Wednesday, November 12, 2008

Episod 6 - Panduan Menyimpan Data

Anda kembali bersiaran dalam rancangan RT@MUTIARA dimana anda masih lagi dalam segmen ICT minggu ini......topik yang menjadi pilihan ialah....Panduan Menyimpan Data.......
Tiada siapa yang benar-benar bebas daripada terkena bencana kehilangan data dan tiada siapa yang gemar dengan gangguan seperti ini. Risikonya masih boleh dielakkan atau dikurangkan jika anda membuat simpanan (backup) data dari semasa ke semasa. Jika anda melaksanakannya dengan efektif, anda boleh mengurangkan kerugian yang mungkin dialami jika bencana yang tidak dikehendaki berlaku. Lazimnya penyimpanan data memerlukan perkakasan dan perisian yang sesuai selain panduan-panduan praktikal yang dijelaskan nanti.....
Sebelum menyimpan anggarkan kapasiti storan yang diperlukan. Maklumat ini perlu jika anda hendak membeli pemacu/storan luaran. Untuk menanggarkan keperluan storan, klik kanan pada setiap folder yang hendak disimpan dan pilih Properties untuk mengetahui saiznya. Kemudian bandingkan dengan anggaran kapisiti maksimum storan simpanan. Contohnya, anda perlu membuat anggaran jumlah data dalam folder tertentu yang hendak disimpan pada storan pilihan seperti CD-R, CD-RW atau DVD-R/RW.
Anda mungkin hendak memilih pemacu yang menyediakan lebihan ruang untuk menampung data yang mungkin bertambah dari semasa ke semasa. Ini selalunya tertakluk kepada kegiatan perkomputeran anda. Sesetengah aktiviti boleh memenuhkan ruang storan yang ada dengan cepat. Jika, demikian anda wajar memilih pemacu baru yang mempunyai muatan berganda berbanding muatan semasa yang diperlukan. Contohnya, jika anda perlu menyimpan data sebanyak sebanyak 100GB, anda wajar membeli pemacu 200GB.
Jika perlukan kapasiti yang lebih kecil, seperti kurang 5GB....belilah beberapa pemacu USB...ia lebih sesuai jika dibandingkan dengan pemacu keras luaran....biasanya peranti kecil ini menyediakan ruang dari 1GB sehingga 32GB...ia cukup untuk keperluan anda....
Anda juga boleh membeli storan luar yang lebih luas....apa-apa pun ianya bergantung kepada keperluan dan kemampuan anda....anda boleh simpankan satu di rumah dan satu lagi ditempat yang lain...
Memiliki pemacu keras luaran yang boleh dihubungkan kepada komputer akan memudahkan tugas anda jika pemacu keras dalaman rosak atau lumpuh....seelok-eloknya storan luaran ini tidak berada di lokasi yang sama. Ini penting kebakaran atau bencana serius boleh memusnahkan kediaman dan komputer anda. Jadi, anda disarankan menyimpan data pada 2 buah tempat yang berbeza. Pastikan sebuah pemacu sentiasa menyimpan data terkini dan sebuah lagi disimpan di lokasi lain.........
Anda sebenarnya tidak perlu menyimpan atau menyalin semua data. Ini penting jika anda mempunyai ruang storan yang terhad. Jadi, anda mampu menjimatkan ruang storan dengan menyimpan data yang penting sahaja dan bukannya program atau perisian. Selalunya pengguna hanya akan mendapatkan sedikit kelebihan apabila menyimpan sistem operasi (OS) atau perisian. Program seperti ini selalunya mampu dipasang (instal) semula dengan mudah menggunakan CD asalnya. Jadi gunakan ruang storan hanya untuk data penting.
Anda mungkin boleh mengkonfigurasi perisian simpanan agar menyimpan fail dari semasa ke semasa secara automatik. Kini anda perkakasan dan perisian yang mampu memudahkan simpanan data secara automatik setiap hari. Meskipun banyak pemacu keras jenis luaran yang disertakan perisian simpanan, namun kualiti sesetengah perisian ini boleh dipertikaikan.
Anda boleh mencuba dahulu perisian yang melengkapi pemacu. Jika fungsinya tidak memuaskan anda guna pula perisian seperti SyncBack atau Autobackup. Sesetengah pemacu luaran juga dilengkapi dengan pemacu bebutang, dengan sekali tekan akan menyimpan direktori yang anda pilih. Ia adalah ciri yang nampak selesa, tetapi masih memerlukan anda menekan butang itu setiap hari. Sebaliknya tugas anda menjadi mudah jika perisian itu boleh menyimpan apabila komputer tidak digunakan....seperti pada waktu malam.
Perisian simpanan yang hendak digunakan perlu tahu fail yang boleh disimpan. Contohnya, jika anda ingin menyalin fail secara manual, tentunya anda perlu tahu jenis dan lokasi fail yang perlu disimpan. Contohnya jika hendak menyimpan Fail Bookmark / Favorites, sudah tentu anda perlu tahu format dan lokasinya dalam pelayar web yang anda gunakan. Jadi perisian simpanan yang bagus sepetutnya tahu lokasi untuk mencari data tersebut. Perisian seperti Memeo AutoBackup memiliki ciri-ciri sedemikian.
Sesetengah perisian boleh enkripsi fail........Jika storan itu dicuri atau hilang, tiada siapa yang boleh mengekses failnya. Sesetengah perisian pula boleh menyimpan data secara automatik. Perisian seperti Autobackup boleh menyimpan data secara automatik ke dalam pemacu keras atau Memori Flash USB yang dipasangkan pada komputer. Selepas dipasang, AutoBackup meminta anda memilih destinasi simpanan seperti pemacu luaran atau pemacu Flash USB. Kemudian pilih fail dan folder yang hendak disimpan.
Perisian seperti Memeo boleh menjejaki fail dan folder dan setiap kali membuat perubahan padanya. Ia akan menyimpannya dan anda tidak perlu bimbang mengenai penjadualan simpanan. Biarpun pemacu luaran tidak dihubungkan kepada komputer, Memeo Change Tracker akan mengarkib semua perubahanan anda dan secara automatik menyimpannya apabila anda menghubungkan semua pemacu anda. Jadi semasa anda membuat ketetapan pada perisian tersebut pastikan anda menadakan folder atau fail yang paling penting.
Sesetengah program menyimpan data dalam folder tertentu dalam cakera keras contohnya dalam folder Document dan Settings. Jadi tentukan lokasi fail yang hendak disimpan. Contohnya Window Media Player (WMP) menyimpan fail skin dan senarai audionya dalam folder Program Files. Aplikasi lain mungkin memilih direktori yang sama. Perisian seperti AutoBackup mampu menyediakan versi setiap fail yang disimpan. Jika storan luaran mencukupi sediakan beberapa salinan.....Ini bukan apa sebagai pelindungan tambahan.
Menerusi fungsi enkripsi yang disedikan perisian simpanan, anda boleh melindungi data penting agar pihak lain gagal mengakses data yang terdapat dalam pemacu simpanan anda. Untuk ekripsi data itu anda perlu ada salinan perisian sama dan nombor pendaftarannya. Jadi, anda enkripsi data simpanan, pastikan anda menyimpan salinan perisian berkenaan dan nombor pendaftarannya di lokasi yang selamat. Ini penting kerana tiada gunanya jika data enkripsi akhirnya tidak boleh digunakan......
Berhati-hati ketika menggunakan fungsi enkripsi ketika menyimpan data. Ini penting kerana data yang tidak dienkripsi mudah diakses. Contohnya anda mampu mengembalikan (restore) data dengan mudah jika ia tidak dienkripsi....... Cuma...biasalah.... kelemahannya sesiapa saja boleh mengakses fail /data dalam pemacu luaran anda. Malahan orang lain boleh membuka fail yang disimpan dalam storan meskipun mereka tidak memiliki perisiannya. Jadi elok dapatkan perisian yang menyediakan ciri-ciri keselamatan dan privasi....
Cuba dapatkan perisian yang mudah digunakan atau mesra pengguna. Satu lagi perkara yang disarankan ialah menguji data yang disimpan dari semasa ke semasa. Selepas membuat simpanan, anda tidak seharusnya percaya bahawa simpanan itu tidak bermasalah nanti..... Malah ada kemungkinan satu ketika nanti anda akan mendapati salinan data tersebut tidak berfungsi lagi. Sehubungan itu, anda disyorkan agar memeriksa atau menguji data pada pemacu atau media simpinan dari semasa ke semasa.
Mahirkan diri dengan cara mengembalikan (restore) data. Caranya mungkin berbeza di antara perisian. Seterusnya pastikan anda menyimpan versi data terbaru. Jika simpanan dienkripsi...........dekripsi semula fail itu untuk memastikannya masih baik, tidak terjejas atau bermasalah.................Jika cakera keras rosak atau notebook anda dicuri, ia hanya melibatkan beberapa perkakas. Sedangkan data bernilai milik anda tersimpan dengan selamat dalam storan di lokasi lain......itu dia tadi beberapa panduan dan cadangan yang boleh kami berkongsi dengan anda....mengenai panduan menyimpan data.............
........Penanda Laman Di Internet...............Untuk menandakan mukasurat yang terakhir didalam pembacaan, kita menggunakan alat penanda buku. Konsep penanda buku untuk mengingatkan mukasurat yang penting didalam proses pembacaan telah diterjemahkan kedalam proses penandaan laman web yang dikenali sebagai Bookmarking. Ianya juga dikenali sebagai Favourites pada Internet Explorer.......Untuk menandakan laman web yang telah kita lawati untuk rujukan masa hadapan kita hanya perlu menekan butang Add, dan skrin Add Favourite akan tertera. Kita hanya perlu menekan butang Ok, atau memilih folder yang bersesuaian untuk kita simpan alamat laman web........Proses penandaan ini akan menyimpan alamat laman web tersebut didalam browser yang kita gunakan. Oleh kerana penyimpanan ini dilakukan pada komputer tersebut, kita tidak dapat mengaksesnya apabila kita berada dikomputer lain. Bukankah senangnya jika kita dapat mengakses maklumat penandaan ini dimana sahaja kita berada?............ Setiap masalah pasti akan ada penyelesaiannya. Terdapat kemudahan yang boleh digunakan secara percuma di Internet yang boleh membantu kita menguruskan maklumat penandaan ini secara online. Dengan cara ini maklumat penandaan tidak disimpan didalam komputer tersebut tetapi terus di Internet.Kemudahan ini boleh kita nikmati dengan melawat laman web www.savethis.com.......... Proses yang pertama yang kita perlu lakukan ialah dengan mendaftar sebagai pengguna. Untuk mendaftar kita hanya perlu memberikan alamat email dan kata laluan sahaja, secara automatik akaun penandaan akan terus boleh digunakan.............Langkah seterusnya ialah memindahkan butang SaveThis daripada laman web tersebut ke ruang Link Bar di browser kita dengan cara drag and drop............mudah saja.........Setelah butang tersebut dipindahkan kepada Link Bar di browser kita, ianya akan sentiasa berada disitu tidak kira laman web apa yang kita lawati. Setiap kali apabila kita ingin menandakan laman web yang sedang kita lawati, kita hanya perlu menekan link SaveThis sahaja. Apa yang akan berlaku ialah; setiap kali kita menekan link SaveThis, alamat laman web yang sedang dipaparkan akan disimpan, tetapi bukan di dalam favourite di komputer kita, tetapi ianya disimpan dilaman web SaveThis..............Disebabkan maklumat penandaan ini disimpan dilaman web maka maklumat yang disimpan ini dapat digunakan dimana-mana komputer yang mempunyai kemudahan Internet. Dengan cara ini kita tidak perlu risau jika kita menggunakan komputer yang berlainan setiap kali kita melungsuri laman web kerana semua maklumat penandaan berada bersama-sama kita sepanjang masa.........Walaupun maklumat penandaan kita berada dilaman web mereka, kita tidak perlu bimbang kerana pengunjung ke laman web mereka tidak boleh melihat maklumat penandaan kita kerana ianya dilindungi dengan ID pengguna dan juga kata laluan.......................Walaupun maklumat yang disimpan berbentuk persendirian kita boleh juga berkongsi maklumat penandaan kepada rakan-rakan kita, dengan ini mereka dapat mengetahui laman-laman web yang kita gunakan untuk sesuatu kajian. Kemudahan ini boleh juga kita gunakan jika kita ingin membantu anak kita membuat kajian menggunakan Internet. Kita bolehlah menggunakan akaun yang didaftarkan diatas nama anak kita dan mula melungsuri Internet. Setiap kali kita terjumpa maklumat yang penting yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan kita tekan sahaja diatas butang SaveThis...............Apabila anak kita kembali dari sekolah dia bolehlah membuka akaun SaveThis mereka dan melihat laman-laman web yang berkenaan telah pun siap sedia untuk ditatapi............. Ini akan memudahkan anak kita membuat ulangkaji tanpa mereka membuang masa mencari maklumat diInternet, kerana mungkin lain yang mereka cari lain pula yang mereka jumpa.............Selain daripada memberi kemudahan menyimpan maklumat penandaan, laman web ini juga memberi kemudahan penghantaran melalui kemudahan EmailThis. Dengan kemudahan EmailThis alamat laman web yang sedang kita layarai itu boleh dihantar kepada sesiapa yang kita fikir boleh memanfaatkan maklumat yang terdapat di dalam laman web tersebut, walaupun laman web itu tidak mempunyai kemudahan untuk menghantar laman web kepada email…