Saturday, July 11, 2009

Amalan & Sikap Pekerja Punca Kehilangan Data

Informasi korporat memainkan peranan penting dalam sesebuah perniagaan namun sering mengalami risiko kehilangan disebabkan oleh sikap dan kecuaian pekerja. Menurut kajian yang dijalankan oleh InsightExpress dan diselia oleh Cisco iaitu kajian sekuriti global yang menekankan beberapa risiko dilakukan oleh pekerja yang boleh menyebabkan kehilangan data korporat, mendapati kesalahan tersebut berbeza mengikut tempat dan budaya.

Kajian dijalankan terhadap lebih 2 ribu pekerja dan profesional dalam bidang IT di 10 negara termasuk Australia, China, India, Jepun, Perancis, Jermen, Itali, Brazil, Amerika dan United Kingdom. Kajian turut mengkaji implikasi kehilangan data terhadap bisnes apabila gaya hidup dan persekitaran kerja berubah secara memdadak. Ia sedikit sebanyak berkait rapat dengan penggunaan aplikasi dan peranti oleh pekerja termasuk telefon bimbit, komputer riba, aplikasi Web 2.0 (web two point oo), video dan media sosial lain.

Beberapa penemuan penting yang didapati untuk rantau Asia Pasifik menunjukkan terdapat jurang besar terhadap penggunaan aplikasi dan amalan pekerja yang boleh membawa kepada risiko kehilangan data. Sebagai contoh 72% pekerja di China menggunakan Mesej Segera (IM) untuk kegunaan peribadi di tempat kerja berbanding hanya 4% pekerja Jepun menggunakannya.

Sementara itu, pekerja di China dan India juga mempunyai kecenderung menggunakan aplikasi tidak dibenarkan dan mengubah setting sekuriti tempat kerja berbanding negara lain di rantau ini.

6 penyebab yang dikenalpasti sebagai punca kehilangan data korporat.....baiklah kita mulakan dengan punca yang pertama.....

  1. Mengubah setting sekuriti komputer – kajian mendapati satu daripada 5 pekerja mengubah seting sekuriti pada peranti di pejabat untuk melepasi polisi IT agar mereka boleh mengakses laman web yang tidak dibenarkan. Ia banyak berlaku di negara China dan India. Manakala pekerja Australia dan Jepun kurang melakukannya.
  2. Menggunakan aplikasi tidak dibenarkan – 7 daripada 10 profesional IT menyatakan pekerja mengakses aplikasi dan laman web tidak dibenarkan seperti perisian muat turun muzik, media sosial dan membeli barang di talian telah menyebabkan hampir sebahagian insiden kehilangan data syarikat. Ia banyak berlaku di Amerika Syarikat sebanyak 74% manakala di India pula sebanyak 79%.
  3. Akses fasiliti dan rangkaian tidak dibenarkan – tahun lalu sahaja didapati 2 daripada 5 profesional IT berhadapan dengan pekerja yang mengakses bahagian rangkaian dan fasiliti tidak dibenarkan. Ia banyak berlaku di China di mana 2 daripada 3 responden menghadapi isu ini dan kurang berlaku di Jepun dan Jerman. Sebanyak 14% responden mengalami isu ini setiap bulan.
  4. Berkongsi informasi sensitif – satu daripada 4 pekerja menyatakan mereka secara lisan berkongsi informasi sensitif syarikat kepada bukan pekerja seperti rakan, keluarga dan orang lain.
  5. Berkongsi peranti korporat – kajian mendapati data juga tidak selalunya berada di tangan individu sepatutnya. Sebahagian daripada pekerja berkongsi peranti tempat kerja dengan orang lain tanpa pengawasan.
  6. Keliru antara kerja dan peribadi – 2 daripada 3 pekerja mengakui menggunakan komputer di tempat kerja untuk kegunaan peribadi seperti muat turun lagu, membeli belah secara talian, perbankan, blogging dan menyertai kumpulan sembang. Sebahagian pula menggunakan e-mel peribadi untuk berhubung dengan pelanggan dan rakan sekerja tetapi Cuma 40% menyatakan ia dibenarkan oleh pihak IT.
Itu dia tadi 6 punca yang boleh menyebabkan kehilangan data....sebenarnya ada beberapa lagi punca dan faktor yang menjurus kepada perkara ini antaranya ialah peranti tidak dilindungi, cara menyimpan log masuk dan kata laluan, kehilangan peranti storan mudah alih dan yang terakhir ialah membenarkan orang luar masuk tanpa dipantau.....itu antara amalan & sikap pekerja yang boleh menyebabkan kehilangan data syarikat atau korporat.

SEGMEN 2

WDI minggu ini......

  1. VENDOR keselamatan terkemuka, Symantec mengeluarkan amaran ancaman virus menerusi e-mel berkaitan kematian Raja Pop, Michael Jackson yang kian menular dalam dunia siber. Fail berformat .zip(sebutan dot zip) itu memuatkan kandungan lain iaitu 'MichaelJacksonsongsandpictures.doc.exe' yang menyimpan salinan virus cecacing serta akan merebak serta-merta sebaik ia diklik. Symantec menyifatkan cecacing berkenaan sebagai W32.Ackantta.F@mm (sebutan W32 dot Ackanta) yang bukan saja menular melalui e-mel, malah mampu disebarkan apabila pengguna memasukkan pemacu USB menggunakan autorun.inf (sebutan auto run). Ancaman virus atau cecacing terbabit akan merebak ke komputer pengguna jika mereka membuka fail yang mengandungi subjek 'Remembering Michael Jackson' atau lampiran 'Michael songs and pictures.zip.'
  2. SAINTIS tempatan, Dr Gabriel Walter melakar sejarah dalan dunia saintifik apabila mencipta Transistor Pemancar Cahaya (LET) yang mampu beroperasi pada gelombang 4.3GHz dan 7GHz jika menggunakan Diod Pemancar Cahaya (LED). Sebelum ini, industri sains mempercayai perkakasan cahaya spontan yang efisien tidak boleh beroperasi pada gelombang melebihi 1GHz namun selepas lima tahun kajian dijalankan, Walter memecahkan teori terbabit. LED QEOS berkelajuan gigabit adalah perkakasan unik kerana kosnya yang rendah untuk dihasilkan serta mudah digunakan seperti didapati pada mentol lampu.
  3. BERHATI-HATI atau terima padahnya!.............Itulah amaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kepada mana-mana syarikat yang masih menggunakan perisian cetak rompak atau tidak berlesen dalam melaksanakan operasi syarikat. Kementerian akan menggempur syarikat di negara ini bagi memastikan mereka tidak menggunakan perisian cetak rompak atau tidak berlesen.

SEGMEN 3


Soalan yang pertama........ saya mempunyai sebuah komputer menggunakan Windows XP two dan serta menggunakan perkhidmatan streamyx. Saya ingin tahu apakah peralatan yang perlu saya gunakan sekiranya saya ingin menggunakan wireless???

jawapannya...... anda perlukan wireless router untuk menyambungkan modem streamyx yang disambungkan kepada komputer anda supaya komputer lain boleh mencapai wireless itu. Jika ada komputer riba yang tiada keupayaan WiFi maka anda hendaklah dapatkan wireless notebook adapter untuk capaian wireless. Sama juga dengan komputer desktop, anda boleh dapakan NIC Wireless (Network Interface Card Wireless).......
soalan ke-2 pula..Laptop saya akan hang apabila saya cuba membuka fail video tidak kira apa jua perisian yang saya gunakan....(WMP - windows media player, realplayer, winamp atau cyberlink power dvd).....apakah ia disebabkan oleh jangkitan virus atau sistem saya yang rosak???....
jawapannya…...Biasanya ini menadakan ada kerosakan pada windows anda dan ia menggangu komposisi video dalam windows.....cuba anda instal atau pasang semula windows....ataupun cuba anda kemaskini windows anda kepada versi yang terkini......anda boleh layari laman web microsoft untuk mendapatkan maklumat lanjut...


No comments: