Tuesday, December 30, 2008

Episod 14 - Splog Cemar Blogsphere

Anda mungkin pernah mendengar tentang blog tetapi pernahkah anda mendengar tentang splog? Ya, tidak ramai yang mengetahui tentang splog meskipun isu tentangnya sudah dibangkitkan sejak 3 tahun lalu. Istilah splog itu terhasil daripada gabungan nama spam dan blog yang merujuk kepada laman web palsu atau tiruan untuk mempromosikan lama web tertentu atau meningkatkan kedudukan (ranking) di enjin carian. Istilah ini dipopularkan sekitar Ogos 2005, di mana ketika itu masalah splog menjadi-jadi membuatkan komuniti dunia blog memberikan nama khas untuknya agar mudah difahami. Mungkin ada yang menganggap splog ini tidak berbahaya, tidak seperti virus atau malware jahat lain. Namun, tanpa kita sedari splog telah pun menyusahkan hidup kita dengan meningkatkan jumlah blog tidak perlu di talian, menjadikan lambakan blog seumpama ini terlalu banyak serta memenuhi senarai enjin carian. Bayangkan sahaja, setiap hari antara 3 ribu ke 7 ribu splog dicipta dan pada hari-hari tertentu jumlahnya boleh mencapai sehingga 11 ribu dan keseluruhan 341 ribu splog sebulan mencemarkan dunia blog (blogsphere).

Itu tidak termasuk blog asli atau blog oleh individu-individu yang bersikap telus. Sebanyak 70 juta laman blog dikesan, iaitu kira-kira 120 ribu blog baru dicipta setiap hari (sumber yang diperolehi daripada technorati). Bukankah ini menjadikan dunia blog terlalu padat sehingga menyukarkan kita mengenalpasti blog yang benar-benar menarik dan berguna. Blog asli tidak menjadi soal kerana ia mewujudkan perkembangan sihat untuk dunia blog. Hal yang menjadi masalah kini ialah splog, seakan parasit yang memenuhi ruang dan sesetengahnya cuba mengaut keuntungan dengan menciplak hasil kerja individu lain.....baiklah kita rehat seketika...mari berhibur dengan lagu ini....

Kenapa orang mencipta splog??antara faktor yang boleh dikesan ialah kerana mereka ingin mendapatkan kedudukan tinggi dalam senarai enjin carian. Apabila lebih banyak blog palsu dicipta dan mengandungi pautan ke laman web tertentu yang sama, ini membolehkan laman web itu mencapai PageRank Algorithm, sekali gus kedudukan tertinggi untuk carian. Apabila anda menaip kata kunci di enjin carian, laman web dengan kedudukan tertinggi inilah yang akan terpapar terlebih dahulu, mengakibatkan laman web yang benar-benar mengandungi informasi yang kita perlukan berada di senarai ke belakang. Ia dijadikan cara tersembunyi dan mudah untuk mempromosikan laman web atau blog tertentu di talian. Apabila kedudukan semakin popular, peluang untuk menarik lebih ramai pengiklan juga semakin terbuka. Pengiklan suka mengiklankan ”banner produk” atau barangan tertentu di laman web yang mempunyai paling ramai penghunjung. Untuk mengiklan di laman-laman web sebegini, sejumlah wang perlu dikeluarkan. Itulah matlamat pencipta splog iaitu memastikan lebih ramai yang berkunjung ke blog mereka dan kemudian klik pada iklan itu memberikan mereka keuntungan beberapa sen. Jika kita darabkan dengan jumlah individu yang mengunjungi blog tersebut, maka jumlahnya berganda. Ini memberikan splogger keuntungan mudah tanpa perlu membuat apa-apa. Sudahlah keuntungan dikaut cara mudah, kandungan di dalam splog juga biasanya diciplak atau ditiru daripada sesebuah blog lain. Mereka hanya mengambil keseluruhan kandungan daripada sesebuah bolg, menggantikan atau menterjemah beberapa perkataan kemudian pos didalam blog palsu (splog), lalu menganggapkan milik sendiri. Beberapa splog yang dicipta dengan cara yang sama dan apabila digabungkan, ia meningkatkan kedudukan blog ini. Splog lazimnya mendapatkan kandungan secara scraping, iaitu proses menghantar pos salinan elektronik untuk mengambil apa sahaja yang dilihatnya, mencipta semula dalam dokumen segera tanpa had dan di terbitkan atau pos ke blog baru. Begitu mudah mereka mengambil hak blogger lain dan kita mungkin tidak terkecuali. Peniru blog ini juga boleh mengakibatkan pemilik web jujur terpaksa menanggung kesan teknikal dan kewangan seperti kehilangan penyenarian enjin carian atau keuntungan pengiklanan. Ia juga mencemarkan dunia blog dengan menurunkan nilai blog sebagai medium komunikasi dan pemasaran berharga.

Begitu banyak masalah telah ditimbulkan oleh splog dan sebagai pengguna atau mungkin blogger kita tidak boleh membiarkan splogger ini berleluasa. Siapa suka hasil kerja mereka diciplak dengan mudah bukan?? Dan siapa yang gemar melihat blog palsu mengandungi idea daripada blognya berada di kedudukan teratas enjin carian. Beberapa pendekatan boleh dilakukan oleh kita untuk mengelak ia daripada berlaku iaitu pertama dengan watermark salinan fail teks. Jangan hasilkan fail teks berasingan daripada lapisan latar belakang. Ini agar peniru yang cuba mengambil kandungan anda akan mendapat nama blog atau tanda-tanda yang anda buat untuk blog anda sendiri. Sukar untuk mereka menukarkannya menjadi blog mereka. Kedua adalah dengan menulis blog yang menekankan nama blog anda berkali-kali. Nyatakan ia sekerap mungkin di dalam pos anda agar peniru gagal menukarnya dan apabila dipos ke blog palsu, kita tahu bahawa kandungan itu adalah ditiru dari laman web kita. Atau anda boleh menetapkan blog anda di bawah perlindungan Hak Cipta. Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap individu yang menciplak kandungan daripada blog anda. Cuma masalahnya, untuk mendapatkan perlindungan Hak cipta memerlukan kos. Jika tidak mampu, cukuplah sekadar mengikut cara tadi.

Ada yang menyatakan masalah ini timbul berikutan terlalu banyak laman komuniti blog percuma yang dicipta seperti Blogspot, Google Blog dan sebagainya, membolehkan splogger dengan mudah mewujudkan blog palsu. Suapan RSS juga dikatakan antara faktor lain yang mewujudkan masalah splog keranan RSS memudahkan individu menyalin kandungan daripada blog asli. Ia juga telah mencemarkan enjin carian RSS dan semakin banyak mendomanasi internet. Apa pun faktornya, kita semua masih boleh mengawalnya dan terdapat individu prihatin diluar sana yang cuba melindungi blogger daripada splog. Splogreporter misalnya membolehkan orang ramai melaporkan laman URL splog dan blogger boleh melihat senarai ini serta menghalang pautan URL splog di masukkan ke blog masing-masing. Bagaimanapun splogreporter telah menghentikan servis laporan slpog Februari tahun lalu, namun data URLnya masih boleh dilihat di laman web berkenaan.

Mungkin kita tidak dapat menghapuskan dan menghentikan kesemua splog di blogsphere, namun kita boleh mengurangkannya. Dunia blog menawarkan dunia talian yang bermanfaat kepada semua namun telah dicemari oleh splog. Tetapi kata orang, benda baik memang selalu disalahguna, oleh itu anggap splog satu pencemaran yang harus dihentikan untuk memastikan dunia blog lebih bersih di masa-masa akan datang.

SEGMEN 2

Minggu lepas kita telah pun memperkatakan mengenai ..Menyekat unsur negatif dalam internet”..... untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai segmen IDT ini anda boleh layari blog rancangan INFINITI@MUTIARA ini di [ rtatmutiara.blogspot.com ] .....dan untuk minggu ini segmen IDT akan memperkatakan mengenai.......” menukar format muzik untuk di kongsi”.......

Format MP3 masih tersohor dalam aktiviti perkongsian muzik di kalangan pengguna. Lebih-lebih lagi jika ia dikongsi melalui internet atau pemain media mudah alih. Meskipun begitu, fail muzik turut dikongsi menggunakan format lain yang sebahagiannya kurang popular. Jika anda berhadapan masalah perbezaan format, jangan bimbang. Perisian mudah alih yang ditampilkan kali ini pastinya boleh menolong anda.

Perisian yang dimaksudkan ialah BonkEnc 1.0.6 yang bangunkan oleh Robert Kuasch...ia adalah percuma dan hanya memerlukan 3.65 MB sahaja ruangan dalam cakera keras serta sesuai digunakan oleh semua jenis windows ada boleh layari www.bonkenc.org , baiklah kami akan menerangkan langkah-langkah untuk memasang perisian percuma ini....

Langkah pertama

Anda perlu muat turun perisian ini dari www.bonkenc.com , selepas failnya dimuat turun, tempatkan ia didalam sebuah folder untuk tindakan selanjutnya.

Langkah ke-2

Anda boleh memuat turun versi biasa dan versi mudah alihnya....untuk kali ini infiniti@mutiara akan memfokuskan kepada perisian mudah alih. Klik pada fail yang dimuat turun tadi, bagi memulakan proses pemasangan. Semasa memasang atau install anda perlu memilih lokasi bagi menempatkan direktori failnya, seperti dalam pemacu USB Flash (thumbdrive). Selepas pemasang, buka direktori fail yang dihasilkan dan anda menemui sebuah fail yang berlabel BonKencPortable.exe.

Langkah ke-3

Klik pada fail BonkEncPortable.exe tadi bagi mengaktifkan perisian ini. Paparan logo versi mudah alih akan kelihatan, kemudian anda diminta memilih bahasa yang hendak digunakan. Selain bahasa inggeris anda boleh memilih bahasa lain. Setelah memilih bahasa tadi, pemuka atau tetingkap utamanya muncul bersama tetingkap tips harian. Hendak baca atau tidak terpulanglah kepada anda.

Langkah ke-4

Tetingkap utamanya boleh dikatakan ringkas dan senag difahami. Disebelah atasnya ada barisan menu ada file, database, options dan encode. Manakala di bahagian bawah menu pula terdapat barisan butang fungsi. Ruang di tengah pemuka pula untuk menyenaraikan fail audio yang terbabit dan butiran. Anda juga boleh mengisi atau mengubah audio menerusi runga di bawah tetingkap. Direktori untuk menempatkan output audio juga boleh ditetapkan.

Langkah ke-5

Seterusnya, buka setiap menu tadi untuk melihat pilihan yang disediakan. Mulakan dengan menu file yang memiliki pilihan seperti add, remove, load joblist dan save joblist. Menu database pula memiliki pilihan yang berkaitan dengan pengkalan data cekera padat atau CDDB. Manakala menu option Cuma ada pilihan General Setting dan Configure Selected Encode yang menyediakan pilihan untuk pengekodan audio.

Langkah ke-6

Menu-menu yang disebut tadi boleh digunakan untuk menguji perisian ini. Selain anda boleh menggunakan barisan butang fungsi yang disediakan.

Langkah ke-7

Kini anda boleh mencuba fungsi pengekodan perisian ini. Katakan anda mahu menukar fail muzik berfomat MP3 kepada MP4. Mulakan dengan mengklik menu file, kemudian pilih Add, dan Audio file. Cari dan tandakan fail muzik yang disediakan tadi kemudian klik butang Open. Fail tadi akan disenaraikan pada ruang tengah pemuka utama bersama butirannya. Di sebelah bawah pemuka anda ruang untuk mengubahsuai butiaran fail dan memilih lokasi bagi menempatkan fail output.

Langkah ke-8

Klik pilihan general setting untuk membuka tetingkap ”general setting setup” yang terdiri daripada 5 kategori encoder, playlist, language, plug-ins dan info tags. Dalam kategori encoders tadi anda boleh memilih pengekod (encoder) yang mahu digunakan.

Langkah ke -9

Pengekod yang dipilih tadi akan muncul pada ruang berlabel ”selected encoder”. Jika anda puas hati dengan ketetapan tadi anda boleh meneruskan proses pengekodan. Mulakan dengan mengklik pilihan start encoding di bawah menu encode atau menekan butang yang berlabel ”start the encoding process”. Proses pengkedan akan dimulakan dan anda perlu menunggu hingga selesai. Perkembangan prosesnya boleh dipantau menerusi runag ’file progress” di sebelah bawah pemuka utama.

Langkah ke -10

Apabila proses pengekodan selesai, periksa fail yang terhasil atau bandingkan dengan fail asalnya. Anda boleh memainkan semula fail yang baru dihasilkan itu dengan perisian audio yang sesuai. Selain itu anda boleh memainkannya melalui peranti media mudah alih. Akhir sekali anda disyorkan mencuba ciri yang tidak dijelaskan sebentar tadi.

No comments: