN bersepadu dan BM2900, sistem storan saluran fiber fungsi penuh untuk perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia. Penyelesaian storan ini dikatakan mampu membantu perniagaan memenuhi keperluan perlindungan data baru, mengurangkan kos dan juga risiko.
3. Synology Inc. Mengumumkan Disk Station Manager 2.1 versi beta, pengurus stesen cekera yang menampilkan teknologi AJAK dan ditambah keupayaan pelayan mel dengan pemasangan Stesen Mel satu klik. Versi ini juga meningkatkan stesen pengawasan Synology, pengurusan storan, pengurusan pengguna, pengurusan keutamaan dan 4 bahasa baru.
4. Sebagai usaha memelihara alam sekitar dan mempromosikan konsep hijau, Kingston memperkenalkan modul profil rendah yang mengekalkan kecekapannya walaupun berubah dari segi saiz. Modul profil rendah terbaru kingston masih akan berfungsi sama seperti sebelum ini dan pengguna boleh mendapat manfaat dengan sistem yang lebih kecil dan kurang panas serta pada masa yang sama ia turut mengikut standard J.E.D.E.C iaitu kurang papan PCB (kurang 40%) berbanding modul sedia ada.
Selesai sudah segmen yang kedua….segmen WDI….minggu hadapan anda akan bersama kembali dengan segmen IDT.

SEGMEN 3


Soalan yang pertama.... Grafik kad apakah yang paling berkuasa????
jawapannya..... beberapa grafik kad yang dikatakan terbaik pada 2008 termasuklah kad grafik yang dilengkapi dengan cip NVIDIA GeForce 8800GT, ATI Radeon HD 4870 dan banyak lagi kad grafik yang baik….....itulah jawapannya untuk soalan yang pertama dalam segmen ”Anda Tanya……Kami Jawab”.......untuk soalan ke-2 pula… Saya ingin meminta bantuan tentang Windows Vista Edition Home. Saya ada masalah mengenai audio untuk rakaman suara. Jika di Windows XP semestikannya ada mixer audio input tapi di Windows Vista tiada mixer audio input seperti stereo mix, line ini, CD player dan mic.???....ok jawapannya…......memang ada perbezaan dalam semua komponen itu dimana ia tidak ada dalam Windows Vista Edition Home. Namun saudara boleh upgrade kepada Windows Vista lain. Cuba anda layari laman web windows Vista…….selamat mencuba..
.....itu dia tadi 2 soalan yang telah berjaya dijawab...sekali saya ingin ingatkan...jika anda ingin mengutarakan soalan anda dalam segmen yang ke-3 ini.....apa yang perlu anda buat ialah layarilah sahaja laman web mutiarafm....di www.mutiarafm.gov.my... Dan pilih ikon blog dj mutiarafm...dan klik pada rancangan infinity@mutiara dan anda akan dibawa terus ke laman blog rancangan ini.....tinggalkan soalan anda diruangan komen atau pendapat........mudah sajakan.......baiklah kita hampir dipenghujung rancangan INFINITY@MUTIARA ini...jangan lupa temujanji kita minggu depan pada waktu yang sama....sabtu jam 10.05 malam.....kita jumpa lagi pada 14 Mac nanti......jangan lupa.........ingat ICT.......ingat Infinity@MUTIARA dan terus berhibur bersama MUTIARAfm.....segalanya untukmu.

Jenayah Siber


Jenayah Siber
Kesemua peringkat penggunaan keomputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk yang tujuan tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar ialah penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer, kecurian maklumat, capaian secara tidak sah keatas sistem, menyalin perisian secara tidak sah, pengintipan, judi siber, skim cepat kaya, pornografi, penggodam atau hacker, penyebaran virus dan banyak lagi dan mungkin kita akan berhadapan dengan bentuk jenayah baru selaras dengan kepesatan pembangunan komputer.
Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi untuk membincangkan jenayah siber ini, terlebih dahulu marilah kita lihat terlebih dahulu dengan definasi jenayah siber itu sendiri. Jenayah membawa maksud aktiviti seperti kecurian, penipuan, pemalsuan dan peras ugut. Jenayah komputer pula melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan pelanggaran undang-undang yang sedia ada. Walau bagaimanapun, definasi yang lebih baik dan komprehensif telah dibuat oleh Mr. Donn B Parker seorang penyelidik di dalam jenayah komputer dan keselamatan untuk S.R.I International, beliau menyatakan bahawa jenayah komputer adalah di mana perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian secara berterusan. Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pula menguatkan lagi definasi ini dengan mengatakan bahawa jenayah komputer adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana pengetahuan mengenai teknologi komputer digunakan untuk merealisasikannya. Namun demikian kita harus akui bahawa wujudnya perbezaan takrifan jenayah siber antara negara. Bagi negara-negara islam pula judi, pornografi, pengiklanan sex adalah suatu jenayah tetapi bukan jenayah dikebanyakan negara di dunia ini.
Contohnya di Amerika Syarikat, hal-hal sebegini dianggap remeh, hanya pronografi kenak-kanak sahaja dianggap jenayah. Mereka lebih memberi tumpuan kepada keselamatan dan perdagangan, berbagai-bagai undang yang berkait rapat dengan keselamatan dan perdagangan di rangka seperti trademark law, copyright law, undang-undang berkaitan hacker atau pengodam dan penyebaran virus dan sebagainya. Selain daripada itu kami juga ingin berkongsi dengan anda takrifan Jenayah komputer pula. Jenayah komputer merujuk kepada penyalahgunaan peralatan komputer bagi merosakkan, mencuri atau mengubah data dalam komputer sukar dibuktikan atau dikesan disebabkan kehilangan data atau penyalinan data berlaku secara maya dan tidak dapat dibuktikan secara fizikal. Selain itu jenayah komputer juga berbeza antara satu kawasan ke kawasan lain. Tambahan lagi, perkembangan perhubungan data antarabangsa terutama sekali internet telah menyebabkan tugas polis menjadi semakin sukar. Kesimpulannya kita kena mengambil langkah untuk melindungi sistem komputer yang kita gunakan. Lengkapi diri dengan ilmu tentang komputer.

SEGMEN 2

Minggu lepas kita telah pun bersama dalam Segmen WDI atau Warta Dunia IT dan untuk minggu ini Segmen IDT kembali bersama anda..... bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai segmen IDT ini anda boleh layari laman web MUTIARAfm di www.mutiarafm.gov.my dan klik pada icon blog DJ MUTIARAfm dan pilih rancangan Infiniti@MUTIARA....... Untuk minggu ini segmen IDT akan memperkatakan mengenai ”Permainan Percuma Di Internet”…
Tiada cara yang lebih baik menghilangkan stres di komputer selain bermain permainan komputer. Tapi pastikan anda selesaikan kerja anda dulu. Bukan menyeronokkan malah jika ianya percuma tentu lebih baikkan. Addicting Games pasti membuatkan anda hendakkan bermain permainan komputer kerana ia menawarkan lebih 3 ribu permainan pelbagai genre secara percuma dalam format flash. Anda boleh memilih genre aksi, sukan, teka-teki, menembak, klasik, strategi (RPG) serta bermacam-macam lagi apabila anda klik pada butang ”More” di bahagian kanan muka web ini. Masa loading bergantung pada kelajuan pelayan (server) dan jumlah pengunjung (trafik) pada satu-satu masa. Ada masanya anda akan dapati permainan dimuat-naik segera dan ada masanya juga anda perlu bersabar. Kena tunggu sat.....sayangnya laman web permainan ini tidak membenarkan anda simpan (save) permainan. Jika anda hendak main permainan yang sama, anda perlu bermain dari mula. Bagaimanapun anda boleh daftar masuk ke laman web ini dan memilih serta menyimpan permainan kegemaran di My Favourites untuk bermain setiap kali anda log-in. Malah anda sendiri bolah tinggalkan komen atau pendapat tentang permainan serta tip dan cara mendapatkan markah yang lebih baik...untuk mendapatkan maklumat lanjut anda boleh layari laman web ini www.addictinggames.com . bagi anda yang suka muat turun , addictinggame juga menawarkan pelbagai permainan komputer yang boleh di muat turun secara percuma atau berbayar. Walaupun ia tidak sebanyak yang anda boleh mainkan secara on-line, namun cukuplah untuk anda rasa keterujaan bermain permainan. Tidak cukup dengan itu, anda boleh masukkan permainan ke laman sosial atau komuniti seperti blog, MySpace dan sebagainya untuk dikongsi dengan rakan-rakan anda.....
Selesai sudah segmen yang kedua.

SEGMEN 3

Bagi anda yang ingin bersama dalam segmen.....ini anda boleh melayari laman web MUTIARAfm di www.mutiarafm.gov.my dan klik pada ikon blog DJ Mutiarafm...dan pilih Infinity@Mutiara... Klik pada ikon infinity@mutiara dan anda terus akan dibawa ke blog rancangan ini....jika anda mempunyai sebarang soalan, kemusykilan dan pertanyaan berkaitan dunia ICT anda boleh tinggalkan soalan anda diruangan pendapat atau komen.....ok...soalan untuk minggu ini....
Soalan yang pertama.... Saya ada masalah nak Add Favorites laman web di IE7(internet explorer seven) Setiap kali nak nak Add muncul mesej ”to access favorites go to Favorites Center” Jadi saya nak tahu macam mana nak access favorites center????
jawapannya..... dalam pelayar web Microsoft Internet Explorer Seven, Favorites Center boleh diakses dengan klik pada butang atau ikonnya yang bebentuk bintang di penjuru kiri atas tetingkapnya. Atau dengan klik kombinasi kekunci pintasangnya “Alt dan C”. Hasilnya ruang paparan Favorites Center akan muncul di sebelah kiri tetingkap pelayar berkenaan. Menerusi cara ini anda boleh mengakses kandungan Favorites Center ….....Soalan ke-2 pula… Adakah dengan menggunakan perisian boleh meninggikan kelajuan sesebuah komputer??? Jika ya, apakah perisian yang paling sesuai untuk digunakan???....ok jawapannya….perisian yang kami cadangkan ialah Free Ram XP Pro dan Speed Up PC 3X yang anda perolehi di www.microsmartsllc.com untuk mempercepatkan komputer atau PC anda.....….selamat mencuba..
.....itu dia tadi 2 soalan yang telah berjaya dijawab...sekali saya ingin ingatkan...jika anda ingin mengutarakan soalan anda dalam segmen yang ke-3 ini.....apa yang perlu anda buat ialah layarilah sahaja laman web mutiarafm....di www.mutiarafm.gov.my... Dan pilih ikon blog dj mutiarafm...dan klik pada rancangan infinity@mutiara dan anda akan dibawa terus ke laman blog rancangan ini.....tinggalkan soalan anda diruangan komen atau pendapat........mudah sajakan.......baiklah kita hampir dipenghujung rancangan INFINITY@MUTIARA ini...jangan lupa temujanji kita minggu depan pada waktu yang sama....sabtu jam 10.05 malam.....kita jumpa lagi pada bulan Mac nanti......jangan lupa.........ingat ICT.......ingat Infinity@MUTIARA dan terus berhibur bersama MUTIARAfm.....segalanya untukmu.