Sunday, March 29, 2009

Telefon bimbit juga boleh kena virus..


Baiklah.......minggu lepas segmen telah pun memperkatakan mengenai ”Punca-punca yang boleh menjemput Malware”.......untuk minggu ini topik yang menjadi pilihan ialah...”Tahukah Anda, bahawa telefon bimbit juga boleh dijangkit virus??”....jadi teruskan bersama rancangan Infinity@Mutiara....
Pada era teknologi masa kini, hampir setiap orang memiliki telefon bimbit dan ia menjadi seakan satu keperluan dalam kehidupan. Daripada yang tercanggih kepada telefon bimbit dengan fungsi mudah iaitu untuk membuat atau menerima panggilan dan menerima atau menghantar sms. Semuanya boleh didapati pada harga mampu dimiliki.
Namun, peranti itu juga tidak terlepas dari ancaman serangan virus. Bukan komputer atau PC anda sahaja yang boleh dijangkiti virus....telefon bimbit pun boleh....ia sering berlaku terutama pada telefon bimbit pintar atau peranti PDA dan pastinya ia merimaskan sesiapa jua. Virus telefon bimbit pertama yang dikesan adalah cecacing (worm) dicipta pada tahun 2003 yang menyerang telefon bimbit dengan sistem operasi Syambian. Ia dihantar menerusi Bluetooth dan mengumumkan serangan itu secara amaran. Ia tidak mendatangkan bahaya tetapi mengingatkan individu bahawa telefon bimbit juga boleh menjadi sasaran virus.
Sejak dari itu terdapat lebih 200 jenis virus yang dikesan menyerang telefon bimbit. Angka ini sesuatu yang membimbangkan tambahan pula sesetengah serangan mengakibatkan individu perlu membaiki telefon bimbit dan kes lebih teruk mengakibatkan kerugian kerana ia menghantar SMS atau MMS secara sendirinya apabila dijangkiti. Berikutan dengan masalah ini rancangan Infinity@Mutiara dalam segmen ICT minggu ini akan berkongsi dengan anda pendengar MUTIARAfm bagaimana hendak menghindari telefon bimbit dan peranti mudah alih anda daripada dijangkit virus.
Ok.....bagaimana pula hendak menghindari telefon bimbit dan peranti mudah alih anda daripada dijangkiti virus......yang pertama.....
Pastikan sama ada telefon bimbit anda dijangkiti virus atau tidak. Sekiranya telefon bimbit anda tiba-tiba beroperasi dengan lambat, misalnya untuk memaparkan gambar pada galeri memakan masa yang agak lama, berkemungkinan memori telefon anda terlalu terbeban atau telefon anda telah dijangkiti virus. Anda juga boleh melihat pada bil telefon sekiranya terdapat panggilan atau penghantaran MMS atau SMS yang tidak diketahui, berkemungkinan ia juga telah dijangkiti virus. Virus telefon bimbit biasanya menyerang dalam dua cara iaitu secara gangguan Malware seperti menghantar SMS/MMS dan Spam. Ia merugikan anda dari segi wang ringgit dan menghabiskan tenaga bateri. Satu lagi cara adalah dengan menyerang sistem operasi yang boleh mengakibatkan kegagalan program, mencipta ikon yang pelik-pelik atau aneh serta membuang fail penting tanpa anda sedari.....yang ke-2 pula anda perlu fahami bagaimana virus ini menyerang. Lazimnya ia menyerang menerusi Bluetooth, perkongsian fail, SMS dan MMS. Kini dengan teknologi yang semakin canggih seperti 3G dan WiFi, virus boleh merebak dengan mudah menerusi emel, mesej segera, ketika anda melayari internet, memuat turun fail dan ketika anda memeriksa akaun kewangan. Majoriti pengguna telefon pintar akan menyimpan data peribadi dan perniagaan pada peranti mudah alih mereka. Sekiranya tidak dilindungi, kemungkinan untuk ia dicuri adalah tinggi. Seterusnya.....jika anda menerima SMS/MMS yang kandungan mencurigakan, terus batalkan atau buang mesej tersebut. Dikhuatiri ia disertakan dengan program yang boleh membawa virus pada telefon bimbit anda........jangan sebarkan nombor telefon anda – lindungi nombor telefon anda dan jangan sebarkan secara bebas di internet, forum sembang, senarai khas atau pertandingan talian. Kebiasaannya borang di talian mempunyai menu untuk anda memilih sama ada ingin memaparkan nombor telefon atau tidak....pastikan ia tidak!!!!.

Langkah seterusnya matikan Bluetooth dan Infra merah (infra red) – Bluetooth adalah teknologi yang mengagumkan. Bagaimanapun, ia bukanlah untuk dihidupkan setiap masa. Sekiranya anda tidak menggunakan Bluetooth, matikan aplikasi tersebut. Jika individu tidak dikenali menghantar kandungan menerusi Bluetooth, jangan terima dan batalkan operasi serta-merta. Untuk infra merah pula sama juga nyah aktif jika tidak digunakan.......jangan panik sekiranya telefon bimbit anda diserang virus. Sebaliknya segera dapatkan perkhidmatan untuk membuang virus ini dari sistem operasi telefon bimbit anda. Virus telefon bimbit tidak meninggalkan kesan yang sebegitu teruk berbanding virus komputer......akhir sekali....cegah sebelum mengubati!!!!....pasanglah perisian anti virus yang boleh diperolehi secara percuma atau berbayar pada telefon bimbit anda. Ia boleh didapati dari pelbagai sumber seperti Windows Marketplace, Windows Mobile Catalog dan banyak lagi jenama yang boleh didapati dengan mudah di pasaran.......kami harapkan dengan maklumat yang dibekalkan ini dapat membantu anda daripada menjadi mangsa serangan virus pada telefon bimbit dan peranti mudah alih.......sampai disini dulu segmen ICT minggu ini......kita berhibur dan......selepas ini....anda akan bersama dalam segmen yang ke-2 pula....segmen WDI.....iaitu Segmen Warta Dunia IT.

WDI minggu ini......
1. Microsoft memperkenalkan teknologi BlueTrack – Teknologi ini menggabungkan lebar dan kuasa optikal dengan ketepatan pengesan lazer untuk pengguna menggunakan tetikus meskipun di permukaan tidak rata seperti permaidani, lantai dan kayu. Ia menggunakan isyarat lebih besar dan lebar berbanding tetikus optikal atau lazer lain dan mampu mengesan permukaan di bahagian bawah tetikus dengan lebih baik.
2. K-One Technology Berhad (K-One) menampilkan sistem Multi-PC K-One, iaitu inovasi produk terkini untuk membantu syarikat menjimatkan kos, tenaga dan memelihara alam sekitar. Sistem ini membenarkan syarikat mengurangkan kos operasi secara pengurangan jumlah CPU untuk bekerja. Dengan sistem ini beberapa pengguna boleh menjalankan kerja serentak menerusi satu CPU yang ditingkatkan. Ini sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan pembelian CPU standard serta pelupusan minimum.
3. Symantec Corp memperkenalkan Norton AntiVirus 2009 Edisi Permainan yang menawarkan perlindungan komputer daripada Malware serta pada masa yang sama direka khas untuk komuniti pemain tegar. Permainan kini tidak akan terganggu oleh amaran atau imbasan virus yang tiba-tiba muncul pada skrin dan selalunya melambatkan permainan kerana pengguna boleh menetapkan jadual imbasan serta ia secara pintar boleh bekerja di belakang.
4. Penggemar Anime pasti gembira dengan berita ini kerana Animax telah bekerjasama dengan Starhub untuk menyediakan servis penstrim video 3G Animax Mobile di Malaysia dan Singapura. Kedua-dua pelancaran ini turut menandakan kejayaan ke-7 Animax Mobile termasuk di Kanada, Australia, Hong Kong, Taiwan dan Brunei.

Soalan yang pertama.... Benarkah mitos…atau cakap-cakap orang yang jika pemacu cakera keras (hard disk) sudah mencapai 75% kandunganya atau perisian yang terlalu banyak akan melembabkan komputer???
jawapannya...... Ia bukan mitos atau cakap-cakap orang......tetapi ia memang benar kerana windows...akan memerlukan ruang memori dan pemacu cakera keras (hard disk) apabila anda membuka sesuatu perisian...lebih banyak perisian maka lebih banyak ruang yang diperlukan...dengan itu untuk keselesaan memori anda hendaklah besar dan ruang pemacu cakera keras (hard disk) juga hendaklah luas. Adalah lebih baik pemacu cakera keras (hard disk) c:\ hanya untuk sistem dan tiada sebarang simpanan digunakan. Lebih baik jika pemacu cakera keras (hard disk) anda mempunyai banyak partition anda boleh simpan file-file anda di partition-partition ini...contohnya...d:\ , e:\ atau f:\..........itulah jawapannya untuk soalan yang pertama dalam segmen ”Anda Tanya……Kami Jawab”.......untuk soalan ke-2 pula… Saya mengalami masalah yang menghantui sejak sekian lama iaitu emel kerap didatangi 'spam' walaupun saya sudah mengklik pada ikon spam. Bagaimana cara untuk mengelaknya ia dari memasuki e-mel saya lagi????....ok jawapannya….… SPAM sangat menyusahkan pengguna namun kebiasaannya, apabila ia dimasukkan dalam senarai spam, ia tidak akan mengganggu lagi.
Namun, salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah memiliki dua alamat e-mel yang digunakan untuk aktiviti Internet seperti forum, blog dan sebagainya serta satu emel khas untuk peribadi. Jika anda masih mahu menggunakan e-mel yang sama, anda perlu memiliki ciri antispam tapi sistem ini mengambil sedikit masa untuk mengenalpasti maklumat sebelum membuat keputusan sama ada e-mel diterima adalah spam atau tidak..…….selamat mencuba..
.....itu dia tadi 2 soalan yang telah berjaya dijawab........ingin saya ingatkan.....jika anda ingin mengutarakan soalan anda dalam segmen yang ke-3 ini.....apa yang perlu anda buat ialah layarilah sahaja laman web mutiarafm....di www.mutiarafm.gov.my... Dan pilih ikon blog dj mutiarafm...dan klik pada rancangan infinity@mutiara dan anda akan dibawa terus ke laman blog rancangan ini.....tinggalkan soalan anda diruangan komen atau pendapat........mudah sajakan.......baiklah kita sudah dipenghujung rancangan INFINITY@MUTIARA ini...jangan lupa temujanji kita minggu depan pada waktu yang sama....sabtu jam 10.05 malam.....kita jumpa lagi pada 28 Mac nanti.....akhir kata...marilah semua rakyat Malaysia supaya berlaku jujur, bertanggungjawab, berwawasan, berdisiplin, bekerjasama, adil dan prihatin antara satu sama lain. Agar kita hidup bahagia di dunia dan akhirat...Amin....assalamulaikum.....

1 comment:

Khairul Affendi said...

Windows Phone xde virus.

Dapatkan Aplikasi game Lingo Melayu 6 Abjad untuk Windows Phone
http://www.windowsphone.com/s?appid=775173f4-fd0b-4c16-b2ab-2477d1b3f3eb