Friday, December 19, 2008

Episod 12 - Saya ASIMO

Beberapa minggu yang lalu negara dikejutkan dengan kehadiran robot humanoid yang pertama......robot ini telah menjelajah dari selatan hinggalah ke utara dan robot ini juga singgah di Pulau Pinang.....saya rasa anda pasti sudah tahu apa yang ingin kami ketengahkan dalam segmen ict minggu ini.........segmen ict minggu ini akan memperkataan mengenai....”Saya ASIMO”...dengar saja nama ASIMO saya pasti anda tahu tentang kewujudan robot humanoid ini.....

Asimo atau singkatan daripada ”Advanced Step In Innovative Mobility” adalah robot humanoid pertama di dunia yang dibangunkan jurutera Honda. Robot humanoid ini berdiri di atas kerangka yang kompak dan ringan. Kepalanya seakan dipakaikan dengan topi keledar menutup muka dan menggalas sebuah beg galas yang berisi bateri litium ion (Li-ION) seperti seorang kanak-kanak yang tidak sabar untuk kesekolah. Asimo adalah robot humanoid tercanggih di dunia dengan ketinggian 130 sentimeter dan seberat 54 kilogram. Robot berkenaan dilahirkan pada 31 oktober 2000 daripada hasil program penyelidikan dan penbangunan robotik Honda yang ditubuhkan pada 1986. ASIMO merupakan robot berkaki dua pertama dunia dan berkemampuan telah dipertingkatkan termasuk berpusing di udara, membongkok dan memusingkan pinggangnya dan mengatasi halangan ketika berjalan. ASIMO yang baru ini lebih fleksibel dan mampu menangani suasana sebenar pada persekitaran semula jadi. Ia mempu berlari selaju 2.5 kilometer sejam, lebih baik berbanding versi lama 1.6 kilometer sahaja. Apabila ia berlari kedua-dua kakinya akan terangkat dari tanah untuk 0.05 saat. ASIMO baru ini setinggi 130 sentimeter dan berat 54 kiligram boleh mengenal pasti pergerakan manusia melalui alat pengimbas. Ia boleh meniru pergerakan manusia, memberi atau menerima objek, berjabat tangan dan bergerak ke depan atau belakang mengikut arah pergerakan tangan. Ia juga memiliki bateri yang boleh tahan selama satu jam, sekali ganda berbanding ASIMO versi lama yang berukuran 120 sentimeter dan berat 52 kilogram. Sebenarnya, pergerakan ASIMO yang lebih pantas itu terhasil menerusi aplikasi teknologi ”Intelligent Real Time Flexible Walking (i-Walk)” ASIMO lebih stabil apabila ia bergerak lebih laju. Kebolehan ASIMO mengecam wajah manusia dan berinteraksi dengan mereka banyak bergantung kepada kamera yang diletakkan di matanya dan penggunaan kad litar bersepadu (intergrated circuit card). Dengan kad tersebut ASIMO boleh berinteraksi secara berkesan, termasuklah mengenai pasti maklumat berkaitan pemegang kad itu. Keistimewaan ini sekali gus melayakkan ASIMO untuk berkerja sebagai penyambut tetamu. Ia berfungsi mengecam individu terbabit dan mengetahui kedudukan mereka. Selain itu, ASIMO juga boleh menolak troli dengan lebih terkawal. Maksudnya, memperlahankan atau mengubah haluan jika berdepan dengan sebarang halangan. Dilengkapi dengan sistem pengesan ketegangan di kedua-dua pergelangan tangannya, ASIMO boleh mengawal troli dan mengimbangkan kekuatan menolak di kedua-dua tangan dan memastikan jarak yang bersesuaian dengan troli. Apa yang ada boleh lihat pada ASIMO ini bukanlah dihasilkan dalam sekelip mata. Ia mengambil masa yang lama dan usaha ini telah pun dimulakan pada tahun 1987 lagi...untuk mendapatkan maklumat lanjut anda boleh layari laman web asimo di www.honda.com.my/asimo

SEGMEN 2 – INFINITI@MUTIARA

Minggu lepas kita telah pun memperkatakan mengenai ..PANGGILAN PERCUMA MENERUSI Wi-Fi MENERUSI TELEFON BIMBIT...... untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai segmen IDT ini anda boleh layari blog rancangan INFINITI@MUTIARA ini di [ rtatmutiara.blogspot.com ] .....dan untuk minggu ini segmen IDT akan memperkatakan mengenai.......”masalah dengan saiz peti e-mel”.......

E-MEL adalah kemudahan perhubungan popular yang selalu digunakan sejak akhir-akhir ini kerana ia lebih cekap berbanding kemudahan perhubungan yang lain. Bagaimanapun e-mel juga mempunyai kekangannya sendiri terutamanya saiz peti e-mel penerima. Kebanyakan e-mel berasaskan web, oleh itu saiz maklumat yang diterima adalah bergantung kepada saiz peti emel penerima itu sendiri. Jika saiz ruang yang boleh digunakan untuk peti e-mel itu kecil daripada saiz e-mel yang patut diterima, maka e-mel itu akan ditolak kembali kepada penghantar. Kita sukar menjangka sama ada peti e-mel penerima mempunyai ruang mencukupi kerana ruang e-mel pengguna berbeza di antara syarikat pemberi kemudahan. Gmail memberikan 2,800 megabait (MB), Hotmail pula hanya memberikan 250MB, terdapat juga syarikat yang memperuntukkan hanya 10 atau 100MB saja. Selain dari saiz kotak e-mel penerima, sesetengah pemberi kemudahan tidak membenarkan fail yang berformat zip atau exe untuk mengelakkan komputer penerima dijangkiti oleh virus atau perisian pengintip. Kekangan di atas timbul kerana pada permulaan penggunaan e-mel, saiz fail yang perlu dihantar adalah kecil. Apabila keadaan berubah maka kemudahan penggunaan fail semakin besar, penyedia kemudahan juga seharusnya turut berubah mengikut keperluan, namun perkara itu tidak berlaku. Sebenarnya terdapat beberapa pemberi kemudahan yang menyediakan penyelesaian terhadap masalah ini. Di antara penyedia kemudahan yang membenarkan kita menghantar fail bersaiz besar melalui e-mel ialah ‘sendthisfile’. Kemudahan ini boleh digunakan secara percuma di www.sendthisfile.com

Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mendaftarkan alamat e-mel anda. Ia penting untuk memastikan alamat emel yang digunakan untuk menghantar adalah alamat yang sah. Satu e-mel pengesahan akan diterima di alamat e-mel yang dinyatakan. Selepas alamat e-mel didaftarkan, anda bolehlah mula menghantar e-mel tanpa had saiz fail yang hendak dihantar. Untuk menghantar e-mel, anda hanya perlu pergi ke laman web www.sendthisfile.com dan melakukan proses ‘Sign In’. Skrin akan dipaparkan dan anda bolehlah menghantar e-mel seperti biasa. Walaupun anda menggunakan kemudahan email di www.sendthisfile.com namun alamat e-mel penghantar anda masih dinyatakan di dalam kandungan e-mel penerima bagi mengelakkan kekeliruan kepada pihak penerima. Selain dapat memberi kemudahan menghantar fail bersaiz besar, ia juga boleh menerima penghantaran fail beformat .exe atau zip tanpa risiko e-mel pihak penerima menghalang penerimaan fail terbabit. Perlu diingat bahawa fail yang dihantar akan hanya disimpan di dalam pelayan ‘sendthifile’ selama tiga hari saja. Selepas itu ia akan dipadam. Jika anda ingin memanjangkan masa simpanan, pendaftaran untuk akaun yang berbayar boleh juga dilakukan....diharap dengan tip tersebut boleh membantu anda jika anda hendak menghantar file yang besar menggunakan e-mel....

No comments: