Tuesday, December 30, 2008

Episod 13 - MyGorvement

Baiklah untuk minggu ini kita akan memperkatakan mengenai........MyGoverment - Gerbang Maklumat dan Perkhidmatan....apa itu myGoverment
myGoverment iaitu portal rasmi kerajaan Malaysia yang menawarkan pelbagai urusan kerajaan yang boleh dilakukan secara dalam talian atau online. Ditawarkan dalam 2 bahasa iaitu Bahasa Melayu dan inggeris. Apabila pertama kali membuka laman web ini kita akan mendapati rekanya kemas dan terus terang. Tidak terlalu padat dengan rekaletak yang berwarna-warni atau fancy seperti yang boleh kita dapati pada blog atau laman web lazim lain. Tidak menghairankan kerana ia bukannya laman web yang mengandungi hiburan, lagu dan sebagainya. Urusan kerajaan sesuatu yang serius, oleh itu laman ini juga perlu lebih kemas. Untuk paparan terbaik anda dinasihatkan memasang Internet Explorer 6 ke atas. Inisiatif myGoverment dilaksanankan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), iaitu sebuah agensi pusat di bawah Jabatan Perdana Menteri. Agensi ini dipertanggungjawabkan untuk memperkenalkan perubahan pentadbiran di sektor awam, meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan keutuhan perkhidmatan awam malaysia selaras dengan matlamat negara. Usaha ini harus dipuji keranan ia menggambarkan sokongan kerajaan terhadap teknologi dan pendekatan ini membolehkan mayarakat lebih dekat dengan kerajaan menerusi cara maya. Antaramuka yang terbina juga mudah. Sekali klik pada pautan atau tajuk anda akan dibawa ke muka seterusnya dalam beberapa saat sahaja apa ini bergantung kepada kelajuan pelayan atau server yang anda gunakan. Antara pautan yang boleh kita manfaatkan ialah direktori kerajaan yang membenarkan pencarian nombor hubungan agensi serta kementerian mengikut peringkat yang sama dan negeri atau persekutuaan. Anda juga boleh memasukkan kata kunci untuk segerakan pencarian. Ia turut menyediakan pautan ke laman web kerajaan yang anda kehendaki dan diakses secara klik pada pautan tersebut. Bukan itu saja, anda boleh melihat iklan jawatan kosong, tender kerajaan, cuaca, memuat turun beberapa borang rasmi dan membuat aduan awam. Semuanya pada satu tempat sahaja. Berita dan peristiwa pula masing-masing menyediakan maklumat terkini mengenai perkara yang berlaku berkaitan kerajaan, manakala peristiwa menyediakan senarai program yang bakal berlangsung untuk bulan tersebut. Orang ramai juga boleh melihat berita terdahulu menerusi arkib berita dan menyemak program yang bakal atau sudah berlangsung dengan mudah. Satu lagi aplikasi yang harus diberi perhatian ialah E-urusniaga yang menyediakan dan memudahkan pengurusan anda dengan agensi-agensi kerajaan. Antaranya aduan dan cadangan kepada agensi kerajaan tertentu dan sekiranya perkhidmatan dalam talian yang dikehendaki tidak disenaraikan, orang ramai boleh maklumkan kepada pentadbiran laman web menerusi modul maklum balas atau pertanyaan. Untuk memanfaatkan mygovernment sepenuhnya, anda digalakkan untuk mendaftar terlebih dahulu. Hanya isi maklumat yang dikehendaki pada borang disediakan di talian, kemudian aktifkan untuk mula menikmati kemudahan pada portal ini. Tidak perlu bersusah payah, tidak perlu beratur panjang lagi....itu dia serba sedikit mengenai myGorverment....taipkan www.gov.my...

SEGMEN 2

Minggu lepas kita telah pun memperkatakan mengenai ..” masalah dengan saiz peti e-mel”..... untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai segmen IDT ini anda boleh layari blog rancangan INFINITI@MUTIARA ini di [ rtatmutiara.blogspot.com ] .....dan untuk minggu ini segmen IDT akan memperkatakan mengenai.......” Menyekat unsur negatif dalam internet”.......
Mungkin ini penyelesaian yang dicari oleh ibu bapa yang ada kemudahan komputer berinternet di rumah. Sebenarnya golongan penjaga atau pendidik ini gusar jika kanak-kanak di bawah jagaan mereka dicemari unsur negatif dalam internet. Bahan-bahan prono misalnya kerap menjadi isu sejak dulu kerana boleh mencemarkan minda kanak-kanak. Malah ibu bapa yang dewasa pun rasa terganggu apabila terserempak dengan tapak web yang tidak senonoh ini. Bagaimanapun, keresahan ibu bapa mungkin bertukar baik atau lega setelah menggunakan Parental Internet Filter 3.1. Perisian percuma ini khabarnya boleh menyekat tapak web tertentu selain memantau penggunaan internet. Jadi ibu bapa boleh memantau dan mengawal aktiviti anak-anak yang menggunakan internet, emel dan mesej segera. Selain menyaring perkataan tidak sesuai, penggunaan internet mampu dihadkan mengikut masa dan trafiknya. Apa yang menariknya perisian ini turut dilengkapi fungsi perlindungan. Paling penting sekali ialah ia menggunakan kata laluan (password) untuk membolehkan ibu bapa mentadbirnya. Contohnya, kata laluan perlu diberikan setiap kali anda membuka tetingkapnya, menukar ketetapannya, atau menyingkirnya dari sistem. Tidak kurang menariknya apabila ia boleh berfungsi dalam mod halimunan dan mampu mengirimkan laporan menerusi e-mel. Jika ada kelemahannya yang ditemui, maafkanlah...maklumlah ianya percuma..........Perisian berbayar pun belum tentu sempurna. Info mengenai perisian ini....nama perisian ialah Parental Internet Filter 3.1 yang dibangunkan oleh Parentaltools...ia adalah percuma...saiznya cuma 2.39 MB...boleh digunakan pada Windows 2000, Windows XP dan Windows Vista....untuk menggunakannya anda perlu melayari laman www.parentaltools.net..............saya ulang anda perlu layari laman webnya di www.parentaltools.net............. Dan ikut arahan muat turun yang disediakan untuk memasang perisian tersebut....diharapkan dengan info dan tips ini dapat membantu anda sebagai ibu bapa atau penjaga mengawasi penggunaan internet oleh anak-anak anda......

No comments: