Sunday, February 15, 2009
Phising
Pernahkah anda mendengar mengenai ”Phishing”???? Ia salah satu bentuk jenayah penipuan yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab bagi mencuri maklumat peribadi terutama sekali data perbankan. Aktiviti penipuan ini dijalankan menerusi mesej emel yang dihantar dan mengkehendaki pengguna membuka laman web merbahaya. Laman web berkenaan pula direka khas untuk mencari data seperti kata laluan dan identiti perbankan pengguna sekali gus membuatkan pengguna tidak sedar bahawa akaun mereka berada di bawah kawalan orang lain.
Bukan itu sahaja, malah kepintaran penjenayah-penjenayah ini juga telah mengaburi mata pengguna dengan penghasilan laman web berserta nama dan imej korporat institusi perbankan sedia ada. Ia bertujuan menarik minat pengguna dan memancing keyakinan mereka terhadap emel yang diterima dan meminta maklumbalas segera. Akibatnya, pengguna yang kurang prihatin terhadap perkara tersebut akan masuk ke dalam perangkap dan mendedahkan maklumat peribadi mereka.
PandaLabs, makmal pengesan virus Perisian Panda meramalkan bahawa pada tahun ini jenayah ”Phishing” akan meningkat. Justeru, beberapa tips telah digariskan sebagai panduan pengguna bagi mengelak maklumat peribadi daripada diceroboh.....kita berhenti seketika.....anda akan dihiburkan dengan lagu ini[nama lagu]....
Pengguna harus sedar bahawa pihak bank tidak pernah dan tidak akan menghubungi pengguna melalui emel bagi mendapatkan kata laluan. Ia maklumat peribadi yang terlalu sulit untuk diminta melalui emel. Sekiranya anda menerima emel atau link yang menghubungkan anda ke laman web mencurigakan, padam sahaja emel berkenaan. Berkemungkinan ia adalah emel melibatkan penipuan........yang ke-2 pula...
Pastikan bahawa laman web yang anda kunjungi adalah milik institusi perbankan yang disahkan. Lihat pada alamat domain laman web tersebut dan periksa sama ada ia serupa atau sebaliknya dari alamat laman web bank anda. Anda juga boleh memastikan perkara ini dengan melihat ”status bar” pada pelayar. Sekiranya terdapat ”padlock” atau ikon mangga kunci, maka ia menunjukkan sambungan selamat. Sekiranya anda masih ragu-ragu, periksa pengesahan laman web dengan klik pada ”padlock”...haaaaa.....itu yang ke2...lepas yang ke-3 pula...
Salah satu cara lagi untuk memastikan laman web yang dikunjungi adalah tepat dengan melihat permulaan alamat https://. Ini juga menunjukkan sambungan selamat. Sebaiknya anda menaip penuh alamat web pada pelayar. Jangan akses menerusi hiperlink yang berkemungkinan membawa anda ke laman web tipu sekaligus membenarkan kecurian data......yang ke-4 pula...
Semak penyata bank anda secara berkala bagi memastikan tiada transasksi atau pengeluaran wang yang tidak sepatutnya pada akaun anda. Sekiranya terdapat operasi mencurigakan, segeralah hubungi bank untuk kepastian.....yang terakhir...
Lebih mudah lagi, pasang perisian anti-virus yang mempunyai teknologi Anti-Phishing bagi mengelak penipuan data...itu lah tip-tip yang boleh kami kongsikan dengan anda........sampai disini dulu ICT minggu ini......kita berhibur dan......selepas ini....anda akan bersama dalam segmen yang ke-2 pula....segmen IDT..... (info dan tips)........
SEGMEN 2
Minggu lepas kita telah pun memperkatakan mengenai .....”Membuat Nada Dering Sendiri”..... untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai segmen IDT ini anda boleh layari laman web MUTIARAfm di www.mutiarafm.gov.my dan klik pada icon blog DJ MUTIARAfm dan pilih rancangan Infiniti@MUTIARA.....baiklah untuk minggu ini segmen IDT akan memperkatakan mengenai.......”[Pintasan dihujung jari]”......
Pintasan atau shortcut menggunakan papan kekunci merupakan cara terbaik untuk menjalankan kerja apabila anda berada di komputer. Ia membolehkan anda mengawal kandungan dan paparan pada komputer dengan menggerakkan hujung jari serta tanpa perlu mencapai tetikus beberapa kali. Kebiasaannya pintasan papan kekunci ini adalah standard bagi mana-mana operasi komputer termasuk operasi Microsoft Windows XP. Berikut merupakan beberapa pintasan asas yang boleh anda lalukan bagi mempercepatkan kerja anda.
Ctrl Alt Del merupakan ibu kepada segala pintasan papan kekunci. Ia juga dikenali sebagai ”tabik 3 jari”(three fingered salute) berikutan ia amat berguna apabila kotak dialog Windows terkunci. Apabila anda menekan tiga butang ini serentak, ia akan membuka Windows Task Manager. Senarai program, proses dan aplikasi yang sedang dijalankan di komputer akan terpapar. Anda boleh menghentikan program yang ranap atau hang serta merta selain memeriksa parameter keupayaan komputer dan penggunaan rangkaian.
Ctrl S pula boleh digunakan jika anda hendak menyimpan (save) kerja-kerja anda.
Ctrl O pula anda boleh membuka File atau Windows dokumen yang aktif secara cepat.
Dengan butang Alt Tab pula, anda boleh beralih dari satu Windows ke Windows lain yang terbuka. Tekan sekali membolehkan anda beralih dari Windows yang sedang anda buka kepada yang terakhir.
Anda tentu pernah mengalami keadaan di mana anda ingin segera kecilkan (minimize) saiz Windows yang sedang anda buka terutama apabila bos tiba-tiba muncul. Tekan butang Windows D dan semua Windows yang terbuka akan mengecil. Tekan sekali lagi untuk mengaktifkan semula. Windows M juga menpunyai fungsi yang serupa. Namun apabila anda menekan kombinasi Shift Windows M, kesemua Windows yang aktif akan terpapar pada desktop.
Tekan butang F2 untuk menamakan semula fail atau folder. Ia lebih mudah berbanding kita perlu ’right click’ menggunakan tetikus.
Pencarian lebih mudah apabila anda menekan butang F3. ia melancarkan pencarian atau search apabila anda beraa di desktops atau di folder.
Kekunci Windows (yang ada logo Windows) pada papan kekunci juga mempunyai fungsi yang besar. Tekan Windows R membolehkan anda membuka kotak dialog dan menjalankan arahan pada sistem komputer. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuka kotak dialog ini untuk membuka aplikasi Microsoft yang lain termasuk Word dengan menaip Winword, Excel atau notepad........jadi selamat mencuba......
SEGMEN 3
Bagi anda yang ingin bersama dalam segmen.....ini anda boleh melayari laman web MUTIARAfm di www.mutiarafm.gov.my dan klik pada ikon blog DJ Mutiarafm...dan pilih Infiniti@Mutiara... Klik pada ikon infiniti@mutiara dan anda terus akan dibawa ke blog rancangan ini....jika anda mempunyai sebarang soalan, kemusykilan dan pertanyaan berkaitan dunia ICT anda boleh tinggalkan soalan anda diruangan pendapat atau komen.....ok...soalan untuk minggu ini....
Soalan yang pertama.... Saya mempunyai laptop yang berjenama IBM Think Pad T32. Apakah fungsi bebutang Think Pad di bahagian atas papan kekunci??....jawapannya..... Anda boleh setkan bebutang itu untuk memudahkan capaian sekali sentuh contohnya anda boleh setkan butang itu untuk capaian ke internet atau melancarkan sebarang perisian yang selalu anda gunakan….....itulah jawapannya untuk soalan yang pertama dalam segmen ”Anda Tanya……Kami Jawab”.......untuk soalan ke-2 pula… Apa kesannya jikalau komputer dipenuhi dengan freeware???....ok jawapannya…....Freeware….tiada masalah…hanya pemacu cakera keras (harddisk) anda akan penuh dengan perisian freeware ini…..dan mungkin juga….saya nak tegas disini…mungkin juga ada freeware yang boleh melambatkan prestasi komputer anda….jadi cadangan saya kalau anda hendak muat turun (download) sesuatu perisian freeware…pastikan ia memenuhi keperluan anda….jika anda tidak perlukan freeware itu lebih baik tak payahlah muat turun freeware tersebut….........selamat mencuba..
.....itu dia tadi 2 soalan yang telah berjaya dijawab...sekali saya hendak ingatkan...jika anda ingin mengutarakan soalan anda dalam segmen yang ke-3 ini.....apa yang perlu anda buat ialah layarilah sahaja laman web mutiarafm....di www.mutiarafm.gov.my... Dan pilih ikon blog dj mutiarafm...dan klik pada rancangan infinit@mutiara dan anda akan dibawa terus ke laman blog rancangan ini...tinggalkan soalan anda diruangan komen atau pendapat........mudah sajakan.......baiklah kita hampir dipenghujung rancangan INFINITY@MUTIARA ini...jangan lupa temujanji kita minggu depan pada waktu yang sama....sabtu jam 10.05 malam.....kita jumpa lagi pada bulan 21 Februari nanti......jangan lupa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment