Tuesday, December 30, 2008

Episod 14 - Splog Cemar Blogsphere

Anda mungkin pernah mendengar tentang blog tetapi pernahkah anda mendengar tentang splog? Ya, tidak ramai yang mengetahui tentang splog meskipun isu tentangnya sudah dibangkitkan sejak 3 tahun lalu. Istilah splog itu terhasil daripada gabungan nama spam dan blog yang merujuk kepada laman web palsu atau tiruan untuk mempromosikan lama web tertentu atau meningkatkan kedudukan (ranking) di enjin carian. Istilah ini dipopularkan sekitar Ogos 2005, di mana ketika itu masalah splog menjadi-jadi membuatkan komuniti dunia blog memberikan nama khas untuknya agar mudah difahami. Mungkin ada yang menganggap splog ini tidak berbahaya, tidak seperti virus atau malware jahat lain. Namun, tanpa kita sedari splog telah pun menyusahkan hidup kita dengan meningkatkan jumlah blog tidak perlu di talian, menjadikan lambakan blog seumpama ini terlalu banyak serta memenuhi senarai enjin carian. Bayangkan sahaja, setiap hari antara 3 ribu ke 7 ribu splog dicipta dan pada hari-hari tertentu jumlahnya boleh mencapai sehingga 11 ribu dan keseluruhan 341 ribu splog sebulan mencemarkan dunia blog (blogsphere).

Itu tidak termasuk blog asli atau blog oleh individu-individu yang bersikap telus. Sebanyak 70 juta laman blog dikesan, iaitu kira-kira 120 ribu blog baru dicipta setiap hari (sumber yang diperolehi daripada technorati). Bukankah ini menjadikan dunia blog terlalu padat sehingga menyukarkan kita mengenalpasti blog yang benar-benar menarik dan berguna. Blog asli tidak menjadi soal kerana ia mewujudkan perkembangan sihat untuk dunia blog. Hal yang menjadi masalah kini ialah splog, seakan parasit yang memenuhi ruang dan sesetengahnya cuba mengaut keuntungan dengan menciplak hasil kerja individu lain.....baiklah kita rehat seketika...mari berhibur dengan lagu ini....

Kenapa orang mencipta splog??antara faktor yang boleh dikesan ialah kerana mereka ingin mendapatkan kedudukan tinggi dalam senarai enjin carian. Apabila lebih banyak blog palsu dicipta dan mengandungi pautan ke laman web tertentu yang sama, ini membolehkan laman web itu mencapai PageRank Algorithm, sekali gus kedudukan tertinggi untuk carian. Apabila anda menaip kata kunci di enjin carian, laman web dengan kedudukan tertinggi inilah yang akan terpapar terlebih dahulu, mengakibatkan laman web yang benar-benar mengandungi informasi yang kita perlukan berada di senarai ke belakang. Ia dijadikan cara tersembunyi dan mudah untuk mempromosikan laman web atau blog tertentu di talian. Apabila kedudukan semakin popular, peluang untuk menarik lebih ramai pengiklan juga semakin terbuka. Pengiklan suka mengiklankan ”banner produk” atau barangan tertentu di laman web yang mempunyai paling ramai penghunjung. Untuk mengiklan di laman-laman web sebegini, sejumlah wang perlu dikeluarkan. Itulah matlamat pencipta splog iaitu memastikan lebih ramai yang berkunjung ke blog mereka dan kemudian klik pada iklan itu memberikan mereka keuntungan beberapa sen. Jika kita darabkan dengan jumlah individu yang mengunjungi blog tersebut, maka jumlahnya berganda. Ini memberikan splogger keuntungan mudah tanpa perlu membuat apa-apa. Sudahlah keuntungan dikaut cara mudah, kandungan di dalam splog juga biasanya diciplak atau ditiru daripada sesebuah blog lain. Mereka hanya mengambil keseluruhan kandungan daripada sesebuah bolg, menggantikan atau menterjemah beberapa perkataan kemudian pos didalam blog palsu (splog), lalu menganggapkan milik sendiri. Beberapa splog yang dicipta dengan cara yang sama dan apabila digabungkan, ia meningkatkan kedudukan blog ini. Splog lazimnya mendapatkan kandungan secara scraping, iaitu proses menghantar pos salinan elektronik untuk mengambil apa sahaja yang dilihatnya, mencipta semula dalam dokumen segera tanpa had dan di terbitkan atau pos ke blog baru. Begitu mudah mereka mengambil hak blogger lain dan kita mungkin tidak terkecuali. Peniru blog ini juga boleh mengakibatkan pemilik web jujur terpaksa menanggung kesan teknikal dan kewangan seperti kehilangan penyenarian enjin carian atau keuntungan pengiklanan. Ia juga mencemarkan dunia blog dengan menurunkan nilai blog sebagai medium komunikasi dan pemasaran berharga.

Begitu banyak masalah telah ditimbulkan oleh splog dan sebagai pengguna atau mungkin blogger kita tidak boleh membiarkan splogger ini berleluasa. Siapa suka hasil kerja mereka diciplak dengan mudah bukan?? Dan siapa yang gemar melihat blog palsu mengandungi idea daripada blognya berada di kedudukan teratas enjin carian. Beberapa pendekatan boleh dilakukan oleh kita untuk mengelak ia daripada berlaku iaitu pertama dengan watermark salinan fail teks. Jangan hasilkan fail teks berasingan daripada lapisan latar belakang. Ini agar peniru yang cuba mengambil kandungan anda akan mendapat nama blog atau tanda-tanda yang anda buat untuk blog anda sendiri. Sukar untuk mereka menukarkannya menjadi blog mereka. Kedua adalah dengan menulis blog yang menekankan nama blog anda berkali-kali. Nyatakan ia sekerap mungkin di dalam pos anda agar peniru gagal menukarnya dan apabila dipos ke blog palsu, kita tahu bahawa kandungan itu adalah ditiru dari laman web kita. Atau anda boleh menetapkan blog anda di bawah perlindungan Hak Cipta. Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap individu yang menciplak kandungan daripada blog anda. Cuma masalahnya, untuk mendapatkan perlindungan Hak cipta memerlukan kos. Jika tidak mampu, cukuplah sekadar mengikut cara tadi.

Ada yang menyatakan masalah ini timbul berikutan terlalu banyak laman komuniti blog percuma yang dicipta seperti Blogspot, Google Blog dan sebagainya, membolehkan splogger dengan mudah mewujudkan blog palsu. Suapan RSS juga dikatakan antara faktor lain yang mewujudkan masalah splog keranan RSS memudahkan individu menyalin kandungan daripada blog asli. Ia juga telah mencemarkan enjin carian RSS dan semakin banyak mendomanasi internet. Apa pun faktornya, kita semua masih boleh mengawalnya dan terdapat individu prihatin diluar sana yang cuba melindungi blogger daripada splog. Splogreporter misalnya membolehkan orang ramai melaporkan laman URL splog dan blogger boleh melihat senarai ini serta menghalang pautan URL splog di masukkan ke blog masing-masing. Bagaimanapun splogreporter telah menghentikan servis laporan slpog Februari tahun lalu, namun data URLnya masih boleh dilihat di laman web berkenaan.

Mungkin kita tidak dapat menghapuskan dan menghentikan kesemua splog di blogsphere, namun kita boleh mengurangkannya. Dunia blog menawarkan dunia talian yang bermanfaat kepada semua namun telah dicemari oleh splog. Tetapi kata orang, benda baik memang selalu disalahguna, oleh itu anggap splog satu pencemaran yang harus dihentikan untuk memastikan dunia blog lebih bersih di masa-masa akan datang.

SEGMEN 2

Minggu lepas kita telah pun memperkatakan mengenai ..Menyekat unsur negatif dalam internet”..... untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai segmen IDT ini anda boleh layari blog rancangan INFINITI@MUTIARA ini di [ rtatmutiara.blogspot.com ] .....dan untuk minggu ini segmen IDT akan memperkatakan mengenai.......” menukar format muzik untuk di kongsi”.......

Format MP3 masih tersohor dalam aktiviti perkongsian muzik di kalangan pengguna. Lebih-lebih lagi jika ia dikongsi melalui internet atau pemain media mudah alih. Meskipun begitu, fail muzik turut dikongsi menggunakan format lain yang sebahagiannya kurang popular. Jika anda berhadapan masalah perbezaan format, jangan bimbang. Perisian mudah alih yang ditampilkan kali ini pastinya boleh menolong anda.

Perisian yang dimaksudkan ialah BonkEnc 1.0.6 yang bangunkan oleh Robert Kuasch...ia adalah percuma dan hanya memerlukan 3.65 MB sahaja ruangan dalam cakera keras serta sesuai digunakan oleh semua jenis windows ada boleh layari www.bonkenc.org , baiklah kami akan menerangkan langkah-langkah untuk memasang perisian percuma ini....

Langkah pertama

Anda perlu muat turun perisian ini dari www.bonkenc.com , selepas failnya dimuat turun, tempatkan ia didalam sebuah folder untuk tindakan selanjutnya.

Langkah ke-2

Anda boleh memuat turun versi biasa dan versi mudah alihnya....untuk kali ini infiniti@mutiara akan memfokuskan kepada perisian mudah alih. Klik pada fail yang dimuat turun tadi, bagi memulakan proses pemasangan. Semasa memasang atau install anda perlu memilih lokasi bagi menempatkan direktori failnya, seperti dalam pemacu USB Flash (thumbdrive). Selepas pemasang, buka direktori fail yang dihasilkan dan anda menemui sebuah fail yang berlabel BonKencPortable.exe.

Langkah ke-3

Klik pada fail BonkEncPortable.exe tadi bagi mengaktifkan perisian ini. Paparan logo versi mudah alih akan kelihatan, kemudian anda diminta memilih bahasa yang hendak digunakan. Selain bahasa inggeris anda boleh memilih bahasa lain. Setelah memilih bahasa tadi, pemuka atau tetingkap utamanya muncul bersama tetingkap tips harian. Hendak baca atau tidak terpulanglah kepada anda.

Langkah ke-4

Tetingkap utamanya boleh dikatakan ringkas dan senag difahami. Disebelah atasnya ada barisan menu ada file, database, options dan encode. Manakala di bahagian bawah menu pula terdapat barisan butang fungsi. Ruang di tengah pemuka pula untuk menyenaraikan fail audio yang terbabit dan butiran. Anda juga boleh mengisi atau mengubah audio menerusi runga di bawah tetingkap. Direktori untuk menempatkan output audio juga boleh ditetapkan.

Langkah ke-5

Seterusnya, buka setiap menu tadi untuk melihat pilihan yang disediakan. Mulakan dengan menu file yang memiliki pilihan seperti add, remove, load joblist dan save joblist. Menu database pula memiliki pilihan yang berkaitan dengan pengkalan data cekera padat atau CDDB. Manakala menu option Cuma ada pilihan General Setting dan Configure Selected Encode yang menyediakan pilihan untuk pengekodan audio.

Langkah ke-6

Menu-menu yang disebut tadi boleh digunakan untuk menguji perisian ini. Selain anda boleh menggunakan barisan butang fungsi yang disediakan.

Langkah ke-7

Kini anda boleh mencuba fungsi pengekodan perisian ini. Katakan anda mahu menukar fail muzik berfomat MP3 kepada MP4. Mulakan dengan mengklik menu file, kemudian pilih Add, dan Audio file. Cari dan tandakan fail muzik yang disediakan tadi kemudian klik butang Open. Fail tadi akan disenaraikan pada ruang tengah pemuka utama bersama butirannya. Di sebelah bawah pemuka anda ruang untuk mengubahsuai butiaran fail dan memilih lokasi bagi menempatkan fail output.

Langkah ke-8

Klik pilihan general setting untuk membuka tetingkap ”general setting setup” yang terdiri daripada 5 kategori encoder, playlist, language, plug-ins dan info tags. Dalam kategori encoders tadi anda boleh memilih pengekod (encoder) yang mahu digunakan.

Langkah ke -9

Pengekod yang dipilih tadi akan muncul pada ruang berlabel ”selected encoder”. Jika anda puas hati dengan ketetapan tadi anda boleh meneruskan proses pengekodan. Mulakan dengan mengklik pilihan start encoding di bawah menu encode atau menekan butang yang berlabel ”start the encoding process”. Proses pengkedan akan dimulakan dan anda perlu menunggu hingga selesai. Perkembangan prosesnya boleh dipantau menerusi runag ’file progress” di sebelah bawah pemuka utama.

Langkah ke -10

Apabila proses pengekodan selesai, periksa fail yang terhasil atau bandingkan dengan fail asalnya. Anda boleh memainkan semula fail yang baru dihasilkan itu dengan perisian audio yang sesuai. Selain itu anda boleh memainkannya melalui peranti media mudah alih. Akhir sekali anda disyorkan mencuba ciri yang tidak dijelaskan sebentar tadi.

Episod 13 - MyGorvement

Baiklah untuk minggu ini kita akan memperkatakan mengenai........MyGoverment - Gerbang Maklumat dan Perkhidmatan....apa itu myGoverment
myGoverment iaitu portal rasmi kerajaan Malaysia yang menawarkan pelbagai urusan kerajaan yang boleh dilakukan secara dalam talian atau online. Ditawarkan dalam 2 bahasa iaitu Bahasa Melayu dan inggeris. Apabila pertama kali membuka laman web ini kita akan mendapati rekanya kemas dan terus terang. Tidak terlalu padat dengan rekaletak yang berwarna-warni atau fancy seperti yang boleh kita dapati pada blog atau laman web lazim lain. Tidak menghairankan kerana ia bukannya laman web yang mengandungi hiburan, lagu dan sebagainya. Urusan kerajaan sesuatu yang serius, oleh itu laman ini juga perlu lebih kemas. Untuk paparan terbaik anda dinasihatkan memasang Internet Explorer 6 ke atas. Inisiatif myGoverment dilaksanankan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), iaitu sebuah agensi pusat di bawah Jabatan Perdana Menteri. Agensi ini dipertanggungjawabkan untuk memperkenalkan perubahan pentadbiran di sektor awam, meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan keutuhan perkhidmatan awam malaysia selaras dengan matlamat negara. Usaha ini harus dipuji keranan ia menggambarkan sokongan kerajaan terhadap teknologi dan pendekatan ini membolehkan mayarakat lebih dekat dengan kerajaan menerusi cara maya. Antaramuka yang terbina juga mudah. Sekali klik pada pautan atau tajuk anda akan dibawa ke muka seterusnya dalam beberapa saat sahaja apa ini bergantung kepada kelajuan pelayan atau server yang anda gunakan. Antara pautan yang boleh kita manfaatkan ialah direktori kerajaan yang membenarkan pencarian nombor hubungan agensi serta kementerian mengikut peringkat yang sama dan negeri atau persekutuaan. Anda juga boleh memasukkan kata kunci untuk segerakan pencarian. Ia turut menyediakan pautan ke laman web kerajaan yang anda kehendaki dan diakses secara klik pada pautan tersebut. Bukan itu saja, anda boleh melihat iklan jawatan kosong, tender kerajaan, cuaca, memuat turun beberapa borang rasmi dan membuat aduan awam. Semuanya pada satu tempat sahaja. Berita dan peristiwa pula masing-masing menyediakan maklumat terkini mengenai perkara yang berlaku berkaitan kerajaan, manakala peristiwa menyediakan senarai program yang bakal berlangsung untuk bulan tersebut. Orang ramai juga boleh melihat berita terdahulu menerusi arkib berita dan menyemak program yang bakal atau sudah berlangsung dengan mudah. Satu lagi aplikasi yang harus diberi perhatian ialah E-urusniaga yang menyediakan dan memudahkan pengurusan anda dengan agensi-agensi kerajaan. Antaranya aduan dan cadangan kepada agensi kerajaan tertentu dan sekiranya perkhidmatan dalam talian yang dikehendaki tidak disenaraikan, orang ramai boleh maklumkan kepada pentadbiran laman web menerusi modul maklum balas atau pertanyaan. Untuk memanfaatkan mygovernment sepenuhnya, anda digalakkan untuk mendaftar terlebih dahulu. Hanya isi maklumat yang dikehendaki pada borang disediakan di talian, kemudian aktifkan untuk mula menikmati kemudahan pada portal ini. Tidak perlu bersusah payah, tidak perlu beratur panjang lagi....itu dia serba sedikit mengenai myGorverment....taipkan www.gov.my...

SEGMEN 2

Minggu lepas kita telah pun memperkatakan mengenai ..” masalah dengan saiz peti e-mel”..... untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai segmen IDT ini anda boleh layari blog rancangan INFINITI@MUTIARA ini di [ rtatmutiara.blogspot.com ] .....dan untuk minggu ini segmen IDT akan memperkatakan mengenai.......” Menyekat unsur negatif dalam internet”.......
Mungkin ini penyelesaian yang dicari oleh ibu bapa yang ada kemudahan komputer berinternet di rumah. Sebenarnya golongan penjaga atau pendidik ini gusar jika kanak-kanak di bawah jagaan mereka dicemari unsur negatif dalam internet. Bahan-bahan prono misalnya kerap menjadi isu sejak dulu kerana boleh mencemarkan minda kanak-kanak. Malah ibu bapa yang dewasa pun rasa terganggu apabila terserempak dengan tapak web yang tidak senonoh ini. Bagaimanapun, keresahan ibu bapa mungkin bertukar baik atau lega setelah menggunakan Parental Internet Filter 3.1. Perisian percuma ini khabarnya boleh menyekat tapak web tertentu selain memantau penggunaan internet. Jadi ibu bapa boleh memantau dan mengawal aktiviti anak-anak yang menggunakan internet, emel dan mesej segera. Selain menyaring perkataan tidak sesuai, penggunaan internet mampu dihadkan mengikut masa dan trafiknya. Apa yang menariknya perisian ini turut dilengkapi fungsi perlindungan. Paling penting sekali ialah ia menggunakan kata laluan (password) untuk membolehkan ibu bapa mentadbirnya. Contohnya, kata laluan perlu diberikan setiap kali anda membuka tetingkapnya, menukar ketetapannya, atau menyingkirnya dari sistem. Tidak kurang menariknya apabila ia boleh berfungsi dalam mod halimunan dan mampu mengirimkan laporan menerusi e-mel. Jika ada kelemahannya yang ditemui, maafkanlah...maklumlah ianya percuma..........Perisian berbayar pun belum tentu sempurna. Info mengenai perisian ini....nama perisian ialah Parental Internet Filter 3.1 yang dibangunkan oleh Parentaltools...ia adalah percuma...saiznya cuma 2.39 MB...boleh digunakan pada Windows 2000, Windows XP dan Windows Vista....untuk menggunakannya anda perlu melayari laman www.parentaltools.net..............saya ulang anda perlu layari laman webnya di www.parentaltools.net............. Dan ikut arahan muat turun yang disediakan untuk memasang perisian tersebut....diharapkan dengan info dan tips ini dapat membantu anda sebagai ibu bapa atau penjaga mengawasi penggunaan internet oleh anak-anak anda......

Friday, December 19, 2008

Episod 12 - Saya ASIMO

Beberapa minggu yang lalu negara dikejutkan dengan kehadiran robot humanoid yang pertama......robot ini telah menjelajah dari selatan hinggalah ke utara dan robot ini juga singgah di Pulau Pinang.....saya rasa anda pasti sudah tahu apa yang ingin kami ketengahkan dalam segmen ict minggu ini.........segmen ict minggu ini akan memperkataan mengenai....”Saya ASIMO”...dengar saja nama ASIMO saya pasti anda tahu tentang kewujudan robot humanoid ini.....

Asimo atau singkatan daripada ”Advanced Step In Innovative Mobility” adalah robot humanoid pertama di dunia yang dibangunkan jurutera Honda. Robot humanoid ini berdiri di atas kerangka yang kompak dan ringan. Kepalanya seakan dipakaikan dengan topi keledar menutup muka dan menggalas sebuah beg galas yang berisi bateri litium ion (Li-ION) seperti seorang kanak-kanak yang tidak sabar untuk kesekolah. Asimo adalah robot humanoid tercanggih di dunia dengan ketinggian 130 sentimeter dan seberat 54 kilogram. Robot berkenaan dilahirkan pada 31 oktober 2000 daripada hasil program penyelidikan dan penbangunan robotik Honda yang ditubuhkan pada 1986. ASIMO merupakan robot berkaki dua pertama dunia dan berkemampuan telah dipertingkatkan termasuk berpusing di udara, membongkok dan memusingkan pinggangnya dan mengatasi halangan ketika berjalan. ASIMO yang baru ini lebih fleksibel dan mampu menangani suasana sebenar pada persekitaran semula jadi. Ia mempu berlari selaju 2.5 kilometer sejam, lebih baik berbanding versi lama 1.6 kilometer sahaja. Apabila ia berlari kedua-dua kakinya akan terangkat dari tanah untuk 0.05 saat. ASIMO baru ini setinggi 130 sentimeter dan berat 54 kiligram boleh mengenal pasti pergerakan manusia melalui alat pengimbas. Ia boleh meniru pergerakan manusia, memberi atau menerima objek, berjabat tangan dan bergerak ke depan atau belakang mengikut arah pergerakan tangan. Ia juga memiliki bateri yang boleh tahan selama satu jam, sekali ganda berbanding ASIMO versi lama yang berukuran 120 sentimeter dan berat 52 kilogram. Sebenarnya, pergerakan ASIMO yang lebih pantas itu terhasil menerusi aplikasi teknologi ”Intelligent Real Time Flexible Walking (i-Walk)” ASIMO lebih stabil apabila ia bergerak lebih laju. Kebolehan ASIMO mengecam wajah manusia dan berinteraksi dengan mereka banyak bergantung kepada kamera yang diletakkan di matanya dan penggunaan kad litar bersepadu (intergrated circuit card). Dengan kad tersebut ASIMO boleh berinteraksi secara berkesan, termasuklah mengenai pasti maklumat berkaitan pemegang kad itu. Keistimewaan ini sekali gus melayakkan ASIMO untuk berkerja sebagai penyambut tetamu. Ia berfungsi mengecam individu terbabit dan mengetahui kedudukan mereka. Selain itu, ASIMO juga boleh menolak troli dengan lebih terkawal. Maksudnya, memperlahankan atau mengubah haluan jika berdepan dengan sebarang halangan. Dilengkapi dengan sistem pengesan ketegangan di kedua-dua pergelangan tangannya, ASIMO boleh mengawal troli dan mengimbangkan kekuatan menolak di kedua-dua tangan dan memastikan jarak yang bersesuaian dengan troli. Apa yang ada boleh lihat pada ASIMO ini bukanlah dihasilkan dalam sekelip mata. Ia mengambil masa yang lama dan usaha ini telah pun dimulakan pada tahun 1987 lagi...untuk mendapatkan maklumat lanjut anda boleh layari laman web asimo di www.honda.com.my/asimo

SEGMEN 2 – INFINITI@MUTIARA

Minggu lepas kita telah pun memperkatakan mengenai ..PANGGILAN PERCUMA MENERUSI Wi-Fi MENERUSI TELEFON BIMBIT...... untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai segmen IDT ini anda boleh layari blog rancangan INFINITI@MUTIARA ini di [ rtatmutiara.blogspot.com ] .....dan untuk minggu ini segmen IDT akan memperkatakan mengenai.......”masalah dengan saiz peti e-mel”.......

E-MEL adalah kemudahan perhubungan popular yang selalu digunakan sejak akhir-akhir ini kerana ia lebih cekap berbanding kemudahan perhubungan yang lain. Bagaimanapun e-mel juga mempunyai kekangannya sendiri terutamanya saiz peti e-mel penerima. Kebanyakan e-mel berasaskan web, oleh itu saiz maklumat yang diterima adalah bergantung kepada saiz peti emel penerima itu sendiri. Jika saiz ruang yang boleh digunakan untuk peti e-mel itu kecil daripada saiz e-mel yang patut diterima, maka e-mel itu akan ditolak kembali kepada penghantar. Kita sukar menjangka sama ada peti e-mel penerima mempunyai ruang mencukupi kerana ruang e-mel pengguna berbeza di antara syarikat pemberi kemudahan. Gmail memberikan 2,800 megabait (MB), Hotmail pula hanya memberikan 250MB, terdapat juga syarikat yang memperuntukkan hanya 10 atau 100MB saja. Selain dari saiz kotak e-mel penerima, sesetengah pemberi kemudahan tidak membenarkan fail yang berformat zip atau exe untuk mengelakkan komputer penerima dijangkiti oleh virus atau perisian pengintip. Kekangan di atas timbul kerana pada permulaan penggunaan e-mel, saiz fail yang perlu dihantar adalah kecil. Apabila keadaan berubah maka kemudahan penggunaan fail semakin besar, penyedia kemudahan juga seharusnya turut berubah mengikut keperluan, namun perkara itu tidak berlaku. Sebenarnya terdapat beberapa pemberi kemudahan yang menyediakan penyelesaian terhadap masalah ini. Di antara penyedia kemudahan yang membenarkan kita menghantar fail bersaiz besar melalui e-mel ialah ‘sendthisfile’. Kemudahan ini boleh digunakan secara percuma di www.sendthisfile.com

Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mendaftarkan alamat e-mel anda. Ia penting untuk memastikan alamat emel yang digunakan untuk menghantar adalah alamat yang sah. Satu e-mel pengesahan akan diterima di alamat e-mel yang dinyatakan. Selepas alamat e-mel didaftarkan, anda bolehlah mula menghantar e-mel tanpa had saiz fail yang hendak dihantar. Untuk menghantar e-mel, anda hanya perlu pergi ke laman web www.sendthisfile.com dan melakukan proses ‘Sign In’. Skrin akan dipaparkan dan anda bolehlah menghantar e-mel seperti biasa. Walaupun anda menggunakan kemudahan email di www.sendthisfile.com namun alamat e-mel penghantar anda masih dinyatakan di dalam kandungan e-mel penerima bagi mengelakkan kekeliruan kepada pihak penerima. Selain dapat memberi kemudahan menghantar fail bersaiz besar, ia juga boleh menerima penghantaran fail beformat .exe atau zip tanpa risiko e-mel pihak penerima menghalang penerimaan fail terbabit. Perlu diingat bahawa fail yang dihantar akan hanya disimpan di dalam pelayan ‘sendthifile’ selama tiga hari saja. Selepas itu ia akan dipadam. Jika anda ingin memanjangkan masa simpanan, pendaftaran untuk akaun yang berbayar boleh juga dilakukan....diharap dengan tip tersebut boleh membantu anda jika anda hendak menghantar file yang besar menggunakan e-mel....

Sunday, December 7, 2008

Episod 11 - Gajet 2009

Baiklah.....tahun 2008 hampir meninggalkan kita....2009 bakal menjelma...dunia ict makin berkembang pesat....dan untuk segmen yang pertama ini....segmen ict minggu ini....kami di infiniti@mutiara akan memperkatakan berkenaan ”gajet yang bakal muncul pada tahun 2009”......
Apa yang bakal muncul 2009??
Pertama yang bakal muncul ialah.....WiMax (sebutan y max)
Penggunaan teknologi ini semakin meluas pada tahun 2009. Lebih luas kawasan liputan dan lebih mudah dicapai berbanding dengan broadband berwayar. Hotspot akan digantikan dengan liputan broadband sebegini dan lebih banyak juga broadband digunakan di seluruh Malaysia.
Yang pertama yang kedua pula ialah.....Kamera digital
Kamera digital kompak akan meningkat lagi keupayaan megapiksel daripada 9-10 MP (megapiksel) kepada 10 -15 MP (megapiksel). Manakala kamera digital SLR pula 15 – 20 MP(megapiksel) kepada 21- 30 MP (megapiksel). Teknologi rakaman gambar berautomatik juga lebih tajam dan jelas. Pengawalan ISO juga menjadi lebih baik. Kamera DSLR pula akan menjadi lebih hebat dan berkuasa. Antigegar akan dimuatkan ke dalam kamera.
Itu mengenai wimax dan kamera digital....seterusnya....yang bakal muncul 2009 ialah.....
Komputer:-
Netbook dan nettop akan terus menjadi satu tren yang hebat. Kini komputer desktop hanya diletakkan di rumah atau pejabat. Manakala notebook tidak lagi dibawa kerana ia besar dan berat. Netbook adalah lebih sesuai dan kini ia lebih berkuasa dan mampu menggantikan notebook.
Pemproses komputer juga semakin hebat. Dual core akan menjadi asas kepada peningkatan kelajuan komputer. Pemproses perlu menjadi lebih laju kuasanya. Operasi 32-bit mungkin masih digunakan tetapi dalam versi yang lebih besar dan 64-bit semakin hampir kepada penggunaan aplikasi am. Dengan penghasilkan aplikasi yang semakin besar dari segi saiz maka komputer juga hendaklah mampu mengendalikannya......seterusnya....gajet yang bakal muncul pada tahun 2009..
Kad storan SD...
Kad ini semakin diterima pada tahun ini kerana ia banyak digunakan dalam kamera digital dan PDA. Manakala kad mikroSD pula banyak digunakan dalam telefon bimbit dalam saiz 1GB(gigabyte) – 4 GB(gigabyte). Malah kad SD juga telah dipertingkatkan kepada SDHC yang berkapasiti tinggi dan mampu mengendalikan pemprosesan yang lebih kerap dan laju. Kad seperti ini kerap digunakan dalam kamera video digital.........
Baiklah.....kita berhenti seketika....dan berhibur dengan lagu ini [nama lagu pilihan dj]....

Anda kembali bersiaran dalam rancangan INFINITI@MUTIARA dimana anda masih lagi dalam segmen ICT minggu ini......agaknya apa lagi gajet yang bakal muncul pada tahun 2009 ini….seterusnya kita ada…..Kamera video digital….
Trend kamera digital adalah menggunakan cakera keras berkapasiti dari 20 GB hingga 160 GB. Selain itu kamera digital juga menggunakan kad SD berkapasiti tinggi. Rakaman yang dihasilkan dengan kamera video digital ini adalah berformat HD dan mempunyai penghasilan video yang terbaik. Kini 3CCD telah digantikan dengan 3CMOS bagi menghasilkan video yang lebih jelas dan dengan warna yang lebih cerah....tadi saya ada menyebut mengenai format HD....apa itu format HD........HD atau high Definition adalah sebuah format yang terbaik untuk memberikan video atau imej dalam satu bentuk yang lebih terang dan jelas. HD bukan sahaja digunakan pada video kamera digital dan kamera digital tetapi pada projektor, pemain DVD atau BlueRay dan TV LCD atau Plasma. Dengan format ini video menjadi lebih jelas dan bunyi yang dikeluarkan adalah lebih baik.....kita telah pun memperkatakan mengenai komputer, kamera digital, kamera video dan juga jalurlebar.....seterusnya pula ialah telefon bimbit......antara gajet yang sering mendapat perhatian...
Telefon bimbit kini telah meliputi PDA dan telefon pintar (smart phone) yang menggunakan Symbian S60 dan juga Microsoft Mobile. Telefon bimbit biasa juga telah ada beberapa ciri-ciri PDA...contohnya...kalendar, diari, kamera, ciri-ciri rangkaian Wi-Fi(sebutan y 5) dan capaian internet. Terdapat juga capaian rangkaian TV selain daripada capian radio FM yang kini ada pada semua jenis telefon bimbit....selain daripada itu setiap telefon bimbit akan menpunyai kamera. Kini kamera yang paling rendah adalah 2MP dan yang paling tinggi 8 MP. Kamera yang biasa adalah 2 MP dam 3.2 MP. Ada juga yang mempunyai ciri AF dan juga zoom di samping ada Flash.....
Terdapat juga telefon bimbit yang menpunyai capaian GPS untuk memberikan panduan jalanraya. Malah teknologi GPS juga digunakan untuk melakukan Tag Geo kepada gambar bagi memberikan maklumat khusus di mana dan bila gambar itu diambil. Untuk memberi tambah nilai kepada pengguna telefon bimbit ada pengeluar telefon akan menyediakan sebuah laman web khas untuk memudahkan pengguna menyimpan segala nombor hubungan dan maklumat penting yang ada pada telefon bimbit mereka jika telefon mereka hilang. Selain itu, laman web itu juga boleh menyimpan fail dan gambar penting untuk dicapai dari mana saja..... Begitulah kecanggihan teknologi yang bakal muncul pada tahun 2009 ini......adakah teknologi ini membuatkan kita semakin baik atau semakin alfa...tepuk dada tanya iman.....


Untuk minggu ini segmen IDT akan memperkatakan mengenai.......PANGGILAN PERCUMA MENERUSI Wi-Fi MENERUSI TELEFON BIMBIT.......
Prasarana Wi-Fi sedia ada boleh digunakan untuk membuat panggilan telefon. Oleh kerana nombor telefon didaftarkan ketika proses memindah turun perisian, maka nombor itu juga boleh digunakan untuk membuat panggilan dari telefon ke telefon yang lain.Ikutilah langkah berikut untuk memindah turun perisian seterusnya menggunakan kemudahan Wi-Fi untuk membuat panggilan telefon secara percuma. Lawati laman web www.wifimobile.com. Pilih, pilihan untuk kegunaan persendirian (Consumer Service). Pindah turun perisian untuk telefon bimbit. Terlebih dulu hendaklah dipastikan model telefon bimbit anda terdapat di dalam senarainya. Masukkan negara, alamat e-mel dan nombor telefon. Isikan huruf sekuriti yang dipaparkan. Satu capaian untuk anda memindah turun perisian Wi-Fi Mobile akan dihantar ke telefon bimbit melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Apabila anda mengklik di atas capaian, perisian OneFone (sebutan one phone) akan dipasang di dalam telefon bimbit anda. Pilih sambungan Internet yang diinginkan dengan menekan menu > IAP, anda boleh memilih untuk menggunakan sambungan Wi-Fi atau sambungan 3G. Selepas memilih sambungan, masukkan nombor telefon yang hendak dihubungi seperti biasa. Pastikan Ikon telefon berwarna hijau sebelum membuat panggilan. Apabila panggilan dijawab, bercakaplah seperti biasa. Kualiti suara bergantung kepada kualiti sambungan Internet yang digunakan. Jika anda melanggan perkhidmatan 3G Data tanpa had, perisian ini juga boleh membuat panggilan melalui sambungan Internet 3G itu. Telefon rakan anda yang sudah dipasang dengan perisian OneFone ini akan berdering seperti biasa dan perbualan boleh dilakukan seperti biasa tanpa dikenakan sebarang caj tambahan. Selepas membuat panggilan tekan Options dan pilih Hang Up untuk menghentikan panggilan. Oleh kerana teknik panggilan ini menggunakan kemudahan Internet, anda boleh berbual di mana saja asalkan ada kemudahan Wi-Fi tanpa dikenakan bayaran panggilan telefon seperti yang biasa.........menarik tak