Sunday, January 25, 2009

eBay di Malaysia

eBay....peneraju pasaran talian dunia, baru-baru ini mengumumkan hasil kajian AC Nielsen terhadap pemahaman demografi dan corak jual beli pengguna eBay di Asia Tenggara termasuk Singapura, Malaysia dan Filipina. Kajian tersebut mendapati 41 peratus daripada penjual eBay di Malaysia mengkategorikan diri mereka sebagai penjual serius. Ini bermakna mereka aktif memberi sumber produk untuk dijual atau menggunakan ebay sebagai sumber utama pendapatan. Ia memberi indikasi semakin ramai pengguna Malaysia telah menggunakan eBay sebagai platform keusahawan dan untuk berjualan kepada dunia. Malaysia juga dilihat mempunyai konsumer aktif iaitu menghabiskan satu pertiga daripada masa melayari eBay untuk membeli barang dan servis serta 41 peratus melawat eBay antara satu hingga tiga kali seminggu. Barangan yang menjadi tumpuan di eBay ialah pakaian, kasut dan eksesori yang mewakili 38 peratus. Ia diikuti oleh buku sebanyak 36 peratus dan komputer serta servis perangkaian sebanyak 36 peratus. Pengunjung eBay juga kebanyakkannya terdiri daripada golongan atasan dan berpendidikan tinggi. 64 peratus dikatakan menpunyai pendidikan tinggi manakala 75 peratus mempunyai pendapatan paling rendah RM 20 ribu setahun. Selain itu, secara puratanya rakyat negara ini menghabiskan kira-kira RM 411 setiap bulan di eBay daripada RM 542 keseluruhan perbelanjaan yang dibuat di talian. Mod pembayaran pula secara lazim menggunakan kad kredit iaitu sebanyak 59 peratus menggunakannya sejak 12 bulan yang lalu. Ia diikuti dengan PayPal sebanyak 42 peratus. Ia menunjukkan pengguna mendapat manfaat daripada ciri dan fungsi diperbaharui pada laman web berkenaan. Lebih 60 ribu pendataran baru diterima sejak november lalu dan pengunjung unik pula meningkat sehingga 112 peratus....kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai eBay Malaysia ini anda boleh cuba layari www.ebay.com.my

segmen IDT

Minggu lepas kita telah pun memperkatakan mengenai ..”jam dan kalander digital komputer”..... untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai segmen IDT ini anda boleh layari laman web MUTIARAfm di www.mutiarafm.gov.my dan klik pada icon blog DJ MUTIARAfm dan pilih rancangan Infiniti@MUTIARA.....dan untuk minggu ini segmen IDT akan memperkatakan mengenai.......”mencipta koleksi pintasan mudah alih”......
Menyimpan koleksi tapak web kegemaran di dalam poket bukan sesuatu yang pelik. Sebaliknya,anda boleh berbuat demikian jika mempunyai aplikasi dan storan yang sesuai. Contohnya anda boleh menggunakan aplikasi pencipta dan penyimpan koleksi pintasan yang boleh ditempatkan dalam storan USB flash. Teknik menggunakan aplikasi ini akan diterangkan dalam segmen IDT ini.....jika anda berminat anda boleh mencubanya......
Langkah Pertama
Anda perlu melayari laman web ini www.richskills.com untuk memuat turun perisian ini. Setelah dimuat turun anda tempatkan ia di storan USB atau thumbdrive anda.
Langkah Ke-2
Setelah perisian ini dipasang....anda boleh lihat sebuah fail berlabel usbstart.exe dalam direktori fail tersebut. Klik pada fail tersebut untuk mengaktifkan perisian ini dan ikonnya akan terpapar di bahagian System Tray. Anda boleh menayang tetingkap utama perisian ini dan klik 2 kali pada ikon tadi.
Langkah Ke-3
Rupa pemuka utamanya boleh dikatakan agak ringkas. Tetapi menarik dan mudah difahami fungsinya. Kini anda boleh mencuba fungsi-fungsi yang disediakannya.
Akhir sekali anda boleh mengakses koleksi pintasan yang telah anda masukkan. Anda perlu klik pada System Tray untuk menayang senarai pilihan yang disediakan. Baiklah anda boleh sekali lagi melayari www.richkills.com untuk memuat turun perisian Remora USB Quick Launch 1.9.0.0...selamat mencuba....

No comments: