Ok....untuk segmen ICT minggu ini.....topik yang menjadi pilihan ialah....”login sebagai langkah keselamatan”.....saya pasti anda semua tahu mengenai perkataan login ini..... Login diwujudkan sebagai langkah keselamatan untuk rangkaian komputer, sekaligus memastikan pihak pentadbirnya hanya membenarkan individu yang sah untuk mengakses sumber-sumber yang disediakannya. Bagi menjamin keselamatan dan privasi, anda disaran menggunakan kata laluan unik untuk setiap fungsi atau khidmat yang dilindunginya. Kata laluan unik tidak sepatutnya berupa perkataan-perkataan dalam kamus atau perkataan yang mudah contohnya nama anda......... Ia juga tidak sepatutnya ditulis di tempat yang mudah dilihat atau capai oleh orang lain. Berdasarkan gambaran tadi, anda sepatutnya boleh mencipta kata laluan yang lebih selamat. Jika anda sedia bertanggungjawab mengenai kata laluan yang digunakan, tetapi agak keberatan untuk mengikuti panduan yang paling sempurna, maka kami akan berkongsi dengan anda beberapa panduan mencipta kata laluan yang lebih selamat....Secara amnya, ada empat kategori kata laluan. Sebelum anda memilih kata laluan, cuba pertimbangkan apa yang anda perlukan. Berikut adalah panduan untuk memilih kata laluan yang selamat.
o Login biasa – pilih satu kata laluan yang benar-benar mudah dan gunakan hanya untuk laman-laman web yang tidak begitu penting. Meskipun kata laluan anda mungkin senang diketahui atau akaun anda boleh diceroboh, namun risikonya rendah. Jika anda mahu menjaga privasi, gunakan kata laluan yang lebih baik. Jika tidak, gunakan perkataan sama berulang kali dan anda tidak perlu risau mengenainya.
o Login persendirian – kata laluan rawak atau separa rawak sesuai digunakan sebagai login persendirian. Contohnya untuk akuan atau khidmat yang mungkin tidak membahayakan diri anda jika ia diceroboh. Anda boleh mencipta kata laluan yang mengandungi huruf dan angka rawak tetapi mudah diingat dan kukuh. Kata laluan seperti ini sesuai digunakan untuk akaun e-mel atau khidmat FTP(file transfer protokol) untuk laman web anda.
o Login komuniti – anda mungkin memerlukan kata laluan yang boleh dikongsi dengan orang lain dalam organisasi. Kata laluan ini mungkin perlu ditukar apabila staf atau penggunanya bertukar. Jika begitu, gunakan kata laluan rawak yang tidak sama dengan kata laluan sebelumnya dan kata laluan milik anda. Kata laluan seperti ini biasanya melibatkan pelayan atau tapak web perkongsian dengan pengguna lain.
o Login sensitif – kadangkala anda perlu mencipta kata laluan khusus untuk mengakses sumber-sumber atau fail-fail yang sangat sensitif. Sebaik-baiknya kata laluan sama tidak gunakan semula. Lebih penting lagi, kata laluan ini sepatutnya cukup rawak atau selalu ditukar dari semasa ke semasa. Contoh sumber yang sangat sensitif termasuklah pangkalan data pemilik kad kredit, dan akses secara jarak jauh ke dalam komputer anda.
Panduan tadi cuba memberitahu bahawa, maklumat akses atau login boleh dibezakan mengikut tahap sensitiviti komputer, rangkaian khidmat atau sumber yang terlibat. Misalnya login untuk melanggan kandungan akhbar dalam talian dianggap tidak penting atau biasa berbanding login untuk mengakses akaun e-mel. Bahkan ruangan menaip login tidak penting ini kadangkalanya tidak dilindungi simbol ”asterisks” atau ”bullets”. Teknik enkripsi juga mungkin tidak digunakan bagi melindungi proses menghantar login tidak penting ini. Mulai sekarang anda perlu ambil tahu mengenai tahap keselamatan atau kekukuhan login yang digunakan, lebih-lebih lagi yang melibatkan perkara sensitif. Sesetengah orang merasa agak sukar untuk menghasilkan kata laluan yang kukuh dan selamat. Tambah pula jika kata lauan berbeza digunakan untuk pelbagai akaun atau khidmat penting berasaskan web. Jika begitu, anda mungkin perlu menggunakan perisian penjana kata laluan yang sesuai, sama ada komersial ataupun percuma. Ini untuk menjamin keselamatan dan privasi anda.
......minggu lepas kita telah pun memperkatakan mengenai ..”tanda –tanda komputer dijangkiti virus”..... untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai segmen IDT ini anda boleh layari blog rancangan RT@MUTIARA ini di [ rtatmutiara.blogspot.com ] .....dan untuk minggu ini segmen IDT akan memperkatakan mengenai...membentuk dokumen PDF.....apa itu PDF....ia singkatan untuk portable document format.......
KEBANYAKAN dokumen yang digunakan untuk urusan perhubungan ketika ini dihasilkan secara elektronik. Dokumen itu juga tidak lagi dicetak atau dihantar melalui pos tetapi dihantar secara elektronik melalui e-mel. Dokumen yang dihasilkan oleh sesuatu perisian memerlukan perisian yang sama apabila dokumen itu hendak dibuka semula. Jika perisian yang berlainan digunakan, ia mungkin tidak boleh dibaca, atau jika boleh sekalipun, ia mungkin berubah. Satu penyelesaian diperlukan supaya semua dokumen yang dihasilkan secara elektronik oleh sebarang perisian boleh dibuka tanpa menggunakan perisian asal. Di antara format yang popular yang membolehkan dokumen dibuka secara elektronik tanpa penggunaan perisian asal adalah format PDF ataupun Portable Document Format. Perisian penghasilan PDF ini satu ketika dulu perlu dibeli, namun kini terdapat banyak perisian penghasilan PDF yang boleh diperoleh secara percuma. Di antara perisian untuk menghasilkan fail PDF yang boleh digunakan secara percuma adalah PrimoPDF yang boleh dipindah turun dari www.primopdf.com. Apabila perisian PrimoPDF dipasang di komputer, cara pengunaannya tidak seperti perisian yang lain. Kemudahan perisian PrimoPDF ini hanya boleh dicapai menggunakan arahan Print. Itu bermakna apabila hendak mengubah sesuatu dokumen kepada format PDF, kita perlu melakukan arahan Print terlebih dulu.
Langkah yang perlu diikuti untuk membuat dokumen yang berformat PDF adalah seperti berikut:
1. Buka dokumen yang hendak diubah seperti biasa.
2. Pilih arahan Print dan pilih Printer yang bernama PrimoPDF. Tekan Ok.
3. Paparan ini akan dipaparkan, pilih pilihan yang sesuai untuk dihasilkan.
4. Tekan di atas butang “Security” jika dokumen yang dihasilkan memerlukan kemudahan kata laluan.
5. Dokumen yang sudah diubah formatnya kepada format PDF akan dipaparkan untuk semakan. Anda memerlukan perisian Adobe Acrobat Reader untuk membuka fail PDF yang dihasilkan itu. Perisian ini boleh diperoleh secara percuma di www.acrobat.com. Itu dia tadi aliran format dan perisian yang diperlukan untuk menukarkan format . DOC(sebutan dot d.o.c) kepada format .PDF(sebutan dot p.d.f). Format PDF ini juga boleh digunakan untuk mengekalkan jenis huruf yang terdapat di dalam sesuatu dokumen, menerima kemasukan data di dalam bentuk borang serta penambahan elemen interaktif terhadap sesuatu dokumen. Dokumen PDF yang dihasilkan boleh dihantar melalui e-mel kepada penerima seperti kita menghantar dokumen elektronik yang lain.
Thursday, November 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment