Thursday, November 27, 2008

Episod 8 - Bahana Phishing....

Sudah 2 bulan kita bersama dalam rancangan RT@MUTIARA ini....banyak topik telah pun diketengahkan.......antaranya....keselamatan storan mudah alih, kegiatan jenayah siber, umpan e-mel dan laman web palsu, membersihkan komputer dan banyak lagi....untuk minggu ini topik yang menjadi pilihan untuk segmen ICT minggu ini ialah.......”Bahana aktiviti phishing” (sebutan fishing)....
AMAT menakutkan dan mengecewakan apabila wang yang banyak dalam akaun bank hilang begitu saja atau lesap sedikit demi sedikit ini semua gara-gara kegiatan jenayah siber melalui perbuatan jahat mereka bergelar 'phishing'(sebutan fishing)....Mereka menggunakan kaedah menipu orang ramai dengan menghantar e-mel kononnya ingin memaklumkan kepada pemegang akaun agar memperbaharui akaun dengan mengesahkan e-mel dihantar. Kegiatan phishing (sebutan fishing) ini mampu mengaburi mata orang ramai apatah lagi mereka menggunakan alamat e-mel seolah-olah ia dihantar dari pihak bank secara sah.......Ia akan meminta pelanggan yang memiliki akaun memasukkan nombor akaun serta kata laluan atau klik pada alamat URL yang disediakan bagaikan transaksi biasa dilakukan melalui perbankan 'online'.....Namun tanpa disedari perbuatan itu mampu menyebabkan wang dalam akaun hilang sekelip mata tanpa pengguna mengesan ke mana wang itu dipindahkan.....Bukan satu atau dua bank tempatan yang terbabit, malah hampir semua bank yang menyediakan perkhidmatan online tidak lari dari sasaran penipuan phishing(sebutan fishing)...... Penyebaran e-mel sedemikian yang meminta pelanggan bank itu memberikan maklumat penting menerusi program mengemaskini maklumat pemalsuan akaun bank. E-mel yang disebar itu meminta pengguna memasukkan kata nama dan kata kunci akaun perbankan dalam talian bank atas alasan mengemas kini maklumat pelanggan bagi....... Malah terdapat satu lagi jenis e-mel yang meminta pelanggan mengemaskini data peribadi atas alasan penukaran sistem keselamatan baru kononnya digelar PP20 dan bermacam-macam lagi kononnya bagi melindungi pelanggan.....Bagi menyakinkan pengguna, perbuatan jahat ini diteruskan dengan penyertaan tandatangan bank terbabit di bahagian bawah e-mel.........kita berhentii seketika...selepas ini kami akan memberi beberapa panduan yang boleh mengelakkan diri anda menjadi mangsa aktiviti phishing (sebutan fishing) ini.
Kegiatan phishing bukan perkara baru, ia merupakan jenayah siber mengundang masalah di seluruh dunia. Dalam pengkomputeran, phishing disifatkan satu cubaan jenayah serta penipuan untuk mendapatkan maklumat sensitif atau penting melalui perhubungan elektronik seperti nama pengguna, kata laluan, dan butiran kad kredit..... dengan menyamar sebagai sebuah entiti yang boleh dipercayai.
Laman web seperti e-Bay, PayPal serta perbankan online adalah antara mangsa yang sering kali menjadi sasaran. Phishing selalunya dilakukan melalui e-mel atau khidmat pesanan ringkas (SMS) dan selalunya mengarahkan pengguna untuk memasukkan butiran pada laman web tertentu......kami di RT@MUTIARA ingin berkongsi dengan anda beberapa kaedah-kaedah yang boleh diambi bagi melindungi diri anda daripada menjadi mangsa aktiviti phishing ini....

Sentiasa berhati-hati apabila menerima e-mel mendakwa mereka dari pihak bank kerana bank tidak pernah menghantar e-mel kepada pelanggan.
Taip alamat URL bank secara manual dan bukannya dari pautan diberikan melalui e-mel phishing. Lihat alamat http:// di ruang carian URL serta bentuk bumi di bahagian bawah ikon carian memastikan maklumat dihantar adalah selamat.
Semak ketulenan laman web dengan klik sebanyak dua kali ke atas ikon itu, ia akan memaklumkan sama ada laman web dikunjungi selamat atau tidak.Untuk perbankan online, kebanyakan bank membekalkan mekanisme pengesahan seperti kod transaksi SMS atau kata laluan yang berlainan.
Pindah turun perlindungan online ke atas komputer anda dan kerap perbaharui maklumat.Pindah turun perlindungan dengan menghidupkan 'firewall' dan sentiasa perbaharui perisian keselamatan untuk elakkan kecurian kata laluan.
Jangan gunakan komputer awam untuk lakukan transaksi kewangan.Guna enjin carian alternatif seperti Firefox 3 atau Opera 9.5 yang memiliki ciri keselamatan lebih baik yang memberi amaran kepada pengguna mengenai laman web tidak meyakinkan. Jika anda sudah termasuk dalam laman web berbentuk phishing, segera melaporkannya kepada pihak keselamatan supaya ia dapat dibendung.

Diharapkan dengan langkah-langkah yang kami kongsikan dengan anda ini dapat membantu anda dan mengelakkan diri anda dari terjebak menjadi mangsa kegiatan phishing ini. Kegiatan ini sememangnya sudah lama bertapak namun ia masih berterusan dan menipu pengguna memandangkan kesedaran masih belum cukup terutama di kalangan mereka yang kurang memahami dunia ICT secara mendalam.

......minggu lepas kita telah pun memperkatakan mengenai ’ 8 tip guna netbook atau notebook mini semaksimanya mungkin!!!!!’...... untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai segmen IDT ini anda boleh layari blog rancangan RT@MUTIARA ini di [ rtatmutiara.blogspot.com ] .....dan untuk minggu ini segmen IDT akan memperkatakan mengenai......”tanda –tanda komputer dijangkiti virus”
Dalam dunia tanpa sempadan ini, apa saja boleh berlaku. Kecanggihan teknologi juga boleh disalahguna. Virus dicipta untuk menyusahkan orang lain. Walaupun kita mempunyai perisian anti virus, ianya belum dapat menjamin 100% selamat. Tahukah anda apakah tanda-tanda jika komputer kita telah dijangkiti virus.
Tanda tanda komputer anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:
Komputer menjadi hang selepas dibuka, dan ia seringkali berlaku.
Prestasi komputer tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
Keluar mesej "Out of memory error" walaupun komputer mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
Ada program yang tidak pernah dipasang (instal) sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
Kita tidak boleh memasang (instal) sebarang program atau aplikasi baru.
Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
Utiliti cakera seperti scandisk melapurkan banyak error pada cakera selepas melakukan imbasan cakera.
Perisian Antivirus hilang tiba-tiba dan tidak boleh di pasang.
Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya. Itu antara beberapa tanda-tanda komputer anda dijangkiti virus

No comments: