Monday, November 3, 2008

Episod 5 - Penjagaan Komputer Secara Berperingkat

Telah sebulan kita bersama dalam rancangan ini....banyak topik telah pun diketengahkan.......semuanya berkaitan aspek-aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian oleh berkaitan penggunan komputer dan juga internet....pelbagai ancaman telah pun diterangkan kepada anda....untuk minggu ini dalam segmen ICT Minggu Ini....topik yang berkaitan........Penjagaan Komputer Secara Berperingkat......minggu lepas kita bercakap mengenai membersihkan komputer...sesudah bersih kita kenalah buat penyelengaraan secara berperingkat pula......
Tugas menyelenggara komputer boleh dilakukan pada setiap bulan. Selalunya semua akan berjalan lancar setiap kali selepas penyelenggaraan kerana rutin ini mampu mencegah banyak masalah. Malah ia boleh mengelak masalah menjadi lebih serius kerana telah dikesan lebih awal dan masih boleh diatasi. Rutin ini tidak boleh diabaikan, lebih-lebih lagi jika tugas anda banyak bergantung kepada komputer........ Jika begitu anda mungkin perlu proses selenggara yang lebih menyeluruh berbanding sesetengah pengguna yang perlukan rutin asas sahaja.
Sesetengah rutin baik untuk kebanyakkan pengguna tetapi tidak semua langkah selenggara dapat dijelaskan disini. Apa yang cuba dijelaskan di sini melibatkan rutin harian, mingguan, bulanan, setiap enam bulan dan setiap tahun. Anda mungkin tidak perlukan semua langkah yang disyorkan. Ini tidak menjadi masalah. Setidak-tidaknya anda tahu teknik dan peralatan yang boleh digunakan untuk mencipta langkah penyelenggaran anda sendiri. Jika anda prihatin dengan komputer............ anda boleh melaksanakan semua langkah mengikut keperluan.

Berikut adalah rutin menyelenggara komputer yang boleh dibuat secara harian, mingguan , bulanan dan tahunan......kita mulakan dengan penyelengaraan harian.....
Bersihkan dan mampatkan peti mel aplikasi emel, singkir e-mel sampah dan pastikan fail e-mel yang tinggal dimampatkan. Sesetengah klien e-mel seperti Audora membolehkan anda mengautomasikan proses pembersihan dan pemampatan. Aplikasi lain seperti Outlook Express perlu dilakukan secara manual. Apa pun ini perlu dilakukan setiap hari lebih-lebih lagi jika anda menerima banyak e-mel....seterusnya....
Membersihkan fail sementara - Windows menyediakan ruang untuk menempatkan fail sementara dalam ruang pemacu keras... Jika pemacu keras yang besar, saiz fail ini boleh mencecah beberapa gigabait (GB) jika tidak dibersihkan sepenuhnya. Selain tidak wajar disimpan, ruang yang digunakan itu perlu dituntut semula menerusi utiliti Disk Cleanup dalam Windows. Ia menyediakan ketetapan yang boleh dipilih mengikut kehendak anda, seperti mengekalkan fail yang diinginkan sahaja. Anda mengautomasikan prosesnya bagi membersihkan komputer. Selain utiliti ini, anda boleh mencuba perisian percuma lain atau yang lebih baik.
Menyimpan semua fail - Sebenarnya ada banyak perisian mampu melakukan tugas ini secara automatik. Anda boleh memilih kaedah automatik untuk mencipta simpanan pada masa tertentu contohnya setiap malam kemudian dimampatkan, dienkripsi dan dilindungi kata laluan. Anda juga boleh menyimpan imej partition yang selalu digunakan. Cobian Backup 7 merupakan satu contoh perisian simpanan percuma........
Tetapkan antivirus, antispyware dan firewall untuk memeriksa kemaskini sekurang-kurangnya sekali sehari. Fungsi ini selalunya ditemui dalam Menu Options, Settings, Update atau schedule. Selain itu biarkan Windows Update memuat turun sahaja kemaskini perisian yang terbaru......tetapi tidak memasangnya (instal) sehingga anda membenarkannya.......
Mendefrag pemancu/partition C: atau yang selalu diakses - Jika komputer anda selalu digunakan..........defrag harian boleh menyusun fail berselerak dalam cekera keras sekali gus mempercepatkan akses kandungan fail...... Malah peluang data dipulih lebih cerah jika pemacu keras rosak. Proses defrag boleh dilakukan di waktu malam. Jika jika komputer jarang digunakan.......... proses defrag boleh dibuat setiap minggu atau setiap bulan. Proses ini boleh diautomasikan melaui barisan perintah dalam bentuk skrip, fail batch (batch file) atau tugas berjadual.......
Satu lagi rutin harian ialah menyalin fail simpanan untuk hari sebelumnya pada CD sebagai simpanan jangka panjang di tempat lain. Ia mungkin perlukan sekeping CD dan masa beberapa minit. Jika CD itu disimpan jauh dari komputer, data anda tetap selamat biarpun berlaku sesuatu yang tidak diingin pada pc tersebut.........

untuk rutin selanggara minggu pula…… anda perlu….
Periksa semua fungsi dan kemaskini automatik perisian antivirus, anti spyware, firewall dan Windows update. Anda boleh menyemak seminggu sekali……. Jika perisian itu melakukan tugas secara automatik di sepanjang minggu, mungkin semua kemaskini baru telah dimuat turun……Jika tidak, semak ketetapannya bagi mengetahui punca kegagalan kemaskini automatik……. Pastikan ia sentiasa dikemaskini dan bersedia.....bersedia itu penting.....
Kemaskini perisian keselamatan lain yang tidak atau belum dikemaskini. Sesetengah perisian seperti Sypbot Search & Destroy( ini Cuma contoh salah satu perisian keselamatan) tiada fungsi kemaskini automatik.... Jadi, anda boleh membuka perisian seperti itu sekali seminggu dan mengemaskini secara manual untuk memastikan ia adalah versi yang terkini.........anda juga perlu......
Imbas seluruh cekera dan perisian antivirus, anti-spyware dan perisian yang tidak beroperasi secara automatik setiap hari. Jika perisian keselamatan berfungsi dengan baik sepanjang minggu, mungkin komputer anda tidak diceroboh......... Sesetengah antivirus dan perisian lain boleh menjadual imbasan penuh secara automatik. Imbasan penuh biasanya mengambil masa. Jika tiada cara automatik gunakan cara manual. Biarkan perisian itu beroperasi dengan cara terbaik...........Jika imbasan manual menemui masalah baru, atasi dengan segera dan periksa semula perisian yang gagal tadi....Periksa dan proses fail dalam kuarantin antivirus, anti-spyware, firewall dan lain-lain lagi. Sesetengah perisian keselamatan mengasingkan fail bermasalah dalam folder khas. Ini mungkin sisipan e-mel yang mengandungi komponen berbahaya atau fail yang mungkin dijangkiti atau bahaya. Dari semasa ke semasa kandungan folder kuarantin boleh membesar jika ia tidak diperiksa. Anda mungkin boleh menjadikan pembersihan automatik sesetengah folder kuarantin sebagai rutin harian. Sebaik-baiknya anda melihat apa yang dilakukan perisian keselamatan dan memadam mana-mana fail dikuarantin yang tidak perlu........selain daripada itu...anda juga...perlu
Bersihkan registry menggunakan perisian sesuai. Pembersihan manual sukar dan mengambil masa.
Jalankan Chkdsk(Check Disk) untuk menyemak kesihatan asas pemacu keras anda. Selepas 5 langkah di atas tadi boot semula sistem dan inilah masa yang sesuai untuk menjalankan chkdsk(Check Disk). Dalam Windows XP dan 2000, chksdk(Check Disk) sesuai dijalankan semasa proses boot semula sebelum windows dimuatkan sepenuhnya.

untuk rutin bulanan pula…….
Periksa kemaskini perisian sut pejabat (seperti pemproses kata, hamparan elektonik) menerusi laman web pembuatnya. Tugas ini tidak mendesak kerana tidak berkaitan keselamatan. Jadi ia boleh disemak sebulan sekali atau dikemaskini apabila diperlukan. Tidak semua kemaskini sama penting. Jika ia tidak berkaitan keselamatan, pembetulan pepijat atau menambah ciri yang penting, maka ia boleh diabaikan..........
Periksa versi baru, kemaskini, pembetulan pepijat bagi semua perisian utama atau yang kerap digunakan contohnya sistem operasi Windows........ Anda juga disyorkan memeriksa dari semasa ke semasa kemaskini keselamatan, pembetulan pepijat dan ciri terbaru dalam semua perisian atau aplikasi penting yang kerap digunakan.
Cipta imej cekera (disk image) baru seluruh partition C: dan partition lain yang aktif. Letakan salinan setiap imej tadi pada partition yang lain dan CD/DVD. Imej ini boleh mengembalikan (restore) seluruh kandungan partition C: jika perlu membina semula sistem dari mula , anda boleh mengembalikan imej paling terkini partition C: dan kembalikan simpanan harian fail paling terkini. Menyimpan imej harian pada CD/DVD membolehkan sistem dikembalikan ke tarikh tertentu. Anda juga boleh mengembalikan fail tertentu. Malah anda boleh memulihkan apa sahaja pada masa lalu yang meliputi ketetapan sistem.........selesai sudah rutin bulanan yang perlu anda lakukan......
Selain komponen elektrik, komputer juga ada peranti mekanikal seperti kipas yang boleh menarik kotoran ke dalam casis. Setiap 6 bulan misalnya, anda boleh buka komputer dan melihat bahagian dalamnya. Pastikan semua kipas berfungsi, bersihkan ruang udara, bilah kipas, pembebas haba dan sebagainya. Anda juga boleh menyemak di lama web pembuat komputer untuk mengemaskini bios dan driver. Jika anda memasang komponen pihak ke-3, semak laman webnya bagi mendapatkan video terbaru.....itu dia tadi rutin-rutin yang boleh anda buat untuk menjaga komputer anda secara teratur.....

segmen IDT....ataupun Info dan Tips......untuk minggu ini ialah...... KECILKAN SAIZ IMEJ SEBELUM DIHANTAR KE WEB ATAU EMAIL
MUNGKIN anda pernah menerima gambar diambil menggunakan kamera digital yang dihantar menerusi e-mel dan mendapati ia terlalu besar untuk dipaparkan.
Atau anda mungkin juga pernah meletakkan gambar di laman blog dan apabila disemak, paparannya lebih besar dari laman web anda. Sebenarnya tidak ada masalah berlaku pada komputer atau e-mel. Imej yang lebih besar itu disebabkan ia mempunyai tahap kepadatan tinggi. Saiz gambar merujuk kepada dua unsur iaitu saiz yang diukur dalam unit sentimeter atau kepadatan resolusi imej yang dikenali sebagai DPI (titik seinci). Lebih tinggi keupayaan sesebuah kamera digital yang diukur dalam bentuk megapixel itu, lebih tinggi kepadatan gambar yang akan dihasilkan.
Gambar tinggi kepadatannya elok untuk cetakan, tetapi tidak sesuai untuk diletak di laman web atau dihantar menggunakan e-mel kerana masa lebih panjang diperlukan untuk proses penghantaran.Untuk menyelesaikan masalah itu, anda dinasihatkan mengecilkan terlebih dulu saiz imej yang hendak hantarkan. Kebiasaannya proses mengecilkan saiz imej memerlukan perisian sokongan seperti Adobe Photoshop atau Paint. Bagaimanapun, ia agak mahal dan tidak mudah digunakan. Segmen IDT....info dan tips kali ini akan berkongsikan maklumat perisian yang dinamakan ImageResizer yang boleh dipindah turun secara percuma. Kelebihannya berbanding perisian lain ialah gambar boleh dikecilkan ketika proses pemilihan. Tidak perlu melancarkan perisian dan mengikuti arahan panjang.Alamat laman web untuk memindah turun Imageresizer adalah http://download.microsoft.com/download/whistler/Install/2/WXP/EN-US/ImageResizerPowertoySetup.exe.....alamat ini memang panjang jadi untuk mendapatkan alamat ini anda hanya perlu layari laman web blog rancangan ini di [rtatmutiara@blogspots]...........Selepas dipindah turun, anda tidak akan dapat melihatnya disenarai perisian seperti perisian lain. Untuk mencapainya, anda hanya perlu memilih ketika imej hendak dihantar. Ikuti langkah seperti berikut:

Pilih arahan penghantaran imej di e-mel atau di laman BLOG
Cari imej ingin anda hantar untuk dikecilkan secara automatik.
Klik di atas imej menggunakan butang tetikus sebelah kanan.
Pemilihan saiz akan muncul dan pilih saiz sesuai.
Satu imej baru yang bersaiz kecil seperti dikehendaki akan diwujudkan secara automatik dengan tambahan perkataan (small) di belakang nama yang asal.Kemudian hantarkan imej itu seperti biasa. Perbezaannya dapat dilihat apabila imej itu dipaparkan oleh perisian e-mel penerima atau di laman blog anda.
Jika dulu imej dipaparkan besar sehingga sukar hendak dilihat, menggunakan teknik ini gambar yang diterima lebih kecil, menjadikannya lebih cepat untuk dipindah turun dan lebih mudah diuruskan. Imej yang dipaparkan apabila dihantar tanpa proses pengecilan.Imej yang dipaparkan selepas proses pengecilan. Bagaimanapun, teknik ini tidak sesuai untuk penghantaran imej yang akan dicetak atau disunting kerana kepadatan atau resolusi gambar sudah berkurangan dengan banyak. Jika tahu penerima hendak mencetak gambar yang diterima, maka hantarkan imej bersaiz asal tanpa diubah. Kemudahan pengecilan imej bersaiz besar memang wujud dalam sesetengah perisian pelunsur, tapi ia tidak mengurangkan kepadatan dan saiz sebenar gambar itu. Ia hanya mengecilkan gambar dipaparkan sahaja, berbeza dengan teknik yang kita bincangkan ini.........................

No comments: