Sunday, January 25, 2009

Panduan Memilih Storan USB Flash

Baiklah untuk minggu ketiga dalam bulan Januari ini....segmen ICT minggu ini akan memperkatakan mengenai.......”Panduan Memilih Storan USB Flash”....teruskan bersama rancangan infiniti@mutiara....
Kewujudan pemacu USB flash (juga dikenali sebagai USB flash) mengenepikan beberapa rumusan storan lain. Anda mungkin masih ingat disket lama, perlahan dan popular suatu ketika dulu sudah makin kurang digunakan ketika ini. Pada ketika itu USB flash masih lagi belum muncul, jika ada sekali pun jumlah dan jenama yang ada cukup terhad manakala harganya masih mahal. Bayangkan ketika itu USB flash yang berkapasiti 128 MB dijual pada RM 220. Sedangkan pada ketika ini USB flash berkapasiti 2 GB dijual pada harga RM 24 sahaja. Itu situasi beberapa tahun yang lalu, tetapi hari ini storan USB flash boleh menyimpan fail-fail besar seperti lagu MP3, klip video dan perisian mudah alih. Jadi tidak hairanlah jika kemuculan pemacu USB ini di pasaran mendapat sambutan baik. Dengan menggunakan teknologi memori, ia mampu mengekalkan data dalam memorinya apabila sumber kuasa diputuskan. Kini pemacu USB flash dilaporkan mencecah kapasiti hingga 16 GB. Sesuatu kapasiti yang cukup besar, sebesar kapasiti sebuah cekera keras suatu ketika dahulu. Bayangkan jika kapasiti minimum storan USB flash suatu ketika dulu hanya 125MB atau 512MB tetapi kini mencecah 16GB. Dengan kapasiti sebesar itu, anda boleh mengisi apa sahaja yang anda inginkan, termasuk pelbagai perisian mudah alih dan movie untuk dibawa bergerak. Hari kita dapat lihat pelbagai jenis pemacu USB flash. Ada yang bezanya dari segi saiz, jumlah storan dan ciri keselamatan. Penjelasan berikut mungkin dapat membantu anda memilih pemacu USB flash yang sesuai....kita berhenti seketika...jumpa lagi selepas ini.....
Panduan memilih storan USB flash…..Kita mulakan dulu dari segi saiznya dahulu....kebanyakkan pemacu USB flash biasanya kecil. Tidak dinafikan, sesetengah pengguna tidak mengutamakan saiznya. Tetapi jika saiznya tidak diteliti, ia mungkin boleh menimbulkan masalah kelak. Anda mungkin sedar bahawa port USB disusun berdekatan samada disusun secara menegak atau mendatar. Jadi, jika anda memilih pemacu USB flash yang besar atau lebar, ia mungkin boleh menyekat port USB yang lain pada komputer, notebook atau netbook anda. Akibatnya, anda tidak boleh memalamkan mana-mana kabel pada port USB disebelah port yang dipasang dengan pemacu USB flash bersaiz besar atau lebar tadi, ini kerana pemacu USB flash telah menyekat laluannya. Jadi, cuba pastikan anda memilih pemacu USB flash yang lebarnya lebih besar sedikit daripada lebar port USB. Ini untuk mengelak pemacu USB flash itu menghalang port USB yang lain di sisinya dan anda masih boleh menggunakan port USB itu untuk tujuan lain – termasuk memalamkan pemacu USB flash yang lain. Bagi mengatasi masalah storan USB flash bersaiz besar ini, anda boleh menggunakan kabel atau hab USB. Seterusnya tentang kapasiti storan...... pemacu USB flash berbeza dari segi ruang storannya dari 1GB hingga 16 GB pada hari ini. Peningkatan kapasiti ini juga dijangka akan berterusan hingga ketahap maksimum yang boleh dicapai oleh pembuatnya...jadi anda boleh pilih mana satu yang berkenaan dihati dan memenuhi keperluan anda. Selain daripada itu ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan oleh pembuat pula boleh dijadikan panduan untuk memilih pemacu USB flash pilihan anda. Jika ingin menyimpan data sulit dalam pemacu storan USB flash, anda mungkin perlukan ciri-ciri keselamatan. Ramai yang tahu bahawa sesetengah USB flash turut menawarkan ciri-ciri keselamatan. Ia tidaklah hebat atau baik, tetapi boleh diharap bagi menghalang orang lain melihat dan mengakses data anda. Ada beberapa ciri keselamatan yang boleh ditemui. Antaranya suis perlindungan penulisan dan enkripsi data. Anda juga boleh menggunakan perisian keselamatan yang percuma seperti RemovalTrezor atau Remora USB Guard. Selepas ini kami akan menyatakan beberapa kelebihan yang menyebabkan pengguna meminati storan USB flash..............
Apakah kelebihan yang menyebabkan pengguna meminati storan USB flash ini.

1. Murah – storan USB flash semakin murah, meskipun muatannya semakin besar.

2. Kecil & kompak – dengan saiz sebesar gincu atau pemetik api, ia boleh dimasukkan dengan mudah ke dalam poket atau beg. Selain tali, ada yang dilengkapi dengan klip supaya boleh diklipkan pada baju.
3. Ringan – beratnya cuma beberapa gram sahaja dan tentunya tidak akan membebankan jika dibawa. Malah ada yang boleh dikalungkan ke leher. Lebih ringan jika saiznya dan casisnya dibuat daripada plastik.

4. Tahan lama – storan USB flash mampu menyimpan data dalam memorinya sehingga 10 tahun (lebih lama disket). Malah ada pembuat memberikan jaminan selama 5 tahun atau sepanjang hayat.

5. Tiada sumber kuasa luaran – port USB membekalan kuasa daripada komputer yang disampaikan kepada pemacu USB flash. Jadi adapter luaran tidak diperlukan untuk membolehkannya beroperasi.

6. Pantas memindah data – sebenarnya ia tertakluk kepda model yang digunakan. Jadi dapatkan model USB 2.0 tetapi tidak menjamin kadar pemindahan yang tinggi untuk semua jenis fail. Sesetengahnya hanya lebih laju apabila memindahkan fail kecil, tetapi agak perlahan apabila memindahkan fail besar.

7. Storan besar – skala muatannya dari sekecil 1GB hingga 16 GB. Ini tentu memberikan banyak pilihan yang menepati kehendak ramai pengguna. Pastinya storan yang lebih besar adalah lebih mahal.

8. Tidak perlu driver – storan USB flash menyokong sistem operasi (OS) Windows XP, 2000, Mac OSX dan ke atas. Cuma Windows 98 dan Mac OS 9 yang memerlukan driver.

9. Heret dan letak – storan USB flash boleh digunakan seperti disket atau pemacu keras. Fail yang terdapat dalam komputer boleh diheret dan diletak ke dalam storan USB flash tanpa menggunakan perisian tertentu.

10. Lebih selamat – sesetengah storan USB flash menawarkan beberapa ciri keselamatan. Ini termasuklah suis pencegahan penulisan, enkripsi data, perisian perlindungan dengan kata laluan dan banyak lagi.
11. Perisian khas – sesetengah storan flash dipakejkan dengan aplikasi mudah alih yang dipasang ke dalam storannya. Ada juga yang menawarkan perisian pemampat fail untuk menjimatkan ruang storan.

Segmen IDT
Minggu lepas kita telah pun memperkatakan mengenai .....”mencipta koleksi pintasan mudah alih”..... untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai segmen IDT ini anda boleh layari laman web MUTIARAfm di www.mutiarafm.gov.my dan klik pada icon blog DJ MUTIARAfm dan pilih rancangan Infiniti@MUTIARA.....dan untuk minggu ini segmen IDT akan memperkatakan mengenai.......”Edit foto di internet”......

Mudah dan hasilnya memang puas hati. Itu yang anda boleh dapati di PhotoFunia. Meskipun banyak laman web yang menawarkan servis suntingan foto begini di talian, tetapi PhotoFunia memberi anda cara mudah untuk berseronok dengan gambar tanpa perlu Cropping, edit atau hal-hal lain yang merumitkan. Antaramukanya juga mudah dengan hanya perlu klik butang Browse untuk muat naik gambar dan tunggu hasilnya dalam beberapa minit. Anda boleh mengunjungi PhotoFunia di www.photofunia.com dan tukar bahasa sekiranya ingin mencuba bahasa lain tetapi Bahasa Melayu tidak disediakan ya...hendak tukar bahasa ini hanya perlu ke bahagian bawah kiri muka web dan klik pada lambang bendera yang anda lihat di situ. Tidak perlu pendaftaran atau menunggu pengesahan....terus guna jeee..... terdapat pelbagai efek yang boleh dipilih seperti gambar Billboard tepi jalan, muka anda pada kemeja-t, wajah pada kereta, bergambar seperti suspek dan banyak lagi.....hanya klik pada efek yang disediakan dan kemudian Browse gambar anda untuk di muat naik. Gambar tersebut boleh dalam format JPG, PNG dan Gif sehingga 2 MB. Masa yang diambil juga bergantung pada talian yang anda gunakan. Sebelum muat naik, klik pada kotak yang disediakan untuk memastikan gambar yang anda muat naik dan hasilkan tidak boleh dilihat individu lain......PhotoFunia akan selaraskan gambar anda mengikut kesesuaian secara automatik kerana ia menggunakan teknologi pengesan wajah. Jika terdapat banyak wajah pada satu gambar, wajah di barisan pertama akan dipilih secara automatik. Gambar dengan efek boleh dilihat serta merta dan ia boleh disimpan terus pada pemacu atau komputer anda. Selamat berseronok di PhotoFunia.....jangan lupa layari www.photofunia.com......

eBay di Malaysia

eBay....peneraju pasaran talian dunia, baru-baru ini mengumumkan hasil kajian AC Nielsen terhadap pemahaman demografi dan corak jual beli pengguna eBay di Asia Tenggara termasuk Singapura, Malaysia dan Filipina. Kajian tersebut mendapati 41 peratus daripada penjual eBay di Malaysia mengkategorikan diri mereka sebagai penjual serius. Ini bermakna mereka aktif memberi sumber produk untuk dijual atau menggunakan ebay sebagai sumber utama pendapatan. Ia memberi indikasi semakin ramai pengguna Malaysia telah menggunakan eBay sebagai platform keusahawan dan untuk berjualan kepada dunia. Malaysia juga dilihat mempunyai konsumer aktif iaitu menghabiskan satu pertiga daripada masa melayari eBay untuk membeli barang dan servis serta 41 peratus melawat eBay antara satu hingga tiga kali seminggu. Barangan yang menjadi tumpuan di eBay ialah pakaian, kasut dan eksesori yang mewakili 38 peratus. Ia diikuti oleh buku sebanyak 36 peratus dan komputer serta servis perangkaian sebanyak 36 peratus. Pengunjung eBay juga kebanyakkannya terdiri daripada golongan atasan dan berpendidikan tinggi. 64 peratus dikatakan menpunyai pendidikan tinggi manakala 75 peratus mempunyai pendapatan paling rendah RM 20 ribu setahun. Selain itu, secara puratanya rakyat negara ini menghabiskan kira-kira RM 411 setiap bulan di eBay daripada RM 542 keseluruhan perbelanjaan yang dibuat di talian. Mod pembayaran pula secara lazim menggunakan kad kredit iaitu sebanyak 59 peratus menggunakannya sejak 12 bulan yang lalu. Ia diikuti dengan PayPal sebanyak 42 peratus. Ia menunjukkan pengguna mendapat manfaat daripada ciri dan fungsi diperbaharui pada laman web berkenaan. Lebih 60 ribu pendataran baru diterima sejak november lalu dan pengunjung unik pula meningkat sehingga 112 peratus....kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai eBay Malaysia ini anda boleh cuba layari www.ebay.com.my

segmen IDT

Minggu lepas kita telah pun memperkatakan mengenai ..”jam dan kalander digital komputer”..... untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai segmen IDT ini anda boleh layari laman web MUTIARAfm di www.mutiarafm.gov.my dan klik pada icon blog DJ MUTIARAfm dan pilih rancangan Infiniti@MUTIARA.....dan untuk minggu ini segmen IDT akan memperkatakan mengenai.......”mencipta koleksi pintasan mudah alih”......
Menyimpan koleksi tapak web kegemaran di dalam poket bukan sesuatu yang pelik. Sebaliknya,anda boleh berbuat demikian jika mempunyai aplikasi dan storan yang sesuai. Contohnya anda boleh menggunakan aplikasi pencipta dan penyimpan koleksi pintasan yang boleh ditempatkan dalam storan USB flash. Teknik menggunakan aplikasi ini akan diterangkan dalam segmen IDT ini.....jika anda berminat anda boleh mencubanya......
Langkah Pertama
Anda perlu melayari laman web ini www.richskills.com untuk memuat turun perisian ini. Setelah dimuat turun anda tempatkan ia di storan USB atau thumbdrive anda.
Langkah Ke-2
Setelah perisian ini dipasang....anda boleh lihat sebuah fail berlabel usbstart.exe dalam direktori fail tersebut. Klik pada fail tersebut untuk mengaktifkan perisian ini dan ikonnya akan terpapar di bahagian System Tray. Anda boleh menayang tetingkap utama perisian ini dan klik 2 kali pada ikon tadi.
Langkah Ke-3
Rupa pemuka utamanya boleh dikatakan agak ringkas. Tetapi menarik dan mudah difahami fungsinya. Kini anda boleh mencuba fungsi-fungsi yang disediakannya.
Akhir sekali anda boleh mengakses koleksi pintasan yang telah anda masukkan. Anda perlu klik pada System Tray untuk menayang senarai pilihan yang disediakan. Baiklah anda boleh sekali lagi melayari www.richkills.com untuk memuat turun perisian Remora USB Quick Launch 1.9.0.0...selamat mencuba....

Wednesday, January 7, 2009

Hai...Tahun Baharu 2009...

Hai assalamulaikum.....apa khabar anda pendengar setia mutiarafm.....segalanya....dikesempatan ini kami dari krew produksi Infiniti@MUTIARA ingin mengucapkan selamat tahun baharu 2009 kepada anda pendengar setia MUTIARAfm dan juga rancangan Infiniti@MUTIARA untuk tahun baharu 2009 ini...rancangan Infiniti@MUTIARA masih lagi mengekalkan 3 segmen.....dimana segmen pertama ialah ”Segmen ICT Minggu ini” dimana dalam segmen ini kami akan mengutarakan atau membincangkan mengenai apa yang berlaku dalam dunia ICT ini...samaada maklumat terbaru ICT, dari segi penjagaan komputer, atau amaran awal bagaimana menghalang komputer anda menjadi mangsa malware atau virus yang berbahaya.....manakala untuk segman yang ke-2 pula dikenali sebagai segmen IDT atau info dan tips...dimana dalam segmen ini kami akan berkongsi dengan anda tip-tip yang boleh anda gunakan dalam memudahkan pengendalian komputer dan juga memperkenalkan perisian yang percuma yang boleh anda cuba....dan segmen yang terakhir dalam rancangan Infiniti@MUTIARA ini ialah segmen ”Anda tanya.....Kami Jawab....semuanya soalan berkiatan dunia ICT”....dimana kami cuba menjawab soalan yang dikeutarakan tetapi semua soalan adalah berkaitan dengan dunia ICT....bagaimana hendak mengambil bahagian dalam segmen ini??? Ia adalah mudah sahaja...apa yang perlu anda lakukan ialah layari sahaja laman web MUTIARAfm dengan menaip www.mutiarafm.gov.my dan terus klik pada ikon Blog DJ MUTIARAfm....yang terletak pada sebelah kanan...dan pilih icon Infiniti@MUTIARA bila anda klik pada icon yang dinyatakan itu tadi anda akan terus dibawa ke laman blog rancangan ini...jadi anda tinggalkan soalan anda di ruangan pendapat atau komen....insya Allah kami akan cuba menjawab sebarang soalan, kemusykilan dan pertanyaan anda....itu dia tadi 3 segmen yang terdapat dalam rancangan Infiniti@MUTIARA, selain daripada itu terdapat juga lagu-lagu hiburan buat sajian halwa telinga anda.


Baiklah untuk minggu pertama dalam bulan januari ini....segmen ICT minggu ini akan memperkatakan mengenai........”20 Hos Blog Popular”....Blog, blog, blog...ramai yang bertanyakan perlukah kita memiliki blog atau pentingkah blog dalam hidup kita????...teruskan bersama rancangan infiniti@mutiara....

Mungkin blog tidak sepenting makanan dan wang. Tetapi dalam dunia moden masa kini, jika anda tidak memiliki blog, anda mungkin ketinggalan. Mana tidaknya, blog menawarkan pelbagai kemudahan yang boleh anda dapati secara maya seperti pengiklanan bisnes, ruang simpanan album digital, promosi produk dan barangan atau mungkin diari peribadi yang tiada hadnya.malah terdapat blogger di luar sana yang menjadikan blog satu medan kerjaya untuk mereka mendapatkan pendapatan lumayan cara mudah. Tidak hairanlah wujud istilah seperti ProBlogger iaitu individu yang menjadikan blogging satu kerjaya tetap dan boleh mencapai pendapatan mencecah ribuan ringgit. Antara blog popular masa kini seperti photoblog, sketchblog, vlog, podcasting dan banyak lagi. Ruang mengekspresikan diri pun sudah cukup memuaskan ketika anda blog. Suara anda akan didengari oleh orang ramai menerusi blog anda. Kepada yang pemalu atau sukar bercampur dengan orang ramai, blog sesuai untuk anda. Siapa tahu anda boleh menambah kenalan dari negara luar seperti Amerika, Australia, Afrika atau mana-mana sahajalah dalam peta dunia ini boleh menjadi rakan anda....

Mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh Technorati, enjin carian internet, terdapat lebih 121 juta blog atau kira-kira 180 ribu blog baru dicipta setiap hari dalam blogsphere(dunia blog). Jika anda tidak mahu ketinggalan, ciptalah blog anda sendiri hari ini. Perkara pertama yang boleh anda buat ialah memilih Hos Blog di talian dan mula mencipta blog dalam beberapa langkah mudah. Berikut merupakan hos-hos blog yang popular di talian pada ketika ini. Kita mulakan dengan Blogger.com – pengguna untuk hos blog ini hampir 9 juta blog...ia percuma dimana anda perlu layari www.blogger.com...itu yang pertama....seterusnya kita ada...WordPress.com dimana penggunanya pada masa ini mencecah 2 juta blog....hos blog yang seterusnya pula ialah...Xanga.com, ia merupakan servis berasaskan web percuma yang menghoskan Weblog, PhotoBlog, VideoBlog (vlog), AudioBlog dan profil rangkaian sosial popular di talian. Ia lebih popular dikalangan remaja dan untuk jurnal peribadi.

Seterusnya kita ada liveJournak yang anda boleh layari di www.livejournal.com , Multiply juga salah satu hos blog yang popular.....blog multiply anda boleh isikan dengan foto, video, teks dan muzik. Ia juga memiliki rangkaian sosial untuk anda berhubung dengan individu lain dalam komuniti. Multiply turut menawarkan Blog Cross-Posting iaitu secara automatik menghantar pos anda di Multiply ke Blog yang lain seperti liveJournal, Blogger dan TypePad. Emel dan MMS pula membolehkan anda blogging dari telefon bimbit anda....ada lagi hos blog untuk anda....anda tahu tentang Windows Live Spaces????hos blog ini telah pun mencecah 29 juta pengguna....sebelum ini ia dikenali sebagai MSN Spaces...nak tahu lebih lanjut mengenai hos blog ini anda boleh layari....home.services.spaces.live.com........ hos blog yang ke-7 pula ialah Fotolog, hos blog ini sesuai ini sesuai untuk anda berkongsi gambar dan juga merakam gambar.....Bina PhotoBlog anda disini. Sesuai dengan namanya, Fotopages direka untuk individu yang mengambil banyak rakaman gambar dan ingin berkongsi bersama dunia. Ia menyokong Moblogging, pos imej, kemasukan teks, penerangan gambar, tajuk pos dan archiving untuk anda mencari pos terdahulu. Anda juga boleh memuatkan pautan ke Fotopages anda atau mendengar komen daripada orang ramai tentang pos anda......hos blog yang seterusnya...kita ada....Flickr , untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.flickr.com..... Seterusnya hos blog yang dinamakan sebagai diaryland....nak tahu lebih lanjut mengenainya anda boleh layari...www.diaryland.com , sebenarnya kalau nak ceritakan semua hos blog yang terdapat dalam talian pada ketika ini memanglah banyak.

Salah satunya ialah TypePad, Yahoo! 360 (yahoo three hundred sixty) yang masih lagi dalam peringkat beta, ClearBlog, Open Diary, My Opera, BlogSome, FaceBook, MySpace Blog, TBLog dan Blog Drive...mungkin antara nama hos blog yang kami nyatakan itu anda pernah dengar mengenainya....kami pasti anda pernah mendengar FaceBook, MySpace dan juga My Opera....itulah antara hos blog yang popular yang boleh kami kongsikan dengan anda...jadi apa tunggu lagi anda boleh membina laman blog anda sendiri sekarang...anda boleh pilih yang hos blog yang berkenan dihati.

Minggu lepas kita telah pun memperkatakan mengenai ..menukar format muzik untuk di kongsi”..... untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai segmen IDT ini anda boleh layari laman web MUTIARAfm di www.mutiarafm.gov.my dan klik pada icon blog DJ MUTIARAfm dan pilih rancangan Infiniti@MUTIARA.....dan untuk minggu ini segmen IDT akan memperkatakan mengenai.......”jam dan kalander digital komputer”......

Apabila sibuk menaip atau menyiapkan kerja menggunakan komputer, kadangkala anda terlupa sudah berapa jam masa berlalu. Bahkan anda yang sampai terlupa tarikh pada hari berkenaan. Memanglah anda boleh merujuk jam dan kalender yang tersedia dalam komputer. Namun, sesetengah orang agak keberatan menyemaknya. Kalau boleh, mereka inginkan jam atau kalender yang sentiasa terpampang di atas skrin dan senang dirujuk. Boleh jadi, inilah yang menyebabkan Windows Vista turut dilengkapi gajet yang berupa jam dan kalender digital. Bagaimanapun, anda tidak perlu memiliki atau menaik taraf kepada Windows Vista, jika semata-mata ingin memiliki jam atau kalender. Sudah memadai jika anda mencuba perisian Vista Sidebar 2.3 ini. Perisian percuma ini juga menyokong sisitem operasi Window XP. Selain menawarkan pelbagai gajet yang menyerupai gajet vista, ia juga senang dipasang atau dikendalikan. Jika anda tidak menyukai semua gajet yang tersedia, memadailah jika anda menggunakan jam atau kalendernya. Paling penting, ia adalah perisian percuma.

Sedikit info perisian ini....nama perisian Vista SideBar 2.3 yang dibangunkan oleh Thoosje dan menggunakan 5.07 MB ruangan dalam cekera keras....dan perisian ini adalah percuma....untuk memasangnya anda boleh layari www.thoosje.com. Dan ikut langkah-langkah yang disediakan...anda boleh memilih ”skin” yang disukai....sebaiknya jangan hadkan kepada gajet jam dan kalender sahaja. Sebaliknya anda boleh menguji atau mencuba gajet yang lain. Samada hasilnya seperti yang diharapkan atau sebaliknya, bergantung kepada keupayaan perisian ini. Untuk memudahkan anda, pintasan untuk perisian ini boleh ditempatkan dalam menu ”Start”.