Sunday, February 22, 2009

Amalan Pekerja Punca Kehilangan Data


Informasi korporat memainkan peranan penting dalam sesebuah perniagaan namun sering mengalami risiko kehilangan disebabkan oleh sikap dan kecuaian pekerja. Menurut kajian yang dijalankan oleh InsightExpress dan selia oleh Cisco iaitu kajian sekuriti global yang menekankan beberapa risiko dilakukan oleh pekerja yang boleh menyebabkan kehilangan data korporat, mendapati kesalahan tersebut berbeza mengikut tempat dan budaya.
Kajian dijalankan terhadap lebih 2 ribu pekerja dan profesional dalam bidang IT di 10 negara termasuk Australia, China, India, Jepun, Perancis, Jermen, Itali, Brazil, Amerika dan United Kingdom. Kajian turut mengkaji implikasi kehilangan data terhadap bisnes apabila gaya hidup dan persekitaran kerja berubah secara memdadak. Ia sedikit sebanyak berkait rapat dengan penggunaan aplikasi dan peranti oleh pekerja termasuk telefon bimbit, komputer riba, aplikasi Web 2.0 (web two point oo), video dan media sosial lain.
Beberapa penemuan penting yang didapati untuk rantau Asia Pasifik menunjukkan terdapat jurang besar terhadap penggunaan aplikasi dan amalan pekerja yang boleh membawa kepada risiko kehilangan data. Sebagai contoh 72% pekerja di China menggunakan Mesej Segera (IM) untuk kegunaan peribadi di tempat kerja berbanding hanya 4% pekerja Jepun menggunakannya.
Sementara itu, pekerja di China dan India juga mempunyai kecenderung menggunakan aplikasi tidak dibenarkan dan mengubah setting sekuriti tempat kerja berbanding negara lain di rantau ini. Sikap dan amalan-amalan lain yang ditemui dan boleh mengundang kepada risiko kehilangan data adalah seperti berikut:...ada 6 penyebab perkara ini berlaku....

1. Mengubah seting sekuriti komputer – kajian mendapati satu daripada 5 pekerja mengubah seting sekuriti pada peranti di pejabat untuk melepasi polisi IT agar mereka boleh mengakses laman web yang tidak dibenarkan. Ia banyak berlaku di negara China dan India. Manakala pekerja Australia dan Jepun kurang melakukannya.
2. Menggunakan aplikasi tidak dibenarkan – 7 daripada 10 profesional IT menyatakan pekerja mengakses aplikasi dan laman web tidak dibenarkan seperti perisian muat turun muzik, media sosial dan membeli barang di talian telah menyebabkan hampir sebahagian insiden kehilangan data syarikat. Ia banyak berlaku di Amerika Syarikat sebanyak 74% manakala di India pula sebanyak 79%.
3. Akses fasiliti dan rangkaian tidak dibenarkan – tahun lalu sahaja didapati 2 daripada 5 profesional IT berhadapan dengan pekerja yang mengakses bahagian rangkaian dan fasiliti tidak dibenarkan. Ia banyak berlaku di China di mana 2 daripada 3 responden menghadapi isu ini dan kurang berlaku di Jepun dan Jerman. Sebanyak 14% responden mengalami isu ini setiap bulan.
4. Berkongsi informasi sensitif – satu daripada 4 pekerja menyatakan mereka secara lisan berkongsi informasi sensitif syarikat kepada bukan pekerja seperti rakan, keluarga dan orang lain.
5. Berkongsi peranti korporat – kajian mendapati data juga tidak selalunya berada di tangan individu sepatutnya. Sebahagian daripada pekerja berkongsi peranti tempat kerja dengan orang lain tanpa pengawasan.
6. keliru antara kerja dan peribadi – 2 daripada 3 pekerja mengakui menggunakan komputer di tempat kerja untuk kegunaan peribadi seperti muat turun lagu, membeli belah secara talian, perbankan, blogging dan menyertai kumpulan sembang. Sebhagian pula menggunakan e-mel peribadi untuk berhubung dengan pelanggan dan rakan sekerja tetapi Cuma 40% menyatakan ia dibenarkan oleh pihak IT.
Itu dia tadi 6 punca yang boleh menyebabkan kehilangan data....sebenarnya ada beberapa lagi punca dan faktor yang menjurus kepada perkara ini antaranya ialah peranti tidak dilindungi, cara menyimpan log masuk dan kata laluan, kehilangan peranti storan mudah alih dan yang terakhir ialah membenarkan orang luar masuk tanpa dipantau.....itu antara amalan pekerja yang boleh menyebabkan kehilangan data syarikat atau korporat.

SEGMEN 2A – INFINITI@MUTIARA

Minggu lepas kita telah pun memperkatakan mengenai .....”Pintasan Dihujung Jari”..... untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai segmen IDT ini anda boleh layari laman web MUTIARAfm di www.mutiarafm.gov.my dan klik pada icon blog DJ MUTIARAfm dan pilih rancangan Infiniti@MUTIARA.......untuk minggu ini..…anda akan bersama dalam segmen WDI….segmen Warta Dunia IT……yang pertama…

1. Intel Corporation memgumumkan pemproses Intel Core i7, ahli pertama dalam siri pemproses Nahalem yang dikatakan paling sofiskated setakat ini. Ia direka dengan teknologi untuk membantu meningkatkan kecekapan dan memaksimakan hasil data. i7 membolehkan penyuntingan video dilakukan lebih pantas, bermain permainan rumit dan lain-lain aktiviti komputer serta internet sehingga 40% tanpa menambah penggunaan tenaga. Pemproses ini juga dikatakan pemegang rekod dunia 117 untuk ujian ukuran SPEC int base rate 2006 yang mengukuran kecekapan pemprosesan. Teknologi Turbo Boost unik Intel pula memberi pecutan kecekapan untuk memenuhi kehendak kerja penggunaan pengguna sama ada untuk multimedia, permainan atau aplikasi yang lebih rumit. Selain itu, i7 turut menawarkan 2 kali lebih lebar jalur berbanding platform Extreme Intel sebelum ini. Teknologi Hyper Threading Intel pula membenarkan beberapa Thread pengkomputeran dijalan serentak.
2. Samart i-Mobile Public Company Limited, syarikat yang bertapak di Thailand baru-baru ini memperkenalkan 4 telefon multimedia baru yang membolehkan anda menonton siaran televisyen dan menikmati hiburan secara mobile. Antara yang boleh didapati ialah TV Auto, 2 kad SIM, kamera dan audio amplifier untuk muzik.
3. Cisco buka pejabat baru di Malaysia.............Pejabat baru itu direka mengikut prinsip Cisco Connected Workplace yang menggabungkan teknologi dan kemudahan pada satu tempat. Ciri utama pejabat ini ialah Cisco TelePresence yang membolehkan perjumpaan maya diadakan daripada beberapa lokasi secara video dan audio agar urusan dijalankan dengan lebih efekif.
4. Asus baru-baru ini telah memenangi Anugerah Rekaan Terbaik 2008 (G-Mark) untuk 3 produknya dalam kategori peranti komunikasi dan peranti komunikasi untuk kegunaan peribadi. Anugerah Rekaan Terbaik merupakan sistem anugerah dan penilaian rekaan komprehensif Jepun. Sistem ini telah dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan kriteria ketat dikenakan kepada semua penilai rekaan. Sehingga kini 30 ribu produk telah dinilai.


SEGMEN 3 – INFINITI@MUTIARA

Bagi anda yang ingin bersama dalam segmen.....ini anda boleh melayari laman web MUTIARAfm di www.mutiarafm.gov.my dan klik pada ikon blog DJ Mutiarafm...dan pilih Infinity@Mutiara... Klik pada ikon infinity@mutiara dan anda terus akan dibawa ke blog rancangan ini....jika anda mempunyai sebarang soalan, kemusykilan dan pertanyaan berkaitan dunia ICT anda boleh tinggalkan soalan anda diruangan pendapat atau komen.....ok...soalan untuk minggu ini....
Soalan yang pertama.... Saya baru membeli sebuah laptop terpakai...dan saya hadapi beberapa masalah antaranya...tiada skrip mikrosoft internet explorer (IE) di hujung skrin dan apabila melayari internet selalu keluar messenger service mengatakan windows has found critical system error dan perlu muat turun registry cleaner from www.clean32.com.....apakah masalah pada laptop saya ini????
jawapannya..... Adakah anda telah memformat harddisk laptop anda???sebaiknya apabila anda membeli laptop yang terpakai...anda perlu memformat harddisknya ataupun anda boleh memasang atau instal OS nya semula...lebih baik cari OS versi yang terkini itu pun bergantung kepada kemampuan laptop anda. Cadangan saya ialah lebih elok anda reformat balik harddisk laptop anda.
….....itulah jawapannya untuk soalan yang pertama dalam segmen ”Anda Tanya……Kami Jawab”.......untuk soalan ke-2 pula… Laptop saya akan hang apabila saya cuba membuka fail video tidak kira apa jua perisian yang saya gunakan....(WMP - windows media player, realplayer, winamp atau cyberlink power dvd).....apakah ia disebabkan oleh jangkitan virus atau sistem saya yang rosak???....ok jawapannya…...….. Biasanya ini menadakan ada kerosakan pada windows anda dan ia menggangu komposisi video dalam windows.....cuba anda instal semula windows....ataupun cuba anda kemaskini windows anda kepada versi yang terkini....anda boleh layari laman web microsoft untuk mendapatkan maklumat lanjut........selamat mencuba..
.....itu dia tadi 2 soalan yang telah berjaya dijawab...sekali saya ingin ingatkan...jika anda ingin mengutarakan soalan anda dalam segmen yang ke-3 ini.....apa yang perlu anda buat ialah layarilah sahaja laman web mutiarafm....di www.mutiarafm.gov.my... Dan pilih ikon blog dj mutiarafm...dan klik pada rancangan infinity@mutiara dan anda akan dibawa terus ke laman blog rancangan ini.....tinggalkan soalan anda diruangan komen atau pendapat........mudah sajakan.......baiklah kita hampir dipenghujung rancangan INFINITY@MUTIARA ini...jangan lupa temujanji kita minggu depan pada waktu yang sama....sabtu jam 10.05 malam.....kita jumpa lagi pada bulan 28 Februari nanti....

Sunday, February 15, 2009

Phising


Pernahkah anda mendengar mengenai ”Phishing”???? Ia salah satu bentuk jenayah penipuan yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab bagi mencuri maklumat peribadi terutama sekali data perbankan. Aktiviti penipuan ini dijalankan menerusi mesej emel yang dihantar dan mengkehendaki pengguna membuka laman web merbahaya. Laman web berkenaan pula direka khas untuk mencari data seperti kata laluan dan identiti perbankan pengguna sekali gus membuatkan pengguna tidak sedar bahawa akaun mereka berada di bawah kawalan orang lain.
Bukan itu sahaja, malah kepintaran penjenayah-penjenayah ini juga telah mengaburi mata pengguna dengan penghasilan laman web berserta nama dan imej korporat institusi perbankan sedia ada. Ia bertujuan menarik minat pengguna dan memancing keyakinan mereka terhadap emel yang diterima dan meminta maklumbalas segera. Akibatnya, pengguna yang kurang prihatin terhadap perkara tersebut akan masuk ke dalam perangkap dan mendedahkan maklumat peribadi mereka.
PandaLabs, makmal pengesan virus Perisian Panda meramalkan bahawa pada tahun ini jenayah ”Phishing” akan meningkat. Justeru, beberapa tips telah digariskan sebagai panduan pengguna bagi mengelak maklumat peribadi daripada diceroboh.....kita berhenti seketika.....anda akan dihiburkan dengan lagu ini[nama lagu]....
Pengguna harus sedar bahawa pihak bank tidak pernah dan tidak akan menghubungi pengguna melalui emel bagi mendapatkan kata laluan. Ia maklumat peribadi yang terlalu sulit untuk diminta melalui emel. Sekiranya anda menerima emel atau link yang menghubungkan anda ke laman web mencurigakan, padam sahaja emel berkenaan. Berkemungkinan ia adalah emel melibatkan penipuan........yang ke-2 pula...

Pastikan bahawa laman web yang anda kunjungi adalah milik institusi perbankan yang disahkan. Lihat pada alamat domain laman web tersebut dan periksa sama ada ia serupa atau sebaliknya dari alamat laman web bank anda. Anda juga boleh memastikan perkara ini dengan melihat ”status bar” pada pelayar. Sekiranya terdapat ”padlock” atau ikon mangga kunci, maka ia menunjukkan sambungan selamat. Sekiranya anda masih ragu-ragu, periksa pengesahan laman web dengan klik pada ”padlock”...haaaaa.....itu yang ke2...lepas yang ke-3 pula...
Salah satu cara lagi untuk memastikan laman web yang dikunjungi adalah tepat dengan melihat permulaan alamat https://. Ini juga menunjukkan sambungan selamat. Sebaiknya anda menaip penuh alamat web pada pelayar. Jangan akses menerusi hiperlink yang berkemungkinan membawa anda ke laman web tipu sekaligus membenarkan kecurian data......yang ke-4 pula...
Semak penyata bank anda secara berkala bagi memastikan tiada transasksi atau pengeluaran wang yang tidak sepatutnya pada akaun anda. Sekiranya terdapat operasi mencurigakan, segeralah hubungi bank untuk kepastian.....yang terakhir...
Lebih mudah lagi, pasang perisian anti-virus yang mempunyai teknologi Anti-Phishing bagi mengelak penipuan data...itu lah tip-tip yang boleh kami kongsikan dengan anda........sampai disini dulu ICT minggu ini......kita berhibur dan......selepas ini....anda akan bersama dalam segmen yang ke-2 pula....segmen IDT..... (info dan tips)........

SEGMEN 2

Minggu lepas kita telah pun memperkatakan mengenai .....”Membuat Nada Dering Sendiri”..... untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai segmen IDT ini anda boleh layari laman web MUTIARAfm di www.mutiarafm.gov.my dan klik pada icon blog DJ MUTIARAfm dan pilih rancangan Infiniti@MUTIARA.....baiklah untuk minggu ini segmen IDT akan memperkatakan mengenai.......”[Pintasan dihujung jari]”......
Pintasan atau shortcut menggunakan papan kekunci merupakan cara terbaik untuk menjalankan kerja apabila anda berada di komputer. Ia membolehkan anda mengawal kandungan dan paparan pada komputer dengan menggerakkan hujung jari serta tanpa perlu mencapai tetikus beberapa kali. Kebiasaannya pintasan papan kekunci ini adalah standard bagi mana-mana operasi komputer termasuk operasi Microsoft Windows XP. Berikut merupakan beberapa pintasan asas yang boleh anda lalukan bagi mempercepatkan kerja anda.

Ctrl Alt Del merupakan ibu kepada segala pintasan papan kekunci. Ia juga dikenali sebagai ”tabik 3 jari”(three fingered salute) berikutan ia amat berguna apabila kotak dialog Windows terkunci. Apabila anda menekan tiga butang ini serentak, ia akan membuka Windows Task Manager. Senarai program, proses dan aplikasi yang sedang dijalankan di komputer akan terpapar. Anda boleh menghentikan program yang ranap atau hang serta merta selain memeriksa parameter keupayaan komputer dan penggunaan rangkaian.
Ctrl S pula boleh digunakan jika anda hendak menyimpan (save) kerja-kerja anda.
Ctrl O pula anda boleh membuka File atau Windows dokumen yang aktif secara cepat.
Dengan butang Alt Tab pula, anda boleh beralih dari satu Windows ke Windows lain yang terbuka. Tekan sekali membolehkan anda beralih dari Windows yang sedang anda buka kepada yang terakhir.
Anda tentu pernah mengalami keadaan di mana anda ingin segera kecilkan (minimize) saiz Windows yang sedang anda buka terutama apabila bos tiba-tiba muncul. Tekan butang Windows D dan semua Windows yang terbuka akan mengecil. Tekan sekali lagi untuk mengaktifkan semula. Windows M juga menpunyai fungsi yang serupa. Namun apabila anda menekan kombinasi Shift Windows M, kesemua Windows yang aktif akan terpapar pada desktop.
Tekan butang F2 untuk menamakan semula fail atau folder. Ia lebih mudah berbanding kita perlu ’right click’ menggunakan tetikus.
Pencarian lebih mudah apabila anda menekan butang F3. ia melancarkan pencarian atau search apabila anda beraa di desktops atau di folder.
Kekunci Windows (yang ada logo Windows) pada papan kekunci juga mempunyai fungsi yang besar. Tekan Windows R membolehkan anda membuka kotak dialog dan menjalankan arahan pada sistem komputer. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuka kotak dialog ini untuk membuka aplikasi Microsoft yang lain termasuk Word dengan menaip Winword, Excel atau notepad........jadi selamat mencuba......

SEGMEN 3
Bagi anda yang ingin bersama dalam segmen.....ini anda boleh melayari laman web MUTIARAfm di www.mutiarafm.gov.my dan klik pada ikon blog DJ Mutiarafm...dan pilih Infiniti@Mutiara... Klik pada ikon infiniti@mutiara dan anda terus akan dibawa ke blog rancangan ini....jika anda mempunyai sebarang soalan, kemusykilan dan pertanyaan berkaitan dunia ICT anda boleh tinggalkan soalan anda diruangan pendapat atau komen.....ok...soalan untuk minggu ini....
Soalan yang pertama.... Saya mempunyai laptop yang berjenama IBM Think Pad T32. Apakah fungsi bebutang Think Pad di bahagian atas papan kekunci??....jawapannya..... Anda boleh setkan bebutang itu untuk memudahkan capaian sekali sentuh contohnya anda boleh setkan butang itu untuk capaian ke internet atau melancarkan sebarang perisian yang selalu anda gunakan….....itulah jawapannya untuk soalan yang pertama dalam segmen ”Anda Tanya……Kami Jawab”.......untuk soalan ke-2 pula… Apa kesannya jikalau komputer dipenuhi dengan freeware???....ok jawapannya…....Freeware….tiada masalah…hanya pemacu cakera keras (harddisk) anda akan penuh dengan perisian freeware ini…..dan mungkin juga….saya nak tegas disini…mungkin juga ada freeware yang boleh melambatkan prestasi komputer anda….jadi cadangan saya kalau anda hendak muat turun (download) sesuatu perisian freeware…pastikan ia memenuhi keperluan anda….jika anda tidak perlukan freeware itu lebih baik tak payahlah muat turun freeware tersebut….........selamat mencuba..
.....itu dia tadi 2 soalan yang telah berjaya dijawab...sekali saya hendak ingatkan...jika anda ingin mengutarakan soalan anda dalam segmen yang ke-3 ini.....apa yang perlu anda buat ialah layarilah sahaja laman web mutiarafm....di www.mutiarafm.gov.my... Dan pilih ikon blog dj mutiarafm...dan klik pada rancangan infinit@mutiara dan anda akan dibawa terus ke laman blog rancangan ini...tinggalkan soalan anda diruangan komen atau pendapat........mudah sajakan.......baiklah kita hampir dipenghujung rancangan INFINITY@MUTIARA ini...jangan lupa temujanji kita minggu depan pada waktu yang sama....sabtu jam 10.05 malam.....kita jumpa lagi pada bulan 21 Februari nanti......jangan lupa.

Tuesday, February 3, 2009

Fenomena Serangan Internet Masa Kini



Fenomena serangan internet masa kini telah mengalami perubahan besar. Walaupun bagi sesetengah individu ianya tidak begitu ketara, namun bagi mereka yang sering memantau perkembangan ancaman ini pasti akan mendapati bahawa ancaman internet kini semakin pintar dan licik. Menurut laporan ancaman sekurti internet oleh symantec corp, situasi ancaman internet menunjukkan peningkatan dari segi kecurian data, kebocoran data, sasaran yang lebih khusus dan semakin banyak kod canggih untuk mencuri maklumat peribadi kewangan. Serangan yang satu masa dulu ”noisy” atau lebih ketara kini semakin senyap dan bekerja tanpa pengetahuan individu. Hal ini berlaku terutama dalam aspek kecurian data di mana penjenayah siber semakin galak mencipta kod baru yang tidak boleh dikesan dan dibuang dari sistem. Malah untuk kod ini bekerja sekali pun boleh di kawal oleh penjenayah siber dari mana-mana tempat seluruh dunia. Serangan-serangan ini juga tidak berbentuk tunggal semata-mata. Ia digabungkan bersama ancaman lain seperti virus, malware, adware, phishing dan sebagainya untuk bekerja dengan lebih cekap dan menguntungkan penjenayah. Malah risiko untuk dikesan juga kecil berbanding serangan ancaman pada masa dulu. Dikatakan 60% daripada 50 kod berniat jahat (malicious) utama yang dilaporkan tahun lalu mengandungi ancaman ke atas maklumat peribadi pengguna dan 84% daripadanya pula membenarkan akses kawalan jauh. Dari segi kod-kod yang dicipta itu pula, penjenayah lebih tertumpu kepada sasaran organisasi tertentu dan kali ini mereka tidak mengamalkan serangan secara rawak. Serangan sebegini lebih merbahaya kerana penjenayah mengetahui apa yang diperlukan dan bagaimana untuk melakukannya. Aktiviti berniat jahat (malicious) semakin meningkat di seluruh internet. Ia disebabkan peningkatan terhadap rangkaian Bot, Phishing, Spam dan juga Trojan. Trojan merupakan kod malicous paling banyak dilaporkan di Asia Pasifik merangkumi 48% kod yang dikesan dan cecacing pula menyumbang 48% dari 50 kod malicous utama yang dilaporkan tahun lalu. Dari segi keluarga kod milicous terbaru yang terbanyak menyerang pengguna 6 bulan terakhir tahun lalu adalah Stration, Shufa dan Gampass. Lebih 150 variasi cecacing Stration dikesan dan Shufa serta Gampass pula direka untuk mencuri informasi permainan talian. Ia merupakan sampel kedua dan ketiga paling banyak serta popular di Taiwan. Mungkin disebabkan budaya permainan talian yang meluas di sana. Bagi situasi serangan di masa akan datang, dijangka serangan akan bertumpu kepada perisian pihak ketiga dan Windows Vista berikutan operasi ini semakin diketengahkan dan dijangka digunakan sebahagian besar komputer. Teknik phishing berkemungkinan akan meningkat berdasarkan kecenderungan Phisher yang meningkat dalam mencari keuntungan. Selain itu, mesin-mesin visual yang mempunyai perlindungan keselamatan pada hos utama sahaja juga berkemungkinan menjadi medium penyebaran ancaman di masa-masa akan datang.......

SEGMEN 2 – INFINITI@MUTIARA

Minggu lepas kita telah pun memperkatakan mengenai .....”Membuat Filem di Internet”..... untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai segmen IDT ini anda boleh layari laman web MUTIARAfm di www.mutiarafm.gov.my dan klik pada icon blog DJ MUTIARAfm dan pilih rancangan Infiniti@MUTIARA.....baiklah untuk minggu ini segmen IDT akan memperkatakan mengenai.......”[Avatar.....Apa Itu Avatar??]”......
Avatar!!! Mungkin bagi sesetengah individu tiada apa yang penting dengan ikon beranimasi ini, namun bagi mereka yang faham dengan konsep Avatar, mereka akan berkata ia menyeronokkan. Bayangkan diri anda diwakili dengan Avatar di talian dan anda boleh berhubung dengan komuniti internet seakan sebenar. Ia akan membuatkan anda lebih dikenali dan dengan melihat sahaja Avatar, mereka sudah tahu bahawa itu adalah anda. Meez.com merupakan salah satu rangkaian hiburan sosial talian yang mengenegahkan konsep Avatar ini. Ia membolehkan anda membina Avatar 3D, interaksi masa sebenar dengan komuniti talian, permainan yang menghiburkan dan berada dalam persekitiran seperti anda benar-benar hidup di dunia maya. Avatar yang anda bina di Meez.com bukan boleh dijalankan di laman web ini semata-mata, malah anda boleh eksport ia ke laman komuniti lain seperti Facebook, Friendster, Perfspot, Photobucket dan banyak lagi. Untuk menikmati lebih banyak ciri yang ditawarkan, adalah disarankan untuk anda daftar terlebih dahulu. Tidak susah, anda hanya perlu masukkan nama log masuk yang diinginkan, kata laluan, alamat emel dan kemudian anda sudah boleh memulakannya. Tidak perlu menunggu pengesahan dihantar pada emel anda yang kadangkala memang lambat dan menyusahkan. Terus sahaja bina Avatar anda setelah mendaftar. Bila masuk soal membina Avatar inilah yang menyeronokkan. Anda boleh menentukkan bentuk tubuh, muka, mata, warna kulit, bentuk hidung, gaya rambut dan kecantikkan.....pastinya Meez.com akan membuatkan anda ingin mengunjungi lagi untuk menjalani kehidupan maya........itu dia sedikit maklumat mengenai Avatar yang boleh anda bina di Meez.com.....

INTRO SEGMEN 3 – INFINITI@MUTIARA

Bagi anda yang ingin bersama dalam segmen.....ini anda boleh melayari laman web MUTIARAfm di www.mutiarafm.gov.my dan klik pada ikon blog DJ Mutiarafm...dan pilih Infiniti@Mutiara... Klik pada ikon infiniti@mutiara dan anda terus akan dibawa ke blog rancangan ini....jika anda mempunyai sebarang soalan, kemusykilan dan pertanyaan berkaitan dunia ICT anda boleh tinggalkan soalan anda diruangan pendapat atau komen.....ok...soalan untuk minggu ini....
Soalan yang pertama....Saya kini sedang menghadapi masalah yang berkaitan dengan anti virus saya. Masalahnya ialah apabila saya klik pada icon anti virus Kapersky 6.0, ada satu notis keluar ....”Your license key is blacklist, updates are disabled, please contact your dealer or local support service” Jika ini bermakna lesen anti virus saya dah tamat, saya rasa tidak kerana tarikh tamat lesen anti virus ini pada 11 Oktober 2010??....jawapannya..... Mungkin lesen kekunci perisian itu telah disalin oleh orang lain dan pihak pengeluar perisian telah menyenarai hitamkan lesen kekunci itu. Anda boleh hubungi wakil pengeluar perisian itu menerusi support@kaspersky.com.my…..itulah jawapannya untuk soalan yang pertama dalam segmen ”Anda Tanya……Kami Jawab”.......untuk soalan ke-2 pula….…bagaimanakah cara untuk membuang system alert pop-up dari komputer???????..ok jawapannya…..Anda boleh padamkan Update System Windows anda supaya alert popup itu tidak muncul lagi....
.....itu dia tadi 2 soalan yang telah berjaya dijawab.....