Friday, April 10, 2009

Memilih Storan USB

Mendapatkan storan USB boleh menjadi kerja sukar kerana terkeliru dengan pilihan yang harus dibuat. Kita tidak tahu apa yang mesti dipilih, lebih-lebih lagi di zaman sekarang ini kerana terdapat pelbagai pilihan storan USB sama ada dalam bentuk pemacu flash, cakera keras luaran, NAS dan banyak lagi yang membuatkan kita pening kepala apabila tiba soal membelinya. Kapasiti pula usah dikatakan lagi kerana anda sudah boleh memiliki storan USB bersaiz Gigabit dan Terabit pada harga yang mampu dimiliki.

Namun, sebenarnya memilih storan USB ini terpulang kepda keperluan, kehendak dan kuasa yang diinginkan. Barulah membeli terasa berbaloi. Berikut merupakan beberapa tip yang boleh anda ikuti atau jadikan panduan sebelum mendapatkan storan USB. Jika tidak membantu anda memilih jenama sekali pun, ia mungkin dapat meringankan sakit kepala anda bila kawan-kawan sudah sibuk mengajak anda pergi membelinya......baiklah....apa yang perlu anda tekankan ialah.....untuk apa ataupun apakah tujuan anda membeli storan mudah alih USB ini.....

Fikirkan untuk apakah storan USB anda itu???Jika anda mahukan storan USB untuk melakukan backup atau simpanan fail kerja yang banyak, kegunaan seisi keluarga atau untuk menyimpan segala macam jenis animasi yang anda muat turun daripada internet, maka cakera keras luaran adalah pilihan yang lebih tepat. Jika anda mahukan storan USB untuk menyimpan tidak terlalu banyak kerja dan memudahkan anda membawanya ke mana-mana, maka pilihlah pemacu flash USB. Ia lebih kecil, ringan dan fleksibel meskipun kurang memikirkan tentang kapasiti. Namun, 4GB pun sudah boleh buat macam-macam termasuk backup, jalankan OS dan perisian serta simpan pelbagai fail digital.

Kita rehat seketika.....


Anda perlu memeriksa sama ada sambungan USB pada komputer anda menggunakan USB 2.0 atau terdahulu?? Sekiranya sambungan USB komputer anda adalah versi lama, sesetengah storan USB tidak boleh digunakan padanya. Sama ada anda menggantikan sambungan ini atau boleh dapatkan storan dengan sambungan yang serasi dengan komputer anda. USB 2.0 kelajuan lebih baik kerana pantas dan memudahkan urusan kerja anda........bila bercakap mengenai kelajuan, anda juga perlu mengambil tahu soal kelajuan storan USB anda. Pastikan ia beroperasi dengan pantas untuk memudahkan kerja memindah fail daripada peranti itu ke komputer dan begitu juga sebaliknya. Untuk cakera luar misalnya, dapatkan storan dengan RPM tinggi (7200 rpm), masa carian kurang 10 saat dan paling tidak 4MB buffer. Dapatkan lebih nilai untuk storan USB anda, seperti mendapatkan 2 barang pada satu harga. Storan USB sekarang ini lazimnya dilengkapi pelbagai perisian terbina yang berguna untuk anda. Antaranya antivirus, perisian kata laluan, aplikasi, permaian dan banyak lagi. Cuba dapatkan yang terbaik. Siapa yang tidak mahu produk bergaya. Ianya pelangkap kepada kepuasan pembelian anda. Pilihlah storan USB yang tahan lasak, menarik dan tentu sahaja memudahkan anda daripada pelbagai segi seperti mudah dibawa, nipis, suhu rendah dan sebagainya. Tepuk dada tanya selera....itu dia serba sedikit mengenai panduan memilih storan USB mudah alih.....


Minggu lepas kita telah pun bersama dalam Segmen WDI atau Warta Dunia IT dan untuk minggu ini Segmen IDT kembali bersama anda.....

IDT minggu ini ialah.....mengenai.....Bagaimana hendak memanfaatkan pemacu flash atau Thumbdrive USB anda......

Anda boleh gunakan Thumbdrive untuk menjalankan program antivirus dengan aplikasi yang membantu mengimbas dan membuang virus pada komputer serta pada pemacu flash itu sendiri. Meskipun kecil, peranti berkuasa ini mampu mengesan keseluruhan komputer dan seumpama anda membawa alat keselamatan yang boleh dijalankan pada mana-mana komputer tanpa perlu pemasangan terlebih dahulu. Cara yang terbaik untuk digunakan ialah bersama netbook anda.

Tidak banyak ruang yang diperlukan untuk memasang perisian antivirus pada Thumbdrive dan ia juga boleh didapati secara percuma mahu pun berbayar. Biasanya setelah anda memuat-turun perisian pada thumbdrive, anda perlu RUN atau memasangnya untuk ia boleh digunakan. Kita tidak tahu komputer yang mungkin dijangkiti virus dan berapa lama masa yang akan diambil sekiranya anda menimbas komputer tersebut. Paling tidak, anda boleh pastikan keselamatan thumbdrive anda daripada dijangkiti dengan memasang perisian ini. Walaupun tidak dapat dijamin berapa lama ia akan bertahan. Antara perisian yang boleh anda muat kedalam thumbdrive dan pemacu flash anda ialah......McAfee Virus Scan USB, Avira AntiVir Personal Edition, Portable ClamWin, Avast! Edisi U Three, DriveSentry GoAnywhere dan Spybot Seach and Destroy. Itu antara perisian yang mudah alih yang boleh anda gunakan untuk dimuatkan ke dalam thumbdrive anda….selamat mencuba…


Soalan yang pertama....Bagaimana hendak pastikan rangkaian wayarles untuk pencetak selamat???

jawapannya......Apabila anda tetapkan router wayarles, ikut pengeluar untuk memastikan rangkaian pencetak wayarles anda selamat. Anda perlu tentukan set pengenalan servis (SSID) iaitu nama rangkaian dan kunci sekuriti rangkaian anda. Jenis sekuriti rangkaian lazim adalah WEP, WPA dan WPA2. Jenis yang selalu disyorkan adalah WPA dan anda ikuti arahan pengeluar produk untuk enkripsi isyarat dan tetapkan kata laluan anda sendiri...........itulah jawapannya untuk soalan yang pertama dalam segmen ”Anda Tanya……Kami Jawab”.......untuk soalan ke-2 pula…saya punya MP4 kehabisan batari. Apabila saya cucukkan pada PC untuk dicas. Keluar arahan supaya menyuruh saya formatkan MP4 tersebut. Saya format dan semua file dalamnya hilang. Apa saya patut buat dan kenapa tiba-tiba saya perlu formatkannya????....ok jawapannya….Biasanya komputer akan mengenalpasti MP4 anda sebagai storan dan apabila ia merasakan yang format storan anda tidak serasi dengan format komputer anda dengan itu akan menyuruh untuk format. Anda sepatutnya kata tidak kerana komputer pasti akan format storan MP4 anda dan membuang semua kandungannya. Saudara boleh menggunakan perisian File Recovery untuk mendapatkan semula fail-fail yang hilang, walaupun tidak dapat 100%…......itu dia tadi 2 soalan yang telah berjaya dijawab.......

No comments: