Monday, March 16, 2009

Jenayah Siber


Jenayah Siber
Kesemua peringkat penggunaan keomputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk yang tujuan tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar ialah penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer, kecurian maklumat, capaian secara tidak sah keatas sistem, menyalin perisian secara tidak sah, pengintipan, judi siber, skim cepat kaya, pornografi, penggodam atau hacker, penyebaran virus dan banyak lagi dan mungkin kita akan berhadapan dengan bentuk jenayah baru selaras dengan kepesatan pembangunan komputer.
Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi untuk membincangkan jenayah siber ini, terlebih dahulu marilah kita lihat terlebih dahulu dengan definasi jenayah siber itu sendiri. Jenayah membawa maksud aktiviti seperti kecurian, penipuan, pemalsuan dan peras ugut. Jenayah komputer pula melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan pelanggaran undang-undang yang sedia ada. Walau bagaimanapun, definasi yang lebih baik dan komprehensif telah dibuat oleh Mr. Donn B Parker seorang penyelidik di dalam jenayah komputer dan keselamatan untuk S.R.I International, beliau menyatakan bahawa jenayah komputer adalah di mana perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian secara berterusan. Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pula menguatkan lagi definasi ini dengan mengatakan bahawa jenayah komputer adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana pengetahuan mengenai teknologi komputer digunakan untuk merealisasikannya. Namun demikian kita harus akui bahawa wujudnya perbezaan takrifan jenayah siber antara negara. Bagi negara-negara islam pula judi, pornografi, pengiklanan sex adalah suatu jenayah tetapi bukan jenayah dikebanyakan negara di dunia ini.
Contohnya di Amerika Syarikat, hal-hal sebegini dianggap remeh, hanya pronografi kenak-kanak sahaja dianggap jenayah. Mereka lebih memberi tumpuan kepada keselamatan dan perdagangan, berbagai-bagai undang yang berkait rapat dengan keselamatan dan perdagangan di rangka seperti trademark law, copyright law, undang-undang berkaitan hacker atau pengodam dan penyebaran virus dan sebagainya. Selain daripada itu kami juga ingin berkongsi dengan anda takrifan Jenayah komputer pula. Jenayah komputer merujuk kepada penyalahgunaan peralatan komputer bagi merosakkan, mencuri atau mengubah data dalam komputer sukar dibuktikan atau dikesan disebabkan kehilangan data atau penyalinan data berlaku secara maya dan tidak dapat dibuktikan secara fizikal. Selain itu jenayah komputer juga berbeza antara satu kawasan ke kawasan lain. Tambahan lagi, perkembangan perhubungan data antarabangsa terutama sekali internet telah menyebabkan tugas polis menjadi semakin sukar. Kesimpulannya kita kena mengambil langkah untuk melindungi sistem komputer yang kita gunakan. Lengkapi diri dengan ilmu tentang komputer.

SEGMEN 2

Minggu lepas kita telah pun bersama dalam Segmen WDI atau Warta Dunia IT dan untuk minggu ini Segmen IDT kembali bersama anda..... bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai segmen IDT ini anda boleh layari laman web MUTIARAfm di www.mutiarafm.gov.my dan klik pada icon blog DJ MUTIARAfm dan pilih rancangan Infiniti@MUTIARA....... Untuk minggu ini segmen IDT akan memperkatakan mengenai ”Permainan Percuma Di Internet”…
Tiada cara yang lebih baik menghilangkan stres di komputer selain bermain permainan komputer. Tapi pastikan anda selesaikan kerja anda dulu. Bukan menyeronokkan malah jika ianya percuma tentu lebih baikkan. Addicting Games pasti membuatkan anda hendakkan bermain permainan komputer kerana ia menawarkan lebih 3 ribu permainan pelbagai genre secara percuma dalam format flash. Anda boleh memilih genre aksi, sukan, teka-teki, menembak, klasik, strategi (RPG) serta bermacam-macam lagi apabila anda klik pada butang ”More” di bahagian kanan muka web ini. Masa loading bergantung pada kelajuan pelayan (server) dan jumlah pengunjung (trafik) pada satu-satu masa. Ada masanya anda akan dapati permainan dimuat-naik segera dan ada masanya juga anda perlu bersabar. Kena tunggu sat.....sayangnya laman web permainan ini tidak membenarkan anda simpan (save) permainan. Jika anda hendak main permainan yang sama, anda perlu bermain dari mula. Bagaimanapun anda boleh daftar masuk ke laman web ini dan memilih serta menyimpan permainan kegemaran di My Favourites untuk bermain setiap kali anda log-in. Malah anda sendiri bolah tinggalkan komen atau pendapat tentang permainan serta tip dan cara mendapatkan markah yang lebih baik...untuk mendapatkan maklumat lanjut anda boleh layari laman web ini www.addictinggames.com . bagi anda yang suka muat turun , addictinggame juga menawarkan pelbagai permainan komputer yang boleh di muat turun secara percuma atau berbayar. Walaupun ia tidak sebanyak yang anda boleh mainkan secara on-line, namun cukuplah untuk anda rasa keterujaan bermain permainan. Tidak cukup dengan itu, anda boleh masukkan permainan ke laman sosial atau komuniti seperti blog, MySpace dan sebagainya untuk dikongsi dengan rakan-rakan anda.....
Selesai sudah segmen yang kedua.

SEGMEN 3

Bagi anda yang ingin bersama dalam segmen.....ini anda boleh melayari laman web MUTIARAfm di www.mutiarafm.gov.my dan klik pada ikon blog DJ Mutiarafm...dan pilih Infinity@Mutiara... Klik pada ikon infinity@mutiara dan anda terus akan dibawa ke blog rancangan ini....jika anda mempunyai sebarang soalan, kemusykilan dan pertanyaan berkaitan dunia ICT anda boleh tinggalkan soalan anda diruangan pendapat atau komen.....ok...soalan untuk minggu ini....
Soalan yang pertama.... Saya ada masalah nak Add Favorites laman web di IE7(internet explorer seven) Setiap kali nak nak Add muncul mesej ”to access favorites go to Favorites Center” Jadi saya nak tahu macam mana nak access favorites center????
jawapannya..... dalam pelayar web Microsoft Internet Explorer Seven, Favorites Center boleh diakses dengan klik pada butang atau ikonnya yang bebentuk bintang di penjuru kiri atas tetingkapnya. Atau dengan klik kombinasi kekunci pintasangnya “Alt dan C”. Hasilnya ruang paparan Favorites Center akan muncul di sebelah kiri tetingkap pelayar berkenaan. Menerusi cara ini anda boleh mengakses kandungan Favorites Center ….....Soalan ke-2 pula… Adakah dengan menggunakan perisian boleh meninggikan kelajuan sesebuah komputer??? Jika ya, apakah perisian yang paling sesuai untuk digunakan???....ok jawapannya….perisian yang kami cadangkan ialah Free Ram XP Pro dan Speed Up PC 3X yang anda perolehi di www.microsmartsllc.com untuk mempercepatkan komputer atau PC anda.....….selamat mencuba..
.....itu dia tadi 2 soalan yang telah berjaya dijawab...sekali saya ingin ingatkan...jika anda ingin mengutarakan soalan anda dalam segmen yang ke-3 ini.....apa yang perlu anda buat ialah layarilah sahaja laman web mutiarafm....di www.mutiarafm.gov.my... Dan pilih ikon blog dj mutiarafm...dan klik pada rancangan infinity@mutiara dan anda akan dibawa terus ke laman blog rancangan ini.....tinggalkan soalan anda diruangan komen atau pendapat........mudah sajakan.......baiklah kita hampir dipenghujung rancangan INFINITY@MUTIARA ini...jangan lupa temujanji kita minggu depan pada waktu yang sama....sabtu jam 10.05 malam.....kita jumpa lagi pada bulan Mac nanti......jangan lupa.........ingat ICT.......ingat Infinity@MUTIARA dan terus berhibur bersama MUTIARAfm.....segalanya untukmu.

No comments: