Tuesday, November 18, 2008

Episod 7 - Notebook @ Netbook??

notebook mini @ netbook????....mungkin anda semua dah tahu mengenai notebook....atau pun anda pernah mendengar mengenai notebook.......dan kami di RT@MUTIARA nak terangkan atau mendekatkan anda dengan notebook mini atau netbook ini........Sekali imbas, rupa komputer riba atau lebih mesra dengan dipanggil notebook atau laptop kelihatan sama sahaja. Sebetulnya tidak sama memandangkan setiap model direka bagi memenuhi keperluan penggunanya. Malah, jika dikaji secara dekat, notebook boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Anda notebook yang dicipta bagi menggantikan komputer deskstop, selain untuk permainan ataupun games, multimedia, perniagaan atau dibawa bergerak. Bentuk fizikal untuk setiap kategori notebook juga berbeza juga spesifikasi peranti yang ditawarkan........ Sesetengah pembuat notebook mengklasfikasikan model tertentu sebagai sub notebook atau pc tablet. Sub notebook biasanya bersaiz lebih kecil dan ringan. Skrinnya bersaiz 12.1 inci atau kurang manakala beratnya pula tidak melebihi 2 kg. Note dalam kategori ini biasanya sesuai dibawa bergerak atau mengembara...ada satu lagi kategori baru...namanya...notebook mini (mini notebook)...saiznya kecil dan comel tapi jangan pandang sebelah mata pada kemampuannya....kecil-kecil cili api.....sukar dinafikan bahawa anda pengguna yang sekali pandang sudah jatuh hati....terus mahu membelinya...bertenang...relax...sabar dulu....cuba fikirkan cuba tanya soalan ini pada diri anda...antaranya, adakah notebook mini mampu memenuhi keperluan anda? Setakat mana prestasi yang ditawarkan? Adakah spesifikasinya mencukupi? Dan adakah ia berbaloi???.....
....... seperti dijelaskan tadi anda tidak boleh mengharapkan prestasi notebook mini yang setara dengan notebook biasa atau standard....sekurang buat masa kini...masa-masa depan kita tahu lagi...almaklumlah dunia ict kini berkembang pesat....saiznya yang kecil turut membataskan keupayaannya. Meskipun notebook mini sangat sesuai dibawa bergerak, namun kuasanya tidak dapat bertahan lama. Ada model yang kuasa baterinya hanya bertahan selama 2 jam apabila menggunakan pelbagai aplikasi. Ada sesetengah model yang diuji didapati komponennya cepat panas dan ini mungkin sistem pendinginnya kurang efektif.....sebelum membeli anda perlu mengambil kira beberapa spesifikasi yang ditawarkan. Antaranya, jumlah port USB yang disediakan. Sesetengah model hanya memiliki 2 port USB sahaja itu pun untuk memasang peranti luaran seperti tetikus, storan mudah alih atau pun pemacu optikal. Pemacu CD/DVD-ROM luaran memerlukan kuasa tambahan menerusi adapter. Sebabnya, kuasa bateri yang disalurkan menerusi port USB tidak mencukupi. Aspek lain yang perlu diberikan perhatian termasuklah saiz skrin atau paparannya yang saiznya dalam lingkungan 7 inci hingga 10 inci. Dengan kata lain, saiz skrin untuk setiap model atau jenama tidak semestinya sama. Disebabkan fizikalnya lebih kecil daripada notebook biasa, maka ramai yang meminatinya. Tetapi harus diingat bahawa saiz yang kecil selalunya mempengaruhi saiz papan kekunci yang digunakan...secara amnya, pihak pengeluar notebook mini mahukan produk mereka diterima oleh orang ramai.....
Jika anda ingin menggantikan sepenuhnya peranan notebook standard...kemungkinan keputusan anda kurang tepat....meskipun notebook mini ini boleh menjalankan pelbagai aplikasi, namun fungsinya lebih sesuai dijadikan pelengkap....apa tidaknya, notebook mini mudah dibawa, ringan dan boleh mengakses internet. Jadi tidak hairanlan jika notebook mini dipanggil ”nettop” atau ”netbook”....tak salahkan ini bukan apa kerana kebanyakan model yang ada sekarang ini dilengkapi kemudahan capaian internet tanpa wayar seperti Bluetooth, 3G dan Wi-Fi. Jika anda singgah atau pun bersantai di permis yang dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi...anda boleh melayari internet dengan mudah. Menerusinya anda boleh menghantar e-mel, melayari laman web jaringan sosial, berbual siber (chat) atau dengar lagu serta menonton video ataupun anda boleh membuat tugasan yang belum selesai.....Harga notebook mini atau netbook ini adalah berpatutan. Ada model yang anda boleh perolehi dengan harga RM1000 saja...apa pun ia bergantung kepada model, jenama atau spesifikasi yang disediakan....Boleh dikatakan notebook mini ini sesuai untuk pelbagai golongan, merangkumi pelajar atau pengguna yang mempunyai bajet yang kecil. Model-model yang lebih rendah spesifikasinya dan dilengkapi dengan sistem operasi Linux biasanya lebih murah, daripada model yang berspesifikasi lebih tinggi dan menggunakan sistem operasi Windows.....spesifikasi yang biasa untuk sesebuah notebook mini @ netbook adalah seperti berikut.....pemproses intel Atom N270 pada 1.6GHz, set cip ekspres Mobile Intel 945GSE dengan ICHM7M, skrin antara 7 hingga 10 inci, 802.11b/g/ Wlan, papan kekunci mini, memori 400MHz atau 533MHz, 256MB hingga 2GB RAM, OS Linux atau Windows XP Home, storan flash 2 hingga 8 GB........itu dia tadi antara spesifikasi yang biasa untuk sesebuah notebook mini @ netbook......sampai disini segmen ict minggu ini.....
.....untuk minggu ini segmen IDT akan memperkatakan mengenai......
8 tip guna netbook atau notebook mini semaksimanya mungkin!!!!!
Kecil, ringan dan mudah guna. Tiga elemen utama membuatkan orang jatuh cinta dengan notebook mini atau netbook ini. Komputer internet ini tidak akan menggantikan komputer riba atau komputer desktop yang ada sekarang, tetapi populariti netbook atau notebook mini membuat ia semakin diminati. Bagi mereka yang selalu kecewa sebab ruang memori netbook yang terhad, usah risau lagi...kami di RT@MUTIARA akan memberikan 8 tips yang membolehkan anda memaksimumkan penggunan notebook mini atau netbook anda......berikut adalah 8 tips yang boleh anda guna pakai.....

Tips 1 – Bagaimana nak gandakan storan netbook anda????
Anda boleh gunakan pemacu flash USB atau pun anda boleh gunakan servis storan talian. Banyak pilihan storan dalam talian yang ada pada ketika ini...apa yang perlu anda lakukan ialah...tiapkan katakunci (keyword) pada pelungsur internet (internet browser) anda ’online storage”.....lepas tu anda boleh pilih sendiri servis storan talian yang dikehendaki....mudah jer...kan....Kelebihan storan talian ialah anda boleh mengakses fail dari mana-mana tempat tanpa perlu membawa peranti storan tambahan. Namun begitu, tempat itu mestilah mempunyai sambungan internet ya.....

Tips 2 – Koleksi lagu atau muzik tidak cukup???
Dengan ruang storan yang terhad, agak mustahil untuk anda menyimpan lagu yang banyak pada netbook.....Kalau guna sistem operasi Linux pula tidak boleh main iTunes.....macam mana ya.....mudah saja penyelesaiannya....anda boleh dapatkan servis muzik dalam talian dan terus strim lagu ke netbook anda tanpa memerlukan lagu atau muzik itu disimpan dalam netbook anda.....nak lagi mudah dengarlah MUTIARAfm...menerusi online.....layari www.mutiarafm.gov.my......mudahkan....

Tips 3- Berkomunikasi dengan sesiapa jua.....
Netbook anda juga boleh menjadi telefon dimana anda boleh berhubung dengan sesiapa saja di seluruh dunia. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan Skype....tapi perkhidmatan ini secara berbayar...bagi anda yang menyertai komuniti sosial seperti Facebook, Friendster dan Tagged manfaatkan masa terluang untuk mengemaskini laman sosial anda......

Tips 4- Sembanglah sepuasnya.....
Jika dapat peluang bersembang, kita memang akan bersembang sampai lupa dunia!! Netbook membolehkan kita bersembang (chat) di talian menggunakan servis permesejan segera seperti AIM, Yahoo!, Google Talk dan MSN. Bagi netbook dengan sistem operasi Linux, anda boleh gunakan Meebo......untuk sembang tanpa perlu pemasangan dan sebagainya.....
Tips 5- Sunting foto pun boleh.....
Tidak perlu perisian pun...... anda boleh menyunting foto menggunakan netbook. Gunakan servis di laman web seperti Picnik (www.picnik.com) atau My Theme Online (www.blibs.com)...semua ini laman web yang menyediakan perisian sunting foto yang percuma....yang berbayar pun ada....

Tips 6 – Mahukan windows
Kebanyakan netbook didatangkan dengan system operating Linux sebab lebih mudah dan tidak memerlukan banyak ruang memori. Tetapi jika anda masih nakkan system operating windows, anda boleh pasang perisian Codeweaver Crossover (www.codeweavers.com) atau nak mudah lagi install (pasang) system operating Windows XP. Lagi pun kebanyakan netbook kini sudah menawarkan Windows.

Tips 7 – Tonton tv di netbook
Jika bosan bolehlah tonton tv menggunakan netbook menerusi laman tv internet seperti youtube atau soapbox. Jika tidak tahu mana nak cari, gunakan www.findinternettv.com untuk mengesan siaran tv internet.

Tips 8- Menulis dokumen
Kebanyakkan netbook kini didatangkan dengan pemproses perkataan dan sut produktivi asas seperti OpenOffice (Linux) atau Microsoft Works (XP) untuk anda menulis dokumen. Anda juga mempunyai pilihan untuk menggunakan sut talian seperti Google Apps di www.google.com untuk menulis dokumen dan boleh emel serta berkongsi kalender dan banyak lagi......Diharapkan dengan tip-tips yang kami kongsikan dengan anda ini dapatlah anda memaksimumkan penggunaan netbook @ notebook mini anda.....….berakhirlah sudah segmen yang ke-2 iaitu…….segmen IDT…..info dan tips......

No comments: