Baiklah untuk minggu ketiga dalam bulan Januari ini....segmen ICT minggu ini akan memperkatakan mengenai.......”Panduan Memilih Storan USB Flash”....teruskan bersama rancangan infiniti@mutiara....
Kewujudan pemacu USB flash (juga dikenali sebagai USB flash) mengenepikan beberapa rumusan storan lain. Anda mungkin masih ingat disket lama, perlahan dan popular suatu ketika dulu sudah makin kurang digunakan ketika ini. Pada ketika itu USB flash masih lagi belum muncul, jika ada sekali pun jumlah dan jenama yang ada cukup terhad manakala harganya masih mahal. Bayangkan ketika itu USB flash yang berkapasiti 128 MB dijual pada RM 220. Sedangkan pada ketika ini USB flash berkapasiti 2 GB dijual pada harga RM 24 sahaja. Itu situasi beberapa tahun yang lalu, tetapi hari ini storan USB flash boleh menyimpan fail-fail besar seperti lagu MP3, klip video dan perisian mudah alih. Jadi tidak hairanlah jika kemuculan pemacu USB ini di pasaran mendapat sambutan baik. Dengan menggunakan teknologi memori, ia mampu mengekalkan data dalam memorinya apabila sumber kuasa diputuskan. Kini pemacu USB flash dilaporkan mencecah kapasiti hingga 16 GB. Sesuatu kapasiti yang cukup besar, sebesar kapasiti sebuah cekera keras suatu ketika dahulu. Bayangkan jika kapasiti minimum storan USB flash suatu ketika dulu hanya 125MB atau 512MB tetapi kini mencecah 16GB. Dengan kapasiti sebesar itu, anda boleh mengisi apa sahaja yang anda inginkan, termasuk pelbagai perisian mudah alih dan movie untuk dibawa bergerak. Hari kita dapat lihat pelbagai jenis pemacu USB flash. Ada yang bezanya dari segi saiz, jumlah storan dan ciri keselamatan. Penjelasan berikut mungkin dapat membantu anda memilih pemacu USB flash yang sesuai....kita berhenti seketika...jumpa lagi selepas ini.....
Panduan memilih storan USB flash…..Kita mulakan dulu dari segi saiznya dahulu....kebanyakkan pemacu USB flash biasanya kecil. Tidak dinafikan, sesetengah pengguna tidak mengutamakan saiznya. Tetapi jika saiznya tidak diteliti, ia mungkin boleh menimbulkan masalah kelak. Anda mungkin sedar bahawa port USB disusun berdekatan samada disusun secara menegak atau mendatar. Jadi, jika anda memilih pemacu USB flash yang besar atau lebar, ia mungkin boleh menyekat port USB yang lain pada komputer, notebook atau netbook anda. Akibatnya, anda tidak boleh memalamkan mana-mana kabel pada port USB disebelah port yang dipasang dengan pemacu USB flash bersaiz besar atau lebar tadi, ini kerana pemacu USB flash telah menyekat laluannya. Jadi, cuba pastikan anda memilih pemacu USB flash yang lebarnya lebih besar sedikit daripada lebar port USB. Ini untuk mengelak pemacu USB flash itu menghalang port USB yang lain di sisinya dan anda masih boleh menggunakan port USB itu untuk tujuan lain – termasuk memalamkan pemacu USB flash yang lain. Bagi mengatasi masalah storan USB flash bersaiz besar ini, anda boleh menggunakan kabel atau hab USB. Seterusnya tentang kapasiti storan...... pemacu USB flash berbeza dari segi ruang storannya dari 1GB hingga 16 GB pada hari ini. Peningkatan kapasiti ini juga dijangka akan berterusan hingga ketahap maksimum yang boleh dicapai oleh pembuatnya...jadi anda boleh pilih mana satu yang berkenaan dihati dan memenuhi keperluan anda. Selain daripada itu ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan oleh pembuat pula boleh dijadikan panduan untuk memilih pemacu USB flash pilihan anda. Jika ingin menyimpan data sulit dalam pemacu storan USB flash, anda mungkin perlukan ciri-ciri keselamatan. Ramai yang tahu bahawa sesetengah USB flash turut menawarkan ciri-ciri keselamatan. Ia tidaklah hebat atau baik, tetapi boleh diharap bagi menghalang orang lain melihat dan mengakses data anda. Ada beberapa ciri keselamatan yang boleh ditemui. Antaranya suis perlindungan penulisan dan enkripsi data. Anda juga boleh menggunakan perisian keselamatan yang percuma seperti RemovalTrezor atau Remora USB Guard. Selepas ini kami akan menyatakan beberapa kelebihan yang menyebabkan pengguna meminati storan USB flash..............
Apakah kelebihan yang menyebabkan pengguna meminati storan USB flash ini.
1. Murah – storan USB flash semakin murah, meskipun muatannya semakin besar.
2. Kecil & kompak – dengan saiz sebesar gincu atau pemetik api, ia boleh dimasukkan dengan mudah ke dalam poket atau beg. Selain tali, ada yang dilengkapi dengan klip supaya boleh diklipkan pada baju.
3. Ringan – beratnya cuma beberapa gram sahaja dan tentunya tidak akan membebankan jika dibawa. Malah ada yang boleh dikalungkan ke leher. Lebih ringan jika saiznya dan casisnya dibuat daripada plastik.
4. Tahan lama – storan USB flash mampu menyimpan data dalam memorinya sehingga 10 tahun (lebih lama disket). Malah ada pembuat memberikan jaminan selama 5 tahun atau sepanjang hayat.
5. Tiada sumber kuasa luaran – port USB membekalan kuasa daripada komputer yang disampaikan kepada pemacu USB flash. Jadi adapter luaran tidak diperlukan untuk membolehkannya beroperasi.
6. Pantas memindah data – sebenarnya ia tertakluk kepda model yang digunakan. Jadi dapatkan model USB 2.0 tetapi tidak menjamin kadar pemindahan yang tinggi untuk semua jenis fail. Sesetengahnya hanya lebih laju apabila memindahkan fail kecil, tetapi agak perlahan apabila memindahkan fail besar.
7. Storan besar – skala muatannya dari sekecil 1GB hingga 16 GB. Ini tentu memberikan banyak pilihan yang menepati kehendak ramai pengguna. Pastinya storan yang lebih besar adalah lebih mahal.
8. Tidak perlu driver – storan USB flash menyokong sistem operasi (OS) Windows XP, 2000, Mac OSX dan ke atas. Cuma Windows 98 dan Mac OS 9 yang memerlukan driver.
9. Heret dan letak – storan USB flash boleh digunakan seperti disket atau pemacu keras. Fail yang terdapat dalam komputer boleh diheret dan diletak ke dalam storan USB flash tanpa menggunakan perisian tertentu.
10. Lebih selamat – sesetengah storan USB flash menawarkan beberapa ciri keselamatan. Ini termasuklah suis pencegahan penulisan, enkripsi data, perisian perlindungan dengan kata laluan dan banyak lagi.
11. Perisian khas – sesetengah storan flash dipakejkan dengan aplikasi mudah alih yang dipasang ke dalam storannya. Ada juga yang menawarkan perisian pemampat fail untuk menjimatkan ruang storan.
Segmen IDT
Minggu lepas kita telah pun memperkatakan mengenai .....”mencipta koleksi pintasan mudah alih”..... untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai segmen IDT ini anda boleh layari laman web MUTIARAfm di www.mutiarafm.gov.my dan klik pada icon blog DJ MUTIARAfm dan pilih rancangan Infiniti@MUTIARA.....dan untuk minggu ini segmen IDT akan memperkatakan mengenai.......”Edit foto di internet”......
Mudah dan hasilnya memang puas hati. Itu yang anda boleh dapati di PhotoFunia. Meskipun banyak laman web yang menawarkan servis suntingan foto begini di talian, tetapi PhotoFunia memberi anda cara mudah untuk berseronok dengan gambar tanpa perlu Cropping, edit atau hal-hal lain yang merumitkan. Antaramukanya juga mudah dengan hanya perlu klik butang Browse untuk muat naik gambar dan tunggu hasilnya dalam beberapa minit. Anda boleh mengunjungi PhotoFunia di www.photofunia.com dan tukar bahasa sekiranya ingin mencuba bahasa lain tetapi Bahasa Melayu tidak disediakan ya...hendak tukar bahasa ini hanya perlu ke bahagian bawah kiri muka web dan klik pada lambang bendera yang anda lihat di situ. Tidak perlu pendaftaran atau menunggu pengesahan....terus guna jeee..... terdapat pelbagai efek yang boleh dipilih seperti gambar Billboard tepi jalan, muka anda pada kemeja-t, wajah pada kereta, bergambar seperti suspek dan banyak lagi.....hanya klik pada efek yang disediakan dan kemudian Browse gambar anda untuk di muat naik. Gambar tersebut boleh dalam format JPG, PNG dan Gif sehingga 2 MB. Masa yang diambil juga bergantung pada talian yang anda gunakan. Sebelum muat naik, klik pada kotak yang disediakan untuk memastikan gambar yang anda muat naik dan hasilkan tidak boleh dilihat individu lain......PhotoFunia akan selaraskan gambar anda mengikut kesesuaian secara automatik kerana ia menggunakan teknologi pengesan wajah. Jika terdapat banyak wajah pada satu gambar, wajah di barisan pertama akan dipilih secara automatik. Gambar dengan efek boleh dilihat serta merta dan ia boleh disimpan terus pada pemacu atau komputer anda. Selamat berseronok di PhotoFunia.....jangan lupa layari www.photofunia.com......
Sunday, January 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment