Friday, October 3, 2008

Episod 1 - Menjamin Keselamatan Storan USB

Menjamin keselamatan storan mudah alih

Apabila storan mudah alih (termasuk storan USB bersaiz kecil) hilang, dicuri atau ditemui oleh orang lain, ia boleh mendedahkan anda kepada beberapa risiko. Apabila ia menyimpan maklumat akses, ada kemungkinan identity anda disalah guna atau mampu menggugat privasi anda. Jika storan itu tidak hilang sekali pun, keadaan anda masih lagi belum selamat kerana ancaman datang dalam bentuk yamg lain. Anda mungkin sedia maklum bahawa storan mudah alih juga terdedah kepada jangkitan virus. Malahan ada kes membuktikan bahawa virus boleh dipindah melalui USB flash atau kad memori. Vendor perisian keselamatan (termasuk antivirus dan antispyware) turut terlibat dalam penghasilan perisian bagi melindungi pengguna. Hari ini sudah ada beberapa perisian pengimbas virus, sypware, adware, trojan dan ancaman lain yang boleh beroperasi dari storan mudah alih dan boleh beroperasi dari storan berkenaan. Ini bermakna pengguna bukan sahaja boleh mengimbas kandungan storan tersebut agar ia tidak dijangkiti, bahkan mampu mengimbas PC yang mungkin telah dijangkiti. Ini adalah langkah proaktif agar storan mudah alih itu tidak menjadi perantara program yang tidak baik menular ke PC yang lain. Mengkin disebabkan permintaan dan penggunaan storan mudah alih ini kian meningkat, sesetengah pemaju perisian mengeluarkan produk-produk komersial. Ada yang dipakejkan bersama storan jenama tertentu dan ada juga yang dijual secara berasingan – perisian sahaja tanpa storan USB. Harga aplikasi dan fungsi yang ditawarkan juga berbeza. Berdasarkan faktor tersebut, pengguna storan mudah alih boleh membelinya jika ia dirasakan berbaloi. Jika sebaliknya, mereka mencari alternatif yang boleh dimiliki secara percuma. Sesetengah ciri dan keupayaan perisian percuma mungkin tidak setara, tetapi lebih baik dari tiada langsung.

Storan mudah alih dan utiliti keselamatan

Sebelum ini, anda sudah diberitahu mengenai satu inisiatif yang giat memajukan aplikasi mudah alih yang menarik, seperti PortableApps.com. antara aplikasi yang berjaya direka termasuk sebuah aplikasi menu yang membolehkan anda menempatkan pelbagai aplikasi keselamatan yang mudah alih. Antaranya perisian yang boleh disertakan termasuklah pengimbas virus, anti spyware/adware, perisian enkripsi, pengurusan kata laluan, anti perakam kekunci, penghapus fail dan pemampat atau pengarkib fail yang dilindungi kata laluan. Apabila dihimpunkan, koleksi perisian percuma ini seolah-olah aplikasi komersial. Berikut adalah sebahagian daripada kategori perisian keselamatan mudah alih yang perlu diambil perhatian.

Perisian enkripsi – sebelum storan mudah alih yang berisi data sulit anda hilang, adalah lebih baik anda mengenkripsi maklumat itu. Perisian enkripsi TrueCrypt boleh digunakan untuk mencipta ruang selamat pada storan tersebut. Ruang ini hanya boleh diakses menggunakan kata laluan yang ditetapkan. Kaedah perlindungan enkripsi ini diyakini lebih selamat dan payah ditembusi, asalkan kata laluan yang digunakan selamat dalam ingatan anda. Perisian enkripsi Remora USB Disk Guard juga boleh digunakan. Selain perisian enkripsi, sesetengah perisian pengarkib / pemapat fail seperti 7-Zip Portable juga boleh digunakan untuk memastikan data sulit atau penting lebih selamat. Perisian ini buka sahaja serasi dengan pelbagai jenis fail arkib, malah menyediakan fungsi untuk melindungi fail yang dimampatkan dengan kata laluan. Dengan menggunakan ciri ini, anda boleh memampat setiap fail atau sekumpulan fail kemudian ia dikunci dengan kata laluan. Sebaik-baiknya gunakan kata laluan yang kukuh dan sukar untuk diteka.

Pengurus kata laluan – tapak web khidmat dalam talian seperti e-mel, blog dan jaringan dalam talian lazimnya meminta nama penggilan (username) dan kata laluan (password) untuk mengakses akaun yang disediakan. Jika anda memiliki banyak akaun untuk pelbagai aplikasi, sudah tentu sukar mengingati maklumat tersebut lebih-lebih lagi jika berbeza. Jadi gunakan perisian pengurus kata laluan untuk menyimpannya seperti Link Locker dan Removable Trezor. Perisian seperti ini biasanya dilindungi oleh satu kata laluan utama. Anda boleh mencipta sendiri sebuah fail yang menyenaraikan pelbagai maklumat akses untuk pelbagai khidmat dalam talian. Kemudia fail itu boleh dikunci atau dilindungi menggunakan perisian enkripsi yang dinyatakan tadi. Selain itu, sesetengah pelayar web mudah alih seperti Firefox dan Flock dilengkapi kemudahan untuk menyimpan maklumat akses tersebut. Apabila maklumat tersebut tersedia dalam pelayar web, maka tugas anda untuk mengakses tapak web yang disenarai menjadi lebih mudah.

Pengimbas virus – berhati-hati ketika memasangkan storan mudah alih pada PC lain yang diragui tahap keselamatannya. PC itu mungkin tidak dilengkapi perisian antivirus atau mungkin sudah dijangkiti. Ini boleh mengundang risiko mendapat jangkitan kerana virus atau cecacing (worm) biasa mudah merebak melalui pelbagai jenis storan termasuk USB flash dan kad memori. Jadi, langkah sebaiknya adalah melengkapi storan tersebut dengan perisian pengimbas antivirus dan anti spyware / adware yang terbukti berkesan. Anda boleh menggunakan pengimbas virus yang berkesan seperti Microworld Anti Virus dan Spyware Toolkit Utility. Selain mudah digunakan, versi percumanya turut dilengkapi pengkalan data virus yang terkini dan boleh mengimbas memori, dan storan lain yang melengkapi PC digunakan, termasuk storan luar. Paling penting, storan mudah alih anda tidak dicemari atau membawa virus bahaya.

Perakam kekunci – aplikasi perakam kekunci (key logger) boleh digunakan untuk motif yang baik atau sebaliknya. Tidak mustahil jika yang baik atau sebaiknya. Tidak mustahil jika ada pihak tertentu yang memasangnya pada PC untuk kegunaan awam seperti di kafe siber. Antara motifnya mungkin untuk merakam atau merekodkan maklumat yang ditaip mengunakan papan kekunci. Ini termasuklah maklumat akses seperti nama panggilan dan kata laluan. Apa yang membimbangkan kehadiran perakam kekunci ini mungkin tidak disedari kerana ia tersorok. Sekali lagi bantuan perisian yang mampu mengesan aplikasi ini diperlukan. Berdasarkan ujian, perisian seperti MicroWorld Anti Virus & Spyware toolkitutility boleh digunakan. Jika masih berpuas hati dengan prestasinya, anda boleh menggunakan pengimbas lain seperti AntiVir Personal Edition Classic. Selain menggunakan bantuan pengimbas, pengguna mahir biasanya boleh menjejaki kehadiran aplikasi perakam kekunci ini menerusi seperti DTask Manager dan Procx.

Penghapus fail – kadangkala anda mungkin mengendalikan data atau fail sulit dan menempatkan ke dalam pemacu keras atau storan mudah alih. Jika fail tersebut tidak dikehendaki lagi, anda disarankan supaya menghapuskannya hingga sukar untuk dikembalikan. Langkah keselamatan ini boleh dilakukan dengan menggunakan CyberShredder. Bagi memastikan fail tersebut benar-benar dihapuskan anda boleh menggunakan perisian pemulihan fail percuma seperti Restoration. Selain itu, anda mahu menggunakan pelayar web mudah alih seperti Portable Firefox, Opera USB atau Portable K-Meleon apabila melayari web menggunakan PC di kafe siber. Jika begitu, anda disarankan supaya memastikan pelayar tersebut tidak meninggalkan sebarang sebarang jejak. Selalunya pelayar web mudah alih menyediakan ketetapan untuk menghapuskan jejak penggunaan internet sebaik sahaja dimatikan. Langkah keselamatan ini sekurang-kurangnya dapat memastikan privasi anda terpelihara.

Penyimpan data – seperti pemacu keras atau media storan yang lain, pemacu USB flash turut berdepan risiko mengalami kerosakan atau bermasalah. Akibatnya data yang terkandung di dalamnya mungkin gagal atau sukar diakses. Sehubungan itu, jangan sesuka hati mencabut storan USB flash dari portnya apabila windows sedang menulis data di dalamnya. Langkah sepatutnya ialah menggunakan panduan ”Unplug or Eject Hardware” apabila hendak mengeluarkan atau mencabut pemacu USB flash itu dari portnya. Jadi, sebelum mencabut storan tersebut, klik kanan pada ikon (hijau) USB yang terpapar pada System Tray (di kanan dan bawah skrin), sebagai langkah berjaga-jaga, anda disyorkan agar sentisa menyimpan data dalam pemacu itu di lokasi lain. Dengan kata lain anda membuat pendua atau saliananya. Aplikasi mudah alih seperti PortableApps juga dilengkapi dengan fungsi untuk menyimpan (backup) data dalam storan mudah alih.

No comments: